Disclaimer | Author | Contact


Saturday, October 21, 2017

Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun

Mieza S | 10/21/2017 03:05:00 PM | 10Comments |

Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun 

Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun

Untuk pengetahuan korang, Lost World of Tambun telah mewujudkan tarikan terbaru disana. Nak tahu apa? Semestinya glamping, yang membawa maksud glamor camping. Korang yang kaki camping bolehlah cuba tarikan terbaru ni sebab memang lain dari yang lain. Selalunya kalau camping, mesti kita bersusah payah nak pacak khemah bagai. Nak bawak barang - barang untuk bbq la apa la. Kali ni kalau korang ber glamping di Lost World of Tambun memang best. Dapat bercamping dengan cara style. Jom tengok glamping tu macammana. 

Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun
Hak milik gambar : Afiq
Amacam? Tengok gambar pun rasa macam nak join je kan? Ini adalah keadaan diluar glamping. Ada disediakan beberapa kerusi dan sebuah meja untuk korang lepak - lepak waktu malam. Korang takut gelap? Jangan risaulah. Sebab ada lampu. Ala - ala romantik gitu. Memang kiri - kanan macam hutan, tapi nyaman je rasa. Bila lagi nak camping ala - ala romantik. Nak buat photoshoot pun lawa. Sebab kawasan sekitarnya adalah tasik yang luas. Petang - petang kalau tak tahu nak buat apa, boleh berkayak. 

Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun
Kawasan sekitar glamping
Khemah yang disediakan di Lost World of Tambun cuma ada beberapa biji sahaja. Sebuah khemah dapat memuatkan seramai empat (4) orang dewasa. Kalau badan kecik - kecik kurus melidi boleh je nak sumbat masuk sampai lima (5). Kawasan glamping ni dekat dengan Lost World Tin Valley. Kalau bosan duduk saja dekat glamping, boleh la keluar jalan - jalan. Nak lepak cafe pun boleh. Cafe pulak ala - ala hipster yang bertemakan dulu - dulu. Macammana tu? Ada lagu - lagu retro sepanjang jalan, lepastu suasana retro la senang cite. Kalau nak tau, kena lah baca next entri ya. 

Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun
Keadaan didalam glamping
Ni lah tempat tidur di dalam glamping. Kan dah kata tadi. Camping gaya glamor. Kau camping tapi kau tidur atas katil. Kelas sangat kan. Ada kipas sekali. Oh ya, dalam glamping ni ada dua jenis katil. Macam yang korang nampak dekat gambar, tu adalah katil queen. Lagi satu adalah katil single yang diletakkan 2 biji. Kalau cantum kan dapat queen jugak. Ha gitu. Hahhaha.  Malam - malam memang best gila tidur dalam glamping ni. Sebab sejuk je. Nak pulak kiri kanan kau ada pokok hijau - hijau kan? Kalau hujan lagi syok, cuma. Nak pesan satu je. Jangan lupa tutup tingkap nanti banjir tempat tidur tu. 

Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun
Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun

Siap ada tempat sangkut tuala lagi tu tau. Ada yang tanya tandas mana? Tandas ada, cuma kena jalan kaki beberapa meter sahaja. Tandas pun kelas weyh. Siap ada tempat pengering rambut. Memang selesa sangat dapat ber glamping di Lost World of Tambun. Dalam tandas ni ada tiga (3) buah bilik air. Dekat luar bilik air tu, adalah bangku besar kalau nak letak - letak baju. Singki pun lawa. Aduhh. Memang best mandi dekat tandas ni. Selesa, bersih. Air panas pun ada kalau korang ngade - ngade taknak mandi air biasa. @-@

Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun
Hak milik gambar : Afiq
Nak tau harganya? Agak sedikit mahal tapi sangat berbaloi untuk sebuah percutian glamping. Boleh tengok pakej dibawah. 

Camping Gaya Glamor di Lost World Of Tambun

Info lanjut mengenai glamping di Lost World of Tambun, Perak boleh rujuk di bawah. 
Alamat : No.1 , Persiaran Lagun Sunway 1 , Sunway City Ipoh , 31150 Ipoh , Perak.
E-Mel : lostworldoftambun@sunway.com.my
Website : sunwaylostworldoftambun.com
Facebook : lostworldoftambun
Instagram : @sunwaylostworldoftambun
Tel : 605-5428888
Fax : 6055428899

Monday, October 16, 2017

D'Cotz Band Akankah Kau Setia

Mieza S | 10/16/2017 11:16:00 AM | 1Comments |

D'Cotz Band Akankah Kau Setia

Bila nanti aku pergi
Akankah kau setia
Menanti ku menunggu ku

Ikhlaskan aku pergi
Demi cita - citaku
Aku harap kau mengerti

Takkan ada yang gantikan
Dirimu dihatiku
Kerna engkau yang terindah

Jangan menangis jangan bersedih
Ku akan kembali untuk mu disini
Tetaplah kau menanti
Kekasihku

Bila kau rindu tatap indah pelangi
Bila kau bersedih tatap indahnya bunga
Disitu ada cinta ku semaikan

Lirik Lagu Cinta Tak Pernah Salah D'wapinz Band

Mieza S | 10/16/2017 11:08:00 AM | 0Comments |

Lirik Lagu Cinta Tak Pernah Salah D'wapinz Band 

Lirik Lagu Cinta Tak Pernah Salah D'wapinz Band

Ohh mengapa kisahku seperti ini
Ku mencinta yang tak harusnya kucinta
Entah mengapa kini kurasa bahagia
Ku terjerat rindu yang berbalut luka
Tak berdaya cintaku berselimut dosa
Memilihmu terberat untukku

Sudah sudah suratan diriku
Memilih hadir dalam cintamu
Tiada yang salah
Cinta tak bersalah
Ku hanya memilih

Sudah sudah kucoba tuk pergi
Namun semua tiada berarti
Ku coba menjauh
Semakin ku jauh
Rindu menghantui

Biarlah rinduku melara
Meski sakit sering ku rasa
Ku tetap cinta dia
Semogalah kau menyadarinya
Aku takkan pernah kecewa
Karena cintaku tak akan pernah salah

Entah mengapa kurasa bahagia
Ku terjerat rindu yang berbalut luka
Tak berdaya cintaku berselimut dosa
Memilihmu terberat untukku

Sudah sudah suratan diriku
Memilih hadir dalam cintamu
Tiada yang salah
Cinta tak bersalah
Ku hanya memilih

Sudah sudah kucoba tuk pergi
Namun semua tiada berarti
Ku coba menjauh
Semakin ku jauh
Rindu menghantui

Biarlah rinduku melara
Meski sakit sering ku rasa
Ku tetap cinta dia
Semogalah kau menyadarinya
Aku takkan pernah kecewa
Karena cintaku tak akan pernah salah
Tak akan pernah salah
tak akan pernah salah

Friday, October 13, 2017

Infaq Jumaat Rohingya - RM20 Untuk 1 Slot

Mieza S | 10/13/2017 02:19:00 PM | 0Comments |

Infaq Jumaat Rohingya - RM20 Untuk 1 Slot

Infaq Jumaat Rohingya - RM20 Untuk 1 Slot


Salam Jumaat, 
Saudara Islam Rohingya kita yang kini tertindas dengan kekejaman tentera Myanmar sudah sampai tahap menggali kubur sendiri setiap hari. Inilah realiti pahit yang perlu kita ambil peduli akan saudara Rohingya di Kem Pelarian Balukhali, Bangladesh.

Korang boleh tonton video menyayat hati ini disini --> Peduli Rohingya

Video ini dirakam sendiri orang sukarelawan kami yang berada di sana untuk memberi gambaran suasana di sana yang cukup daif, serba susah sehinggakan mereka menggali kubur mereka sendiri sebagai persiapan menghadapi kematian setiap hari.

Mereka tiada kemewahan untuk ditunjukkan seperti kita di Malaysia. Setiap hari mereka hanya memikirkan untuk hanya mendapat makanan dan minuman sebagai alas perut sahaja. Itupun tidak mencukupi !

Apa yang paling menyedihkan, kami mendapat laporan anak-anak kecil di kem ini ada yang meninggal dunia akibat dijangkiti penyakit disebabkan kawasan yang kotor, makanan dan minuman yang tidak bersih.

Sudah tiba masanya untuk kita membantu mereka.

Tidak kiralah apa yang sahaja kontroversi yang diuar-uarkan mengenai pelarian Rohingya di negara kita, bantulah mereka atas nama kemanusiaan dan Allah swt.

Infaq Jumaat Rohingya - RM20 Untuk 1 Slot

Hari Jumaat yang mulia ini, kami di Muslim Volunteer Malaysia melancarkan kempen bantuan buat saudara Rohingya iaitu "Misi Anak Muda Peduli Rohingya". Misi ini adalah satu kerjasama bersama sebuah badan NGO, Tangisan Syria Di Bumi Jordan. In sha Allah, sukarelawan kami akan bertolak ke beberapa buah Kem Pelarian Rohingya di pedalaman Bangladesh pada 9 November 2017.

Mengambil tanggungjawab "Kemanusian" kami di Muslim Volunteer Malaysia - MVM membuka peluang kepada mana-mana individu, syarikat, keluarga untuk bersama kami dalam Misi Anak Muda Peduli Rohingya.

Kami buka peluang Infaq untuk anda membantu saudara Rohingya kita di sana.

Sasaran keseluruhan = RM150,000
1 slot infaq = RM20
Sasaran hari Jumaat = 163 slot infaq diperlukan
Cara Sumbangan :

1) Transaksi melalui pindahan ke akaun bank berikut:

➳ Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
➳ CIMB Islamik (8602 5378 07)
➳ Bank Islam (1230 0010 0030 65)
➳ Rujukan: Peduli Rohingya

2) Melalui transaksi online di link :
➳ https://www.billplz.com/pedulirohingya

Tarikh tutup sumbangan : 5 November 2017

Penting !

Selepas sumbangan dibuat, mohon emailkan resit sumbangan ke account@mvm.org.my dengan format subjek " PEDULI ROHINGYA"

Setiap sumbangan yang tidak dinyatakan TUJUAN/PROGRAM spesifik akan disalurkan ke Tabung Awam Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat Lanjut bantuan:

Klik sini - https://mvm.org.my/bantuan-kecemasan-misi-anak-muda-peduli-rohingya. Percayalah setiap satu sen yang kita keluarkan untuk bersedekah dan membahagiakan orang lain, Allah swt akan melimpahkan rezeki ke atas kita berlipat kali ganda.

Usahlah takut untuk memberi. Lebih banyak kita memberi, sebenarnya kita menjadi lebih kaya.
Apa yang lebih penting, kita menambah kekayaan di akhirat sana.

Ibnul Qayyim berkata: “Sedekah di hari Jum’aat dibanding dengan sedekah di hari lain adalah seperti sedekah di bulan Ramadhan dibandingkan sedekah di bulan-bulan selainnya”


Seandainya korang belum berkesempatan untuk bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan "SHARE" kempen ini dengan sahabat dan keluarga terdekat agar lebih ramai yang tahu dan dapat membantu.

Kami doakan yang membaca ini sentiasa sihat, bahagia dan dilimpahi rezeki yang banyak daripadaNya.

Hubungi kami :

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434

Ikuti update terkini di lama sosial MVM :


** from emel 

Thursday, October 5, 2017

MYLARA Skincare Giveaway by KasihkuAmani

Mieza S | 10/05/2017 12:20:00 PM | 7Comments |

MYLARA Skincare Giveaway by KasihkuAmani

Klin banner atau SINI

Mengenai MYLARA SKINCARE
MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!

MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan.

Berkesan merawat
1. Kulit kusam
2. Kulit berminyak
3. Jerawat
4. Jeragat
5. Parut jerawat
6. Hiperpigmentasi

Kelebihan MYLARA
 
SELAMAT
Mylara diformulasi oleh YANG PAKAR tanpa bahan kimia bahaya dan telah mendapat kelulusan KKM dan dijamin halal

PROVEN
Mempunyai lebih daripada 99 testimoni terkumpul

MUDAH DIGUNAKAN
Hanya menggunakan 4 item asas penjagaan wajah. Tak sampai 5 minit dah boleh look amazing

KULIT WAJAH SEMAKIN SIHAT 
Kulit sentiasa terawat dan Mylara meminimumkan pertumbuhan jerawat/jeragat/parut.

TIADA KESAN SAMPINGAN
Menggunakan 98% bahan organic dan mempunyai 0.01% risiko menyebabkan alahan atau kesan sampingan di wajah.

4-in-1 Collagen Cleanser (60ml)
Pencuci wajah yang mempunyai 4 fungsi utama yang boleh menghapuskan kesan-kesan make-up, minyak dan kekotoran. Menghapuskan make up pada mata dengan lembut serta ekdfoliasi ringan untuk wajah yang lembut, licin dan cerah.

Cara Penggunaan : Cuci muka dua kali sehari dengan mengikuti dua langkah berikut:
- Pamkan 1-2 kali pencuci muka ke atas tangan yang basah , buihkan dan ratakan ke atas muka dan leher.
- Bilas dengan air suam secukupnya dan biarkan kering sebelum menggunakan Mylara Pore Refining Facial Toner.

Facial Toner (60ml) 
Pelembap wajah yang membantu prose semulajadi kulit iaitu membersih dan membaikpulih dengan mengecilkan pori-pori, menyeimbang kelembapan dan kandungan minyak, membuat kulit terlihat sihat, tegang dan berseri.

Cara Penggunaan : Selepas mencuci muka, di atas permukaan kering; 
- Basahkan kapas dengan toner secukupnya. Ratakan perlahan di muka dan leher dengan arah ke atas. - Untuk perlindungan optimum, gunakan Mylara Matte CC Cream atau Mylara Revitalizing Night Cream selepas toner.

Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g)

Krim multifungsi yang berkesan melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang bahaya dengan SPF 30. Terbukti secara secara klinikal dapat meningkatkan tekstur kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya dengan warna matte yang elegan. “CC’’ bermaksud color corrective, dan ia terdiri dari primer pencerah wajah, foundation ringan, pelembap, dengan bahan-bahan anti-penuaan dan pemangkin kolagen.

Cara penggunaan : Selepas penggunaan toner, sapukan CC Cream 15 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari. Adalah digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari.

Revitalizing Night Cream(7g)

Krim malam yang berfungsi mencerah yang masuk jauh ke dalam lapisan wajah untuk menyubur dan melembap kulit sehingga 8 jam. Membantu menghapus noda dan mencerah seawal 14 hari pemakaian dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinis.

Cara Penggunaan : Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka dan toner

Kenapa MYLARA SKINCARE pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit dan ingin merawat kulit mereka? 

Ini kerana MYLARA SKINCARE memiliki doktor dan staff-staff yang mahir di bidang masing-masing. Dengan adanya kumpulan serba mahir ini, MYLARA SKINCARE memberi jaminan produk dan perkhidmatan yang bakal membuat anda selesa dan yakin menggunakan produk yang berasas sumber alam yang diiktiraf selamat.

MYLARA SKINCARE membawa aspirasi Awaken Your Best Skin khusus buat para remaja serta wanita dan lelaki untuk menampilkan sisi terbaik anda dengan bahan-bahan dari alam semula jadi. Kecantikan dan keyakinan berhak anda miliki. Keselesaan dan keselamatan pengguna adalah matlamat MYLARA SKINCARE.

MYLARA SKINCARE memiliki produk dan perkhidmatan yang berasaskan ekstrak tumbuhan dan buah berkualiti. Diformulasi dengan teknologi terkini di kilang yang diiktiraf GMP pasti bakal memberikan hasil yang optimum dan selamat untuk kulit para remaja, lelaki dan juga wanita.
Dekat mana boleh dapatkan MYLARA SKINCARE ni?
Boleh juga whatsapp terus ke 013-9200960
atau e-mail ke mylaraskincare@gmail.com

Guide dari Dr.Mai sendiri dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh tanya secara terus dekat beliau.. Terbaik perkhidmatan yang diberikan oleh MYLARA Skincare..

Masuk JELITA Sipi - sipi

Mieza S | 10/05/2017 08:43:00 AM | 1Comments |

Masuk JELITA Sipi - sipi

Masuk JELITA Sipi - sipi

Tahukah engkau? Mieza S 'ter' muncul dalam majalah JELITA isu Oktober 2017 secara sipi - sipi. Waktu tu, Yuyin Azman ajak aku ke Anugerah Seri Jelita 2017. Dimana pembaca bertuah yang terpilih dikehendaki menjadi juri bagi produk jenama terkemuka untuk dinobatkan sebagai produk kecantikan terbaik!

Aku tau yang event tu akan dimasukkan ke dalam majalah. Cuma tak tahu, gambar siapa yang terpilih. Ada lah aku masuk sipi - sipi. Huhu. Korang jangan lupa dapatkan malajah Jelita isu Oktober ya. Okay bye. 

Tuesday, October 3, 2017

Beli vivo V7+ di Senheng/senQ dengan Tawaran Istimewa

Mieza S | 10/03/2017 11:56:00 AM | 5Comments |

Beli vivo V7+ di Senheng/senQ dengan Tawaran Istimewa

Beli vivo V7+ di Senheng/senQ dengan Tawaran Istimewa
vivo V7+ (gold) dan vivo V7+ (black)

Tahukah engkorang bahawasanya vivo V7+ telah selamat dilancarkan di Malaysia baru - baru ini. Kau tahu ke tak? Kalau tak tahu, ni kan aku tengah bagitahu. Harapnya lepas ni kau ambil tahu tentang apa yang jadi disekeliling, supaya tak terlepas info - info penting macam ni. Kenapa aku kata penting? Padahal smartphone je kot. Ada berlambak lagi smartphone dekat Malaysia. Ye lah, penting sebab korang kena jadi pengguna yang bijak sebelum membeli sesuatu produk!

Kalau beli phone baru kan mahal. Untuk jadi pengguna bijak, beli lah dimana - mana cawangan yang menjual produk vivo V7+ dengan disertakan tawaran istimewa. Contohnya beli vivo V7+ di Sengheng/senQ dengan tawaran istimewa. Dengan setiap pembelian vivo V7+ di mana - mana cawangan Senheng/senQ bermula dari 26 September 2017 sehingga 15 October 2017, korang layak mendapat voucher Watson sebanyak RM10.00 dan juga backpack secara percuma.

Beli vivo V7+ di Senheng/senQ dengan Tawaran Istimewa

Kelebihan beli vivo V7+ di Senheng/senQ

  • Pembayaran secara penuh atau ansuran selama 24 bulan 
    • menerusi bank yang terpilih -Maybank, Maybank AMEX, Public Bank, HSBC and Citibank (akan datang)
  • Penghantaran seluruh negara termasuk sabah dan Sarawak
  • Waranti Tambahan sebanyak setahun hanya dengan keahlian PlusOne 
    • daftar keahlian PlusOne bagi pengguna baru dengan hanya RM12.00 jika membuat pre order vivo V7+
    • log in di www.senheng.com.my atau www.senq.com.my untuk ahli PlusOne lama menikmati waranti tambahan
  • Trade in program

Kelebihan vivo V7+ 

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh layari laman web Senheng : http://www.senheng.com.my.

Facebook  : SenhengMY
Instagram : @senhengmy

Giveaway Birthday Tuan Blog Dan Blog Anugerah Terindah

Mieza S | 10/03/2017 09:01:00 AM | 4Comments |

Giveaway Birthday Tuan Blog Dan Blog Anugerah Terindah

Giveaway Birthday Tuan Blog Dan Blog Anugerah Terindah
Klik banner/ JOIN

Monday, October 2, 2017

First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤

Mieza S | 10/02/2017 09:29:00 AM | 8Comments |

First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤

First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤
KLIK BANNER / JOIN SINI


© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.