Disclaimer | Author | Contact


Monday, September 25, 2017

Gobdigoun Korean Skincare Aging Corrector

Mieza S | 9/25/2017 10:16:00 PM | 2Comments |

Gobdigoun Korean Skincare Aging Corrector

Gobdigoun Korean Skincare Aging Corrector

Gobdigoun Korea
Beautiplex mencipta jenama sendiri sebagai Gobdigoun pada tahun 2010, yang merupakan jenama kosmetik dan penjagaan kulit.

Bagi mereka yang selalu mengikuti aku diblog, ini bukanlah kali pertama aku menulis tentang produk skincare yang datang dari Korea kan? Kali ini aku akan memperkenalkan korang dengan produk Gobdigoun. Ada banyak produk yang mereka hasilkan dan menjadi bualan hebat di Asia terutamanya. Maklumlah, produk Korea semakin mahu dimiliki oleh perempuan mahupun lelaki. Dan entri kali ini aku hanya akan fokuskan produk Gobdigoun Korean Skincare aging corrector

Sepanjang aku menggunakan produk yang datang korea, semuanya memberangsangkan dan tidak pernah mendatangkan masalah kepada aku. Aku juga masih pengguna setia foundation Althea semenjak dua tahun yang lalu (produk korea).

Bagi mereka yang sangat tak berkenan dengan produk yang datang dari usahawan Malaysia terutamanya (produk banyak bahan kimia), boleh la cuba - cuba buat research tentang produk dari korea. Terlanjur aku menulis mengenai produk Gobdigoun, apa kata korang cuba dan lihat hasilnya bagaimana. Oh, ya harganya mungkin sedikit mahal. Apa salahnya kalau berbelanja lebih untuk cantik. Dari beli barang murah, dan hasilnya kenot go. 

Gobdigoun Korean Skincare Aging Corrector


Skincare Aging Corrector

Skincare aging corrector yang aku dapat didatangkan dengan 3 jenis pilihan yang mencukupi untuk seraut wajah. Antara produknya ialah : 
  1. Aging corrector skin milk conditioner
  2. Aging corrector skin milk facial lotion
  3. Aging corrector eye cream
Kenapa aku cakap mencukupi untuk seraut wajah? Sebab setiap kali aku bersembang dengan orang kebanyakan tentang bagaimana rutin mereka menjaga wajah. Jawapannya tentu sahaja sama. Perlukan toner dan moisturizer. Nah, produk dari gobdigoun ni memang patut korang cuba. 


Aging Corrector Skin Milk Conditioner

Susu kambing, ceramide dan ekstrak protein susu mudah dibebaskan ke dalam kulit untuk melembutkan. Niacinamide, vitamin-c, bunga lili putih sangat membantu dalam mencerahkan kulit.

Tekstur aging corrector skin milk conditioner adalah persis toner. Cair seperti air dan sangat mudah terserap jika digunakan di wajah korang nan indah tu ha. Pernah guna toner kan? Mesti pernah. Aku cerita pengalaman aku lah. Kalau aku nak pergi mana - mana event, mesti aku akan mekap muka. Balik tu aku bersihkan dulu muka dengan micellar cleansing water dari produk Garnier. Lepastu aku cuci muka menggunakan pencuci muka. Sental habis. Lepastu aku sental balik muka aku dengan micellar cleansing water ada lagi kotor. Macam tak funtion je cuci muka. Haha. 
Seperti yang sedia maklum, fungsi toner adalah untuk - menghilangkan debu, pencemaran,dan kekotoran yang melekat di muka meskipun sudah dicuci menggunakan pencuci muka. Sumber : intothegloss. 
Aging corrector skin milk conditioner ni dikategorikan sebagai toner kerana teksturnya memang persis toner. Korang yang nak cuba pakai produk korea, Gobdigoun ni pastikan apply yang ni dulu baru aging corrector skin milk facial lotion (pelembab). 

Gobdigoun Korean Skincare Aging Corrector

Aging Corrector Skin Milk Facial Lotion

Tekstur aging corrector skin milk conditioner adalah persis pelembab (moisturizer). Ha gitu. Lepas kau dah pakai toner, mesti pakai pelembab kan? So? Dah perfect sangat. 

Fungsi asas pelembap adalah untuk membantu merawat kulit yang kering dan menghalang daripada terus kering.  (sumber : Mayo Clinic).

Kandungan yang terdapat didalam facial lotion ini adalah minyak argan minyak avocado yang akan mengimbangkan kelembapan dan menganjalkan kulit. Minyak argan memang tengah popular kan sekarang? Mana - mana MUA mesti nak letak minyak argan sebelum mula mekap dekat muka. Ye dak? 

Antara kelebihan minyak argan ialah :
  • Melembabkan kulit, 
  • Mencerahkan kulit, 
  • Menghilangkan parut, 
  • Mengurangkan kedutan,
  • Mengurangkan jerawat,
  • Sesuai dengan semua jenis kulit.

Nah, apa lagi yang kau tak tahu pasal minyak argan? Sangat bagus bukan? Korang yang masih tercari - cari produk korea apa yang paling sesuai untuk dicuba, gunalah produk dari Gobdigoun!

Gobdigoun Korean Skincare Aging Corrector


Aging Corrector Eye Cream

Gobdigoun Korean Skincare Aging Corrector

Tekstur aging corrector eye cream ni pun sama macam facial lotion. Macam creamy sikit. Bila aku pakai dekat lingkaran bawah mata, mesti akan rasa sejuk. Best. Aku masih menunggu bagaimana nanti pengakhirannya. Hehehe. Sama - sama lah kita saksikan nanti ya. 

Gobdigoun Korean Skincare Aging Corrector

Oh ya, memandang kan produk Gobdigoun dihasilkan dan diformulakan dari susu kambing, mereka telah memperkenalkan The 7 Skin Method method which is the korean girls skincare method.
The 7 skin method, korean girls skincare method 
Layering conditioners 7 times to make your skin glow and firmed.
Oily Skin Type:2 times
Normal Skin Type:4 times
Dry Skin Type:7 times
Jangan lupa gunakan tips diatas ya.!

Kalau korang rasa berminat nak cuba Gobdigoun Korean skincare aging corrector, korang boleh dapatkannya di fizikal store (kedai) mereka di Myeong-dong, Seoul. What? Jauh? hahaha Ye tak ye kan? Takkan nak terbang ke Seoul semata - mata nak beli produk ni. Korang boleh klik pautan dibawah untuk membeli secara online. Siapa yang tak faham dengan bahasa korea dekat website tu, boleh bukak laman facebook yang ditulis menggunakan bahasa inggeris. Tak faham jugak, google jela translate. Apedehal.

Skincare Aging Corrector
Facebook : Gobdigoun (english)

2 comments:

  1. wow, susu kambing. argan oil. memang baguslah produk ni macam tu. kena try.

    ReplyDelete

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.