Disclaimer | Author | Contact


Sunday, September 3, 2017

Rutin Asas Penjagaan Muka

Mieza S | 9/03/2017 11:02:00 AM | 0Comments |

Rutin Asas Penjagaan Muka

Rutin Asas Penjagaan Muka

Rutin penjagaan muka ni, tiada yang salah dan tiada yang betul. Semuanya bergantung kepada individu itu sendiri. Macam aku, sebelum ni aku sekadar membersihkan muka menggunakan pencuci muka. Lepastu tidur dengan aman. Selepas bekerja, aku terasa macam nak menjaga muka pulak. Padahal muka aku bersih je. Maksud bersih bagi aku tu muka tak teruk. Tak ada jerawat gajah. Gitulah pada pemahaman seorang aku.

Jadi, bila dah bekerja. Aku interview orang. Produk apa yang okay. Aku baca blog kawan - kawan. Tanya pendapat blogger yang lain. Gagah weyh. Sebab aku ni macam tak peduli pun dengan penjagaan muka aku yang tak pernah dikisahkan. Sekarang baru nak kisah. Dah rasa diri tua. Jadi ini ialah rutin penjagaan muka yang aku amalkan semenjak dua menjak ni. 

Rutin Asas Penjagaan Muka

Selepas interview sana sini, aku memilih produk GARNIER sebagai eksperimen pertama di muka. Memandangkan makcik aku pun guna GARNIER. Jadi, GARNIER adalah pilihan terbaik. Langkah pertama dimulakan dengan bismilah. Keduanya aku akan mencuci muka menggunakan pencuci muka yang selalu aku pakai. GARNIER jugak. Sebelum GARNIER ape tah. Aku lupa. Pencuci muka ni sukahati korang la nak pakai pencuci muka apa pun. Asalkan sesuai dengan kulit muka dan tak mendatangkan apa - apa mudarat gitu. 

Lepas cuci muka aku akan tonyoh muka aku dengan Micellar Cleansing Water GARNIER (juga digunakan untuk menanggalkan mekap) - selalunya aku akan guna sebelum tidur (hari tak pakai mekap). Segala daki hitam dan kotoran tertanggal dengan mudah. Apa yang best dengan Micellar Cleasing Water ni sebab dia adalah 'water'. Kalau makeup remover lain kan berminyak dan mendatangkan perasaan tak selesa (buat aku rasa muka aku tebal - hahahha) 

Rutin Asas Penjagaan Muka

Selepas tonyoh muka dengan Micellar Cleansing Water GARNIER (guna kapas ya - lupa nak mention), aku apply pula Light Complete Milky Lightening Dew Toner GARNIER. Masa mula - mula aku pakai, aku buat dua kali tonyoh. Hahhahaa. Lepastu bila aku baca review orang, aku dah tak buat dah macam selalu. Cukup la sekali aku tonyoh dengan Miceller Cleansing Water. Jadi aku pakai toner ni sapu - sapu (dap dap muka kau). Toner ni wangi tau. Ada bau pati lemon dan kau akan rasa segar. Tapi tidak lah sesegar kau duduk di tempat sejuk. Tekstur nya juga tak meresap dekat kapas (masa mula - mula aku guna kapas). Sebab dia macam, macam mana eh nak cakap. Ala dia macam likat dan pekat. Sebab tu lah kot nama dia pun ada perkataan milky. 

Rutin Asas Penjagaan Muka

Lepas dah dap dap muka dengan toner, aku pakai serum cream ni pulak. Nama panjang dia? Sakura White Pinkish Radiance Whitening Cream (SPF21/PA+++) . Sepatutnya bila aku guna rangkaian GARNIER Light Complete, seharusnya serum cream pun light complete jugak. Tapi aku seakan lebih tertarik dengan cream warna merah jambu ni pulak. Hahaha. Aci lah. Asalkan produk yang sama. Cream ni setiap kali aku pakai dia macam meratakan melembutkan kuli aku - cewah). Cream ni pun wangi. Bau lembut. Aku rasa kalau yang cream warna oren (light complete mesti bau lemon). Oh ya, tak silap aku, cream GARNIER warna merah jambu ni pun ada 3 jenis. Tak tahu lah apa perbezaan semuanya. Aku pilih yang ni, sebab dia ada serum dan moisturizer. Tak payah lah aku nak beli moisturizer dan serum lagi kan? Sekaligus melindungi kulit dari sinaran uv. 

Aku jarang pakai benda ni waktu siang. Sebab nanti aku rasa tak selesa. Maklumlah nak mekap lagi kan? Nanti rasa berat pulak. Jadi aku gantikan dengan produk lain. 

Rutin Asas Penjagaan Muka
Rutin Asas Penjagaan Muka


Lepas dah pakai semua di atas, aku pakai Magic Skinny Primer ni sebagai tambahan. Kegunaannya untuk menghilangkan hitam di bawah mata. Aku dah pakai selama sebulan lebih. Awal - awal kerja dulu (bulan 2) memang bawah mata aku hitam teruk, sebab selalu tidur lambat. Bila pakai benda alah ni, kulit jadi macam ter'cover'. Tak boleh nak terangkan. Tak pandai. Hahaha. Aku suruh adik aku cuba malam tadi, dia dapat rasa perbezaan pakai dengan tak pakai. Teksturnya sangat - sangat ringan. Macam tak pakai apa - apa. Kulit yang di oles dengan Magic Skinny Primer akan rasa macam sekata. Macam dia tutup ruang kosong lah gitu. Sekarang dah tak risau dengan lingkaran bawah mata. Sebab Magic Skinny Primer adalah jalan penyelesaian terbaik! Ni pun firstime aku pakai primer. Jadi tak tahu nak komen banyak. Aku komen yang aku pakai jela.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat aku kongsikan di rutin asas penjagaan muka. Aku ulang balik, benda ni bergantung kepada individu. Ni cara aku. cara kau lain. Hahhaha. 

Produk GARNIER ni mudah didapati di mana - mana pasaraya besar seperti Tesco, Giant dan sebagainya. Magic Skinny Primer ni aku beli dekat Althea Korea secara online. Kalau korang nak usha barang lain pun boleh tengok dekat website Althea Korea. Ada macam - macam produk. Best sebab selalu ada diskaun. Okay dah. BBye. Korang yang rajin tu, kongsi - kongsi lah rutin penjagaan muka korang. Nak tau jugak. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.