Disclaimer | Author | Contact


Sunday, July 23, 2017

Selamat Ulang Tahun #AltheaTurns2

Mieza S | 7/23/2017 11:48:00 PM | 2Comments |

Selamat Ulang Tahun #AltheaTurns2

Selamat Ulang Tahun #AltheaTurns2
Selamat ulang tahun Althea,
Selamat ulang tahun Althea,
Selamat ulang tahun yang kedua,
Selamat ulang tahun Althea. 
Kalau sebelum ni aku ada kongsikan satu entri berkenaan ulang tahun #altheaturns1 di pautan ini --> #altheaturns1 dan https://kanvasdakwat.blogspot.my/2016/08/barangan-althea-selamat-sampai.html. Seronok tau shopping dekat Althea. Sebab semua barang yang kita nak ada. Barang pun lebih kurang sama je harga macam dekat Malaysia. Oh lupa nak cakap. Althea ni adalah laman shopping skincare dan makeup. Servis pantas dan tiptop. Walaupun dari Korea, barang yang aku pesan tak pernah lagi lah sampai dua minggu. Itu yang syiok! 

Kalau korang perasan, dekat poster entri ni. Ada gambar limited box dan diy kit kan? Taraaaaaa. Inilah limited box birthday yang aku dapat tu. Comel jela kotak ni. Dah lah dapat warna febret pulak tu, biru. Tak sangka sekejap je Althea dah masuk tahun kedua. Macam sekejap sangat masa berlalu. Macam baru semalam je rasanya aku menghadiri pink party bersama Althea. 

Berita best untuk korang yang tengah baca ni! Bersempena ulang tahun #altheaturns2, banyak tawaran yang disediakan untuk korang bergembira dan seronok sepanjang bulan ni. Antaranya :

Selamat Ulang Tahun #AltheaTurns2
  • Limited Edition Althea Birthday Box yang direka seperti bentuk kek! 
  • Diy kit bagi pembeli terawal (**selagi stok masih ada)
  • Jualan murah dan promosi
  • Althea Birthday Giveaway Festival untuk pelanggan (untuk setiap bulan Julai)
  • Peraduan Lucky Shopper Mingguan untuk memenangi kredit Althea
  • Instagram # Contest AltheaTurns2 - tangkap gambar bersama Althea Birthday Box dengan kretif untuk memenangi hadiah hebat dari Althea!
  • Fly me to Korea (paling best!) 
Jom kita tengok apa yang aku shopping di Althea tenpoh hari.

Selamat Ulang Tahun #AltheaTurns2
Banyaknyaaaa. Nak nangis sebab Althea selalu sempurnakan hari aku :*

Selamat Ulang Tahun #AltheaTurns2
Aura B.B Foundation
RM60.00
RM22.00

Foundation ni dah kali kedua aku beli. Tahun lepas punya pun masih ada. Tapi aku beli je lah untuk stock kan? Takut nanti habis pulak stok yang ada. Fondation ni memang aku suka. Warna dia sangat serasi untuk aku. Tak ada pilihan warna rasanya. Bila aku pakai, tak bercapuk. Sebab tu lah aku repeat lagi benda ni. 

Selamat Ulang Tahun #AltheaTurns2
Calmia Cleansing Tissue (87g)
RM10.00
RM5.00

Aku beli tisu ni sebab, aku belum pernah pakai mana - mana tisu untuk menghilangkan mekap. Selama ni aku cuma pakai makeup remover yang cecair. Kalau pergi mana - mana memang payah nak bawak. Selalu menghadapi masalah botol tumpah dengan nak bawak kapas bagai. Maknanya kena bawak dua benda untuk bersihkan mekap. Leceh! Jadi, benda ni memudahkan aku untuk ke mana - mana. 

Selamat Ulang Tahun #AltheaTurns2
Oatmeal Cleansing Foam (150ml)
RM35.00
RM14.00

Selamat Ulang Tahun #AltheaTurns2
Skin Mask
RM11.00
RM3.70

Ada banyak mask di Althea. Mask yang aku pilih ni ada 3 jenis. Milk, honey dan charcoal. Aku tertarik nak cuba yang charcoal ni sebab mask dia warna hitam. Aku belum ada mask warn ahitam lagi. Kelebihan dia sesuai untuk mereka yang mempunyai wajah berminyak. Ya, muka aku lah tu. 

Selamat Ulang Tahun #AltheaTurns2
Bifida100%
RM100.00
RM37.00

Aku selalu guna serum ni sebelum mekap. Aku yang aku dapat rasa ialah, muka aku tak nampak kering. Rasa selesa la lepas pakai. Lagipun orang kata serum ni memang bagus kan untuk muka 


Selamat Ulang Tahun #AltheaTurns2
Love me Blusher (11g)
RM97.00
RM11.00

Blusher jenis ni didatangkan dengan tujuh warna pilihan yang menarik. Wana yang aku pilih ni rose blossom. Macam warna merah jampu coklat gitu. Aku suka warna macam ni. Tak merah jambu sangat kan? Kena dah dengan kulit muka aku yang tak berapa nak cerah. 

Selamat Ulang Tahun #AltheaTurns2
Magic Skinny Primer_50ml
RM70.00
RM37.00

Selamat Ulang Tahun #AltheaTurns2
Freegift ^_^ (sebenarnya ada banyak lagi. Tapi dah selamat guna)

Korang yang baca ni mesti rasa jeles kan? Korang kena jeles la. Hehehe, Jom lah shopping dekat Althea dan menang hadiah ke KOrea!! dan dapat macam - macam freegift. Jangan lupa post di instagram dan facebook tau dengan hashtag #AltheaTurns2 . Doa - doa lah murah rezeki. Sebab Althea nak bagi korang macam - macam hadiah.

Selamat Ulang Tahun #AltheaTurns2
Selamat ulangtahun #altheaturns2. 
Semoga terus sempurnakan hari - hari kami :*


Terima kasih kepada mereka :)
Facebook : ButterflyProjectMalaysia
Instagram : @altheakorea
Laman web : http://www.althea.kr/

2 comments:

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.