Sedih Dengar Suria Cinta

Sedih Dengar Suria Cinta

Sedih Dengar Suria Cinta

Minggu lepas hampir setiap malam aku mendengarkan suria cinta buat mengisi masa lapang. Selain mendengar lagu - lagu lama yang memang menjadi halwa telinga tika dulu. Ada satu hari tu, tajuk segmen malam tu apa ya. Aku cukup tertarik. Ramai lah yang berkongsi cerita masing - masing. Dan semua tak nak kalah. 

Aku tak tahu kenapa, malam tu malam paling sadis untuk airmata aku. Senang betul aku menangis bila mendengar perkongsian diorang. Betul - betul mengganggu perasaan aku. Macam aku pulak yang kena tinggal. Macam aku pulak yang sakit sebab cinta. Padahal aku cuma pendengar radio je kot. Tapi aku terasa dekat betul dengan diorang. Kenapa entah. Malam tu malam sadis untuk aku. 

Hampir semua yang berkongsi cerita, baik lelaki mahupun perempuan semuanya tentang kesedihan. Derita betul ya mereka. Aku juga pernah mengalami situasi lebih kurang seperti mereka barangkalinya. Sampai - sampai aku mintak, tuhan tu ambil semula lah perasaan cinta pada manusia lain selain keluarga aku. Aku tak kisah kalau tua dan sepi. Asalkan bukan terus - terus sakit. 

Sedih Dengar Suria Cinta

Ramai orang bodoh yang yang baru nak datang, selalu ulang - ulang tanya soalan sama. Bengkak juga aku nak menjawab. Kalau mula - mula benda ni jadi, aku menjawab soalan dengan air mata jurai - jurai laju. Itu dulu. Sebab aku rasa sakitnya betul - betul mencengkam. Sebab aku tak boleh terima kenapa si bodoh tu pernah wujud untuk aku. Terlalu celaka rasanya. 

Aku tau, setiap antara kita pernah merasai hidup sementara dan menikmati cinta dengan si bodoh macam yang aku rasa dulu. Kata orang, pelangi muncul selepas hujan. Begitulah gamaknya. Sekadar penyedap rasa supaya tidak terus kecewa. Dan tak sangka. Dalam ramai - ramai yang pernah hinggap dan menjadi kotor untuk aku, si bodoh itulah yang menjuarainya. Dia betul - betul mengotori kehidupan aku sampai aku cukup terbeban nak ke depan melihat hari esok. Sebab semuanya adalah tentang kegelapan kelam dan malam. Sial. 

Aku ni sampai sanggup jadi manusia yang menerima apa adanya dia. Baik buruk kurang lebih. Konon superwoman dan mahu jadi penyelamat cinta. Mahu jadi perempuan yang disebut - sebut paling bagus. Paling tidak pernah berkira, paling tidak pernah merungut tentang kurangnya. Paling setia waktu susah. Paling mahu ada, walau dia tidak ada kerja. Tiada wang. Aku sanggup je susah. Topap hidup dia yang dah nak mampos tu. Tapi itulah. Si bodoh itu terlalu bodoh untuk berfikir tentang aku. Betul - betul dia pergunakan aku untuk terus hidup. Eh sial untuk kali kedua!

Iyelah. Aku kan tidak sempurna. Cukuplha kalau ada yang dapat terima. Sudah syukur rasa. tapi itulah. Rupanya salah.

Sedih Dengar Suria Cinta


Oh ya, waktu aku menulis entri ini. Aku masih lagi menjadi pendengar setia suria cinta. Waktu ini lagu Sekelip Mata Kau Berubah nyanyian Lestari sedang berkumandang. Ah. Bertambah geram aku. Aku tak peduli pun dengan hidup dia. Mahu hidup atau mati. Kalau mati, baguslah. Semoga mati dengan aman dan menjadi penghuni syurga. Memang itu yang aku mintak. Sebab aku tak suka dia ada walau cuma datang sebagai bayang - bayang. 

Benda ni sudah setahun lalu. Tapi si bodoh ni masih datang - datang minta maaf segala bagai. Sikit pun aku tak terusik dengan maaf dan cakap - cakap dia pasal Tuhan. Bagi aku dia cukup sial untuk cerita pasal Tuhan. Mulut dia terlalu manis untuk cerita pasal Tuhan. Dia layak untuk bercerita tentang siapa pun. Tapi bukan dengan aku. Dulu.

Ya dulu. Dia selalu ulang - ulang maaf dan ulang - ulang mengenang air mata yang kononnya jatuh ditikar sejadah mengenang jahat nya dia waktu aku dan si bodoh masih berdua. Itu cuma cakap - cakap kosong untuk menagih simpati. Ah sial. Aku masih teringat muka gampang dia yang betul - betul minta kena acu dengan senapang patah! 

Si bodoh ini memang paling bagus berlakon ya. Untuk setahun masa yang terbuang. Aku memang terlalu murah dengan peluang dan kemaafan tentang khilaf orang. Sebab aku mahu jadi yang paling baik dan penyelamat kononnya. Aku mahu jadi yang dikenang orang. Bukan dibuang - buang. Selama peluang itulah, tak pernah dihargai. Walau sekali. Bagi aku, manusia berhak mendapat peluang kedua. Bukan kedua tapi selama aku dengan dia. Itu lah peluang yang aku pernah bagi. Tapi dia tak pernah tahu itu adalah peluang. Yang dia tahu, dia mahu pergunakan aku. 

Sedih Dengar Suria Cinta

Sampai aku lari. Aku tak tahan dengan kesialan yang dia simbah. Selama setahun aku lari, dia sentiasa mengganggu. Entah berapa banyak akaun facebook, nombor telefon dia kacau aku. Selama setahun aku berlari itulah, aku betul - betul mengigil takut. Si bodoh ni macam jelmaan langsuir. Takut~

Sampai aku rasa aku dah boleh berdiri. Now, dia ganggu aku balik. Ada beberapa hari aku diam dari mana - mana media sosial. Cuma untuk beberapa hari. Sebab aku tak lepas nak block dia. Aku tahu, dia memang sial. Hahahahaa. Sebab aku taknak dia tahu aku sedang ada. Eh boleh pulak aku pergi berborak dengan dia. Sebab aku nak tahu apa yang dia nak bagitahu aku. 

Jawapan dia :
Nak tunang, hantar rombongan, kawin, hidup bahagia. 

Dia suruh aku tengok kehidupan dia yang sekarang sudah serba ada. Bekerjaya. Sudah bahagia. Sudah yakin mampu memberi bahagia. Sebab selama aku dengan dia, dia tak ada kerja. Merempat. Tak ada duit. Tak ada apa. Serba tiada. Sudah yakin benar dia mahu aku dengan dia. Sebab dia sudah ada semua. Dan mampu bagi apa yang tak pernah aku dapat selama dulu aku dengan dia. Sudah menyesal dengan apa yang jadi dulu dan bla bla bla.

Aku ingat lagi. Dia pakai telefon yang aku bagi. Dia tak kerja. tapi boleh muncul duit untuk beli baju cantik dan sebungkus nasi untuk makan tengahari kepada seseorang. Mengigil aku baca woi. Aku ni dia tak pernah bagi makan walau 1 sen. Dia boleh belanja orang. Nope. Ex dia. Bukan orang lain. Ex dia yang dia selalu text guna telefon yang aku bagi. Bapak tak tahu malu. Muka  kalis tahik ke apa sial. Alasan tanpa rasa bersalah "terhutang budi". Oh aku lupa. Si bodoh ni tak kerja. Barangkali ex dia tanggung hidup. Secebis anak ikan gitu. Patutla. Muka kalis tahik. Tak tahu malu. Tiada perasaan bersalah. Lagi dimarahnya aku. 

Eh sial lah. Kalau dia jadi orang kaya Malaysia pun. Aku tak nak dengan si bodoh macam dia. Aku dah cukup tertekan dengan apa yang pernah dia buat dengan aku. Bagi aku dia memang tak pernah ada perasaan kasihan dan kemanusiaan. Dia paling penting diri. Penyesalan yang tak sudah - sudah dia jaja tu bagi aku cuma tumpuan agar aku terima dia semula. Itulah yang dulu dia selalu jaja. Setiap kali buat masalah. Tak pernah dia tak jaja penyesalan. Dan setiap penyesalan yang dia tabur, digaul rata dengan kisah - kisah sedih dan cerita - cerita tentang tuhan yang tak ada tolak banding. Seolah penyesalah tu penyesalan paling bermakna paling sempurna paling tak akan terulang kali kedua. Eh sial. Penipu! 

Kalau benar sungguh pun penyesalan tu, sikit pun aku tak menyesal kalau tak maafkan dia. Sikit pun tak akan menyesal. Dia nak menyesal dia punya pasal. Tak ada kena mengena langsung dengan aku. Oh ya, dalam banyak - banyak duit, masa, tenaga, perasaan, air mata yang pernah terbazir selama aku dengan dia. Aku cuma ralat dengan telefon. Telefon yang aku pinjamkan sementara dia mahu kerja. Telefon tu entah la dah kemana. Dia tipu sana tipu sini. Dan akhirnya tidak ada telefon lagi yang dia pulangkan. Minta maaf apetah lagi. Ada maaf. Tapi maaf yang celaka. Maaf yang dibuatt saja - saja meraih kasihan. Oh, dia ni aku boleh samakan dengan pengemis sial. Suka meminta - minta dan memaksa. Itulah dia selama dengan aku. Betul - betul menyusahkan. 

Dia yang mahu kerja, marah - marah aku pula pasal telefon tak ada. Majikan nak call macammana. Ah bodoh. Aku pulak yang baik hati nak selesaikan masalah si dungu ni. Dan akhirnya inilah yang aku dapat. Aku hilang telefon paling bermakna dan paling aku sayang. Aku ralat betul. ! Aku marah betul. Telefon tu tidak akan berganti lagi kenangannya. Kenangannya dah mati. Telefon tu sangat bermakna bagi aku. Telefon yang aku kongsi dengan bapak aku separuh. Yela bila lagi bapak aku nak belikan aku telefon kan? Kan? Eh si bodoh ni memang sial. Sebab selama aku dengan dia, tak pernah dia tanya khabar keluarga aku. Dan dia memang tak nak amek tahu. 

Jujur. Selama aku dengan dia juga. Tak pernah satu sen pun aku makan duit dia. Adalah kot. Dia isi minyak motor aku. Yang boleh dikira pakai jari. Selama setahun cuma 2, 3 kali je dia isi. Selebihnya aku. Sampai duit makan dia pun aku kena suap. Minum petang kawan dia pun. Bukan nak ungkit tau. Aku bukan jenis ungkit kisah sial orang. Aku ungkit sebab nak cerita sialnya dia datang hidup orang dan menyusahkan orang lain sebab nak teruskan hidup. 

Sebab tu, kalau ada orang baru datang. Yang dok bertanya - tanya tu. Aku cerita semua. Sampai yang bertanya tu pun nak terasa sendiri cakap aku samakan dia dengan kisah silam aku. Siapa suruh tanya. Siapa suruh terasa. Aku punya suka la nak samakan ke tak. Ni cakap lebat je, buat tak. Tak de bukti pun orang yang tanya tu tak sama macam si bodoh yang aku cerita. Balik - balik sembang. Perbuatan sifar. Aku cakap lebih - lebih kata aku masalah. Meroyan. Bongok la. Macam - macam la aku kena. Eiii. Geram! Kalau taknak disamakan, buktikan. Bukan sekadar cakap lebat sembang kuat.

Sekarang, bila aku kenal orang. Kalau dia berkelakuan atau perasaan aku mengatakan dia sama seperti si bodoh yang aku cerita, terus aku diam dan tinggalkan. Sebab aku tak nak langsung ulang benda sama. Walaupun perasaan aku salah. Biarlah salah, dari aku mengulangi kali kedua

Sesi meluahkan perasaan. Okay, sudah lepas beban. 

Post a Comment

4 Comments

  1. Semoga bertemu org yang membahagiakan awak kelak, amin.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillahhhh dah terlepas,Ujian dari Allah tu,ternyata kamu kuat,dan teruslah kuat,abaikan makhluk seperti itu,andai di rayu katakan sahaja -waktu kita sudah lama tamat,bahagiakan lah org lain,semoga itu boeh menebus salahmu padaku.

    ReplyDelete
  3. Memang ada je manusia begini.. Hidup atas kesusahan orang lain... Semoga mieza ditemukan dengan orang yang lebih baik dari ini..

    ReplyDelete
  4. Tau x masa bujang2 sampai skang Suria Cinta fav kak qaseh kadang dari situ dpt byk idea utk berjiwang dulu .. sabar ye kecik InshaAllah someday ada yg betul2 terima kecik seadanyaa

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.