Disclaimer | Author | Contact


Sunday, March 26, 2017

Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco

Mieza S | 3/26/2017 08:14:00 PM | 7Comments |

Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco

Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco
username instagram : @7kecik
emel : kekapas@gmail.com

Giveaway by Hanis Masturina

Mieza S | 3/26/2017 08:13:00 PM | 4Comments |

Giveaway by Hanis Masturina

Giveaway by Hanis Masturina

Produk Keluaran Obsess Cosmetics Memang Terbaik!

Mieza S | 3/26/2017 07:49:00 PM | 1Comments |
Produk Keluaran Obsess Cosmetics Memang Terbaik!

Produk Keluaran Obsess Cosmetics Memang Terbaik!

Pada tanggal dua puluh lima (25/03/2017) telah berlangsungnya majlis Pelancaran Nuex Rosli x Syedewa oleh Obsess Cosmetics bertempat di Flora Terrace at Hampshire Place . Majlis tersebut sangat indah bila dekorasinya macam dekat kayangan. Mula - mula masuk je, dah terasa macam nak menyorok bawah meja. Mana taknya, orang lain semua pakai dress, comel - comel. Aku macam nak pergi konsert gig. Kahkah. Lawak betul. Nasib tempat aku duduk tu, macam tersorok sikit. 

Produk Keluaran Obsess Cosmetics Memang Terbaik!
Fotografer : Cici Ocin


Majlis Pelancaran Nuex Rosli x Syadewa oleh Obsess Cosmetics

Produk Keluaran Obsess Cosmetics Memang Terbaik!

Obsess Cosmetics sebenarnya bukanlah nama yang tiba - tiba muncul dalam persada kecantikan. Obsess Cosmetics telah beberapa tahun hidup dalam kalangan penggunanya. Mana taknya, dalam masa setahun, dah lebih 10,000 batang lipstic terjual oleh ejen ejen hebat. Mungkin kita tidak pernah tahu dan mahu ambil tahu, lantaran terlalu asyik disogokkan dengan jenama luar antarabangsa terkemuka yang lebih digilai. 

Obsess Cosmetics merupakan keluaran seorang bumiputera, Hafizatul Atikah juga merupakan seorang jurumekap yang menggunakan nama Amoi. Beliau mungkin tidak asing lagi dalam kalangan perempuan atau lelaki yang gemarkan mekap dan menyukai sentuhan tangan beliau. Cantik weyh. 

Produk Keluaran Obsess Cosmetics Memang Terbaik!
Pemilik Obsess Cosmetics, Hafizatul Atikah (sumber gambar)
Majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan edisi terhad Obsess Liquid Lipstic Matte. Turut mendapat sentuhan dua jurumekap terkenal Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Nuex Rosli dan Syedewa. Obsess Cosmetics menjalinkan kerjasama dengan dua jurumekap ini dalam mendapatkan warna pilihan yang tentunya bakal menjadi fenomena terbaharu pengguna Obsess Cosmetics. 

Warna yang diperkenalkan Obsess Cosmetics adalah perang pilihan Nuex Rosli dan warna merah jambu lembut pula pilihan Syedewa. Calitan warna perang Obsess Cosmetics akan menjadikan si pemakainya lebih kelihatan trendy manakala calitan warna merah jambu lembut pula akan menampilkan si pemakainya manis dan menawan. 

Produk Keluaran Obsess Cosmetics Memang Terbaik!
Syedewa dan Nuex Rosli (sumber gambar)

Selain Liquid Matte Lipstic, Obsess Cosmetics turut mengeluarkan DD Cushion Fondation untuk penggunanya. Aku suka betul dengan DD Cushion Fondation ni. Rasa ringan. Ni first time aku 'ada' DD Cushion. Sebelum ni, pernah pakai dekat kenduri kawen. Kepunyaan sepupu aku dan dialah yang bertanggungjawab pakaikan BB Cushion dekat muka aku. Bapak tak selesa. Orang kata 'belemuih' gitu. Aku rasa macam muka aku glowing terover! Rasa macam melekit (tapi sebenarnya tak pun). Disebab kan sepupu dah susah payah pakaikan untuk aku kan (walaupun tak mintak), aku redho jela. Aku musykil kejap. Sebab tak tahu apa beza DD dan BB. 

DD Cushion Fondation Obsess Cosmetics

Produk Keluaran Obsess Cosmetics Memang Terbaik!

Walaupun baru pakai, aku dah tersuka dengan DD Cushion Fondation ni. Menjimatkan masa aku. Selalunya sebelum keluar bila nak pakai mekap, aku akan pakai krim. Lepastu bedak lepastu fondation. Lambat kan? Ni, aku cuma guna DD Cushion Fondation Obsess Cosmetics je. Lepastu terus pakai mekap macam biasa. Sebab tak tahu lah. Aku rasa muka aku dah macam pakai bedak. Hhahaa

Kelebihan DD Cushion Fondation

  • Wajah akan menjadi flowless dan glowing bila memakainya
  • Melindungi wajah dari sinaran ub spf50+
  • Anti penuaan
  • Menutup parut jerawat dan jeragat
  • Merawat kulit wajah
  • Melembabkan kulit
  • Mengecilkan liang pori
  • Memudarkan parut jerawat dan jeragat
  • Jimat masa untuk bersiap
  • Tidak melekit dan berminyak
  • Tidak bercapuk walaupun berpeluh
  • Mesra wudhu (mudah dibersihkan)
  • Mendapat lulusan KKM
  • Mengandungi minyak argan dan vitamin E 

Kandungan DD Cushion Fondation

Mengurangkan kedutan
Melembabkan kulit
Membaiki struktur kulit
Memudarkan parut jerawat

Protein membantu menegangkan kulit dan menganjangkan wajah
Menutup parut berlubang
Meremajakan kulit wajah

Mengecutkan jerawat
Menghalang jerawat baru timbul 
Melembabkan kulit
Menegangkan dan menghilangkan kedut
Memudarkan jerawat dan jeragat

Liquid Matte Lipstik Obsess Cosmetics

Produk Keluaran Obsess Cosmetics Memang Terbaik!

Bersyukur bila terpilih ke majlis Pelancaran Nuex Rosli x Syedewa oleh Obsess Cosmetics. Selain dapat jumpa orang - orang hebat, aku juga dapat mengumpulkan koleksi lipstick. Hehe. Sekali pergi event dapat 6 batang lipstick. OMG, bersyukur sangat. Nak - nak pulak keluaran bumiputera. Selalu pakai jenama antarabangsa tapi tak berapa nak ori. Cuma mahu kan jenama tu je. Jadi bila dapat produk keluaran bumiputera dan hasilnya sangat baik, tak perlu lah lepas ni aku nak pandang rendah dengan produk orang Malaysia dan MELAYU.

Kelebihan Liquid Matte Lipstick Keluaran Obsess Cosmetics

  • Tidak mengeringkan bibir
  • Mengandungi minyak argan dan vitamin E
  • Tahan lebih lama
  • Bau wangi
  • Mendapat lulusan KKM
  • Setanding jenama antarabangsa
  • Mesra wudhu (mudah dibersihkan)
  • Harga mampu milik (RM99)

Produk Keluaran Obsess Cosmetics Memang Terbaik!
Kod warna Liquid Lipstick Matte 
02 - marshmellow
04 - lollipop
05 - nutella
06 - bubblegum
Produk Keluaran Obsess Cosmetics Memang Terbaik!

Produk Keluaran Obsess Cosmetics Memang Terbaik!

Produk Keluaran Obsess Cosmetics Memang Terbaik!

Produk Keluaran Obsess Cosmetics Memang Terbaik!

Produk Keluaran Obsess Cosmetics Memang Terbaik!
Maaf model tidak cun, tapi masih bersyukur
Antara empat warna tu, aku paling suka nutella dengan bubblegum. Senang jugak nak bersihkan. Sebab sebelum ni pakai huda beauty yang tak berapa nak ori dan lipstics2 lain yang aku beli dekat Sephora, susah nak tanggal dengan bersih walaupun dah guna remover (masih ada kesan - kesan warna merah). Tak tahu lah kenapa. Oh lagi satu, aku amek gambar separuh je sebab aku mekap separuh. Separuh lagi tak mekap pun. Obsess liquid lipstics edisi terhad aku belum cuba. Sebab nak buat di entri yang lain. Hehehe. Harap ada lah yang nantikan. 

Produk Keluaran Obsess Cosmetics Memang Terbaik!
Obsess Liquid Lipstick Matte edisi terhad - RM99

Kenapa wujud edisi terhad? Sebab dua warna ni adalah pilihan dua jurumekap terkenal iaitu Nuex Rosli dan Syedewa. Kalau nak lagi gempak kebabom, dua warna ni kena campur. Diorang cakap la. Yeke? Okay nanti aku cuba. Hehehe. Nantikan entri liquid lipstics matte edisi terhad pulak! 

Obsess Cosmetics

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, korang boleh lah usya - usya facebook dan instagram mereka :)
Instagram : @obsess.cosmetics/
Facebook : Obsesscosmetics

Friday, March 24, 2017

Super Mario Run Boleh Dimuat Turun Secara Percuma di Google Play Store

Mieza S | 3/24/2017 02:41:00 PM | 3Comments |

Super Mario Run Boleh Dimuat Turun Secara Percuma di Google Play Store


Super Mario Run Boleh Dimuat Turun Secara Percuma di Google Play Store

Tepat jam 12.25pm aku tengah melayan kerja dekat word. Masa tu telefon aku bergetarrr kan dada. Kahkah. Cepat - cepat lah aku tengok, kot ada hal - hal terpenting selain dari hidup dan mati. Ternyata aku dapat notification yang mengatakan Super Mario Run sudah boleh dimuat turun secara percuma. Kenapa aku dapat notification? Oh, sebab sebelum ni aku ada masuk google play store. Lepastu ternampak lah game Super Mario Run. Masa aku tengok tu, tak boleh download lagi. Cuma ada button untuk on notification. Aku pun klik jela. Rindu jugak dengan game Mario ni. 

Tup - tup bila dapat tahu Super Mario Run boleh dimuat turun, terus sepantas kilat aku buat apa yang patut.

Super Mario Run Boleh Dimuat Turun Secara Percuma di Google Play Store
Nintendo


Tentang Super Mario Run

  • Super Marion Run dibangunkan oleh Nintendo untuk IOS dan Android.
  • Dilancarkan pada tahun December 2016 untuk IOS dan Mac 2017 untuk Android.
  • Merupakan salah satu permainan pertama Nintendo yang dibangunkan untuk peranti mudah alih.
  • Menjadi salah satu permainan dalam siri Mario yang dimainkan pada perkakasan bukan-Nintendo.
  • Mempunyai tiga mod permainan utama
  • Permainan ini telah dihasilkan oleh Shigeru Miyamoto dan ahli pasukan yang sama membangunkan New Super Mario Bros
  • Memerlukan sambungan internet untuk memainkannya.
  • Telah dimuat turun lebih daripada 50 juta kali dalam minggu pertama pelepasan dalam sejarah iOS.


Paparan Game Super Mario Run

Super Mario Run Boleh Dimuat Turun Secara Percuma di Google Play StoreSuper Mario Run Boleh Dimuat Turun Secara Percuma di Google Play Store

Super Mario Run Boleh Dimuat Turun Secara Percuma di Google Play StoreSuper Mario Run Boleh Dimuat Turun Secara Percuma di Google Play Store

Super Mario Run Boleh Dimuat Turun Secara Percuma di Google Play StoreSuper Mario Run Boleh Dimuat Turun Secara Percuma di Google Play Store

Super Mario Run Boleh Dimuat Turun Secara Percuma di Google Play Store
Baru main, dah menang. Hehehee
Super Mario Run Boleh Dimuat Turun Secara Percuma di Google Play Store
Sumber gambar
Super Mario Run Boleh Dimuat Turun Secara Percuma di Google Play Store
Sumber gambar


Apa yang menariknya tentang Super Mario Run? 

Super Mario Run merupakan kelompok run game, macam Temple Run, Subway Surfers, dan banyak lagi. Tapi, Super Mario ni berbeza sikit macam run game yang lain. Sebab ada ciri - ciri koleksi Mario yang sedia ada. Macam cendawan untuk jadi besar. Ha paling best. Tak payah nak pijak musuh, dan tekan button untuk lari. Sebab semuanya dah di kawal oleh game itu sendiri. Senangkan? Lagi banyak kau buat aksi melompat, lagi banyak coins kau dapat. Jom download sekarang dekat pautan https://supermariorun.com atau pergi ke google play store dan taip 'Super Mario Run'

Thursday, March 23, 2017

iPrice Blogger Competition – LazadaMY

Mieza S | 3/23/2017 03:08:00 PM | 3Comments |

iPrice Blogger Competition – LazadaMY

iPrice Blogger Competition – LazadaMY

Entri ini, adalah entri contest yang dianjurkan oleh https://iprice.my . Pernah dengar tak pasal iPrice? iPrice merupakan sebuah laman web yang membandingkan harga barangan yang kita mahu beli. Contohnya. Aku nak beli DSLR. Jadi aku menggunakan iPrice untuk membandingkan harga yang paling murah. iPrice akan memaparkan beberapa laman shopping online yang menjual DSLR seperti yang aku mahu beserta review dari beberapa website, spesifikasi dslr termasuklah tentang jenis DSLR tersebut. Wow! Amazing~ macam trivago.

Hotel yang sama, bilik yang sama... Tetapi, dua harga yang berbeza... Kenapa bayar lebih? Anda boleh mencari hotel ideal anda di trivago... Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web.. Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik.. Hotel? Trivago!
iPrice Blogger Competition – LazadaMY

Pilih sebuah kedai e-dagang (online shop / website) pilihan anda

Aku memilih LazadaMY sebagai website membeli belah pilihan dalam contest kali ini. Kenapa Lazada? Sebab Lazada sangat sebati dengan aku. Bak kata pepatah:
Bagai aur dengan tebing
Sejak aku sudah pandai menggunakan maybank2u, inilah kerja aku. Membeli belah online di Lazada. Walaupun kerap kali juga aku menghadapi masalah remeh. Aku tetap juga menggunakan Lazada. Mungkin sebab aku sudah terlalu selesa bila bersama Lazada. 

Rata - rata ramai yang mengenali siapa Lazada, jadi tak perlulah aku menghuraikan satu persatu siapa Lazada. Lazada sudah dikenali ramai sebagai platform membeli belah online yang dipercayai seluruh negara. Itulah kehebatannya. Sehinggakan Lazada dianggap setaraf dengan Amazon

Jelaskan masalah yang dihadapi oleh online shoppers

Entri ini bukanlah ditulis untuk menyakiti hati sesiapa atau mencari kelemahan sesiapa. Ia lebih kepada luahan hati jujur dan ikhlas dari seorang pembeli untuk website membeli belah online yang telah menjadi kesayangannya. Lagipun aku memang selesa dengan Lazada, cuma ada beberapa kelemahan Lazada yang perlu dibaiki dari semasa ke semasa. 

Diskaun 

Aku rasa dalam banyak - banyak website online membeli belah, Lazada paling gempak. Buat sale gila - gila. Diskaun macam tipu. Tapi tu lah hakikatnya. Kena terima hakikat sebab Lazada memang pemurah. Rakyat Malaysia memang terpegun dengan diskaun dan sale. Sekarang pun sedang berlangsungnya Lazada's Birthday Sale Mega Days. Diskaun sampai 90%. Berpusu - pusu orang membeli belah dek takutkan peluang keemasan macam ni berakhir.

Tahukan anda? Harga yang ditawarkan dekat Lazada ketika sale berlangsung sangat tak masuk akal? Contoh :
RM 36.80 Before RM 180.00, You save 80%
Nampak macam best je tengok diskaun sampai 80% kan? Siapa yang selalu masuk Lazada ni dia tahu lah. Harga barangan A ketika hari biasa - biasa ialah RM200. Ketika mega sale apa sale segala akan berlansung, harga barangan A akan melonjak naik menjadi harga baru. Mungkin RM300, RM400. Kemudian, diletakkan diskaun sehingga 80%-90%. WOw! Siapa tak tergoda kan bila tengok diskaun sampai macam ni. Dekat sini wujud unsur penipuan dengan menggunakan diskaun sebagai galang ganti! (sesetengah produk Lazada) Bagi aku tak patut sungguh benda ni jadi.

'Kaunter Pertanyaan' 

Pada abad 21 ini, kalau boleh beli ikan mentah pun nak dibeli dalam website shopping online kan? Begitulah. Manusia semakin malas. Semuanya mahu dihujung jari. Bertepatan dengan slogan :
Zaman teknologi semuanya dihujung jari.
Kan? Apa yang aku nampak, Lazada telah menyediakan e-borang pertanyaan untuk sebarang aduan, pertanyaan dan sebagainya berkaitan produk. Tahukan anda? Orang macam aku ni, kadang malas menunggu. Harini hantar emel, esok belum tentu lagi aku dapat balasan. Boleh jadi, bukan aku seorang je yang menghantar emel. 

E-borang masih releven lagi jika mahu digunakan namun ianya melambatkan proses balas. Kesian yang menunggu. Mungkin seseorang yang menggunakan e-borang mahukan jawapan balas segera. 

COD (Cash-on-delivery) Terhad

Semenjak COD diperkenalkan dalam perkhidmatan Lazada, ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Lebih mudah dan lebih mahu percaya. Kenapa mudah? Mudah untuk pembeli kerana, tak perlu nak bankin duit, atau transfer duit (bukan semua orang ada online bankin dan bukan semua orang ada masa nak pergi bank). Kenapa percaya? Percaya sebab, bila barang dah sampai dekat tangan kita baru kita bayar. Jadi, pembeli tidak akan ragu - ragu dengan barang tersebut. Juga, tak perlu tunggu mengharap barang sampai. Selalunya bila beli barang online, kita bayar dulu baru barang dapat. Nak kena tunggu berhari - hari baru sampai. Kalau lambat sangat dah tak senang duduk. Bak kata pepatah :
Bagai cacing kepanasan.

Tahukan engkorang? Aku nak tulis bagai anjing kepanasan tadi. Hahaha. Sekarang kan terlalu banyak kes penipuan online. Jadi, pembeli terlalu berjaga - jaga. Perkhidmatan COD di Lazada sangat terhad. Hanya di beberapa kawasan sahaja dan bergantung kepada barang yang dibeli Jadi, bukan semua orang boleh dapat perkhidmatan ini. Sedih kan? 


Mencadangkan penyelesaian anda dan bagaimana kedai online anda nyatakan boleh boleh menyelesaikan masalah yang anda nyatakan

Kurangkan unsur penipuan

Aku yakin, mana - mana tempat pun akan wujud penipuan. Lagi - lagi sebab nak kaut keuntungan. Tapi, jangan lah mengarut sangat diskaun tu. Ataupun jangan lah mengarut sangat harga tu. Memanglah orang akan cakap 'pergi jela dekat website lain yang lebih murah'. Masalahnya aku suka dekat Lazada. Salah ke aku setia pada yang satu? :( 

Kalau sungguh  nak buat gempak diskaun sampai 90%, harga tu takpayah lah letak tinggi melambong. Jadi dua kali ganda pulak tu. Aku perasan benda ni, sebab aku selalu log in Lazada. Benda ni pun bukan aku sorang je yang complaint, tapi ada beberapa lagi orang lain yang nyatakan benda sama. Benda remeh macam ni, harus dibendung supaya pembeli tak rasa tertindas dengan harga tipu yang ditawarkan Lazada.


Wujudkan Live Chat

Kenapa nak kena wujudkan Live Chat? Untuk memudahkan pembeli bertanya kan terus soalan yang terbuku dihati. E-borang tu oldskul sangat. Kalau live chat ni, senang sikit. Pakai popup je. Takpayah nak kena isi nama lah, emel la ape lah. Sebab kita pun dah login (ada nama sekali). So, senang kan? Buang masa je pakai e-borang. Dah log in, lepastu waktu tulis borang nak kena tulis nama dengan emel segala

Perkhidmatan COD Secara Menyeluruh

Untuk berlaku adil, tambahkan lah perkhidmatan COD ke seluruh tempat. Kan memudahkan pengguna. Jadi semua orang boleh merasa COD walaupun tinggal di ceruk kampung. Mungkin Lazada patut menambahkan bilangan runner secara partime? Sekaligus, dapat memberi peluang pekerjaan dan duit poket untuk mereka yang mahu menambah kewangan. Kan?  

Aku rasa, itu sahaja cadangan aku untuk Lazada. Semoga LazadaMY terus sukses pada masa akan datang. Terima kasih juga kepada iPrice kerana sudi memberi peluang untuk aku menulis pada contest blogger kali ini. 

Wednesday, March 22, 2017

Chewies Pahat Nama dalam Malaysia Book Of Records di Sunway Lagoon

Mieza S | 3/22/2017 01:44:00 PM | 0Comments |

Chewies Pahat Nama dalam Malaysia Book Of Records di Sunway Lagoon

Chewies Pahat Nama dalam Malaysia Book Of Records di Sunway Lagoon

Tahniah Chewies kerana telah berjaya memahat nama dalam Malaysia Book of Record! Percaya atau tak? Seramai 1,958 kanak - kanak termasuk ibu bapa dan guru berkumpul di Amphitheatre Sunway Lagoon untuk mengunyah Gummy Chewies segaligus menempa nama dalam Malaysia Book of Record! 

Mereka adalah kanak - kanak yang terdiri daripada lebih 32 buah sekolah rendah sekitar Lembah Klang yang telah memakan lebih 5,000 biji Gummy Chewies Immunolicious serentak termasuk aku untuk bersama-sama mencatat sejarah dalam Malaysian Book Of Record bagi Penyertaan Terbesar Dalam Sebuah Sesi Mengambil Gummy Untuk Meningkatkan Imunisasi di bawah kategori Pencapaian Manusia. Hahahha. 

Chewies Pahat Nama dalam Malaysia Book Of Records di Sunway Lagoon

“Kanak-kanak yang hadir berumur antara 5 hingga 12 tahun dan sangat gembira mengambil bahagian dalam percubaan mencatat rekod kerana Gummy Chewies Immunolicious bukan sahaja sedap tetapi ia juga menjadi pemangkin sistem imunisasi mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AJ Research & Pharma (AJRP) Sdn. Bhd, Javed Ghulam Muhammad.
“Percubaan Malaysia Book Of Records ini adalah salah satu cara bagi kita untuk mendidik ibu bapa mengenai cara untuk menyihatkan anak-anak mereka dan diri mereka sendiri dengan memperkuatkan sistem imunisasi. Ia adalah lebih baik jika diperkukuhkan baris pertama pertahana badan dari merawati apabila ia sakit. Untuk mencapai tahap itu, kita perlu melengkapkan rutin harian mereka dengan penggalak sistem imunisasi, “tambah Javed.

Chewies Pahat Nama dalam Malaysia Book Of Records di Sunway Lagoon

Nampak tak betapa gembiranya diorang dapat makan chewies? Chewies ni tidak terhad kepada kanak - kanak sahaja, orang dewasa pun boleh dengan pengambilan dos yang berlainan. Dua biji untuk kanak-kanak dan empat biji untuk orang dewasa. Lepas je makan chewies terus semangat nak pusing satu Sunway Lagoon. 

Chewies Immunolicious juga diperkaya dengan Wellmune yang merupakan sejenis gluco ploysaccharide diperoleh daripada penapisan yis yang cukup baik. Ia bertindak sebagai pengalak sistem imun semula jadi bagi kanak-kanak dan juga dewasa. Yeay! Didatangkan dengan 3 perisa – Mega-Mango, Super Strawberry dan Ultra-Orange. Sedap tau. 

Chewies Pahat Nama dalam Malaysia Book Of Records di Sunway Lagoon
Sempat bergambar dengan si comel Chewies

Chewies Pahat Nama dalam Malaysia Book Of Records di Sunway Lagoon

Korang yang nak tahu lebih mengenai Chewies, boleh lah beramai - ramai terjah facebook mereka > https://www.facebook.com/chewiesmy

Tutorial : Widget Instagram dalam Blog

Mieza S | 3/22/2017 12:28:00 PM | 2Comments |

Tutorial : Widget Instagram dalam Blog

Tutorial : Widget Instagram dalam Blog

Kalau korang perasan, sebelum ni aku ada pakai widget instagram yang aku kira comel bila diletakkan di blog aku. Beberapa bulan lepas tu, aku tengok widget instagram tu dah tak keluar dan digantikan dengan mesej yang menyuruh aku upgrade untuk meneruskan paparan widget tersebut. Akhirnya aku ambil keputusan untuk memadam coding yang ada, dan cari coding lain yang lebih sesuai. Buat masa sekarang, inilah coding yang aku guna. 

Ikut tutorial mudah (gambar dibawah) jika mahu meletakkan widget instagram dalam blog


Tutorial : Widget Instagram dalam Blog

2. Paparan seperti diatas akan kelihatan. Apa yang best pasal instagenerate dari instawidget ni? Tak perlu nak log in akaun instagram pun. Cuma masukkan username kau dan preview ada disebelah kanan. 

Tutorial : Widget Instagram dalam Blog

3. Dah puas hati dengan style widget kau? Boleh klik pada button 'Get the embed code' dan copy
4. Log in blogger.com > layout > add a gadjet > HTML/javascript 
5. Paste kan code yang kau copy tadi dan save.
6. Preview untuk lihat hasil.

Tutorial : Widget Instagram dalam Blog





GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM

Mieza S | 3/22/2017 09:23:00 AM | 5Comments |

GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM


GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM

Tuesday, March 21, 2017

Bila Hanya Sekadar Mimpi

Mieza S | 3/21/2017 12:15:00 PM | 1Comments |

Bila Hanya Sekadar Mimpi

Bila Hanya Sekadar Mimpi

Ada benda yang nak diluah. Tapi tak tahu ayat bagaimana yang harus disusun. Dan perca kata apa yang harus dilakar. Akhirnya padam semula, dan simpan kesemuanya. Masih rapi dalam pelukan, hingga air mata jatuh merembang memecah gelodak hati yang kacau. 

Bila hanya sekadar mimpi,
Hilang dan pergi tak siapa peduli.

Cara Beli Topap Menggunakan Maybank2u

Mieza S | 3/21/2017 10:28:00 AM | 4Comments |

Cara Beli Topap Menggunakan Maybank2u

Cara Beli Topap Menggunakan Maybank2u

Cara Beli Topap Menggunakan Maybank2u

Cara Beli Topap Menggunakan Maybank2u

Cara Beli Topap Menggunakan Maybank2u

Cara Beli Topap Menggunakan Maybank2u

Cara Beli Topap Menggunakan Maybank2u

Cara Beli Topap Menggunakan Maybank2u

Cara Beli Topap Menggunakan Maybank2u


Senangkan? Ikut langkah - langkah macam dalam gambar.

Friday, March 17, 2017

Buat Ruangan Karya Terbuka

Mieza S | 3/17/2017 05:03:00 PM | 3Comments |

Buat Ruangan Cerpen

Buat Ruangan Karya Terbuka

Aku terasa macam nak buat ruangan karya terbuka untuk orang yang suka menulis. Aku ada jugak buat cerpen. Tapi terasa macam dah lama sangat tak buat. Mungkin sebab kesuntukan masa. Aku kat rumah pun tak boleh sangat nak menghadap blog dan perah idea. Sebab aku ada adik kecik yang hobinya adalah menangis. Bila mak aku duduk depan dia, dia main tempat lain. Bila  mak aku bangun nak buat kerja, dia menangis macam aku cubit. Eii. hahaha. Nasib adik aku. Tu pun aku cubit je dia. Padan muka. hahaha. Sapa suruh nangis.

Okay macam ni, sebelum ni (beberapa tahun yang lepas) aku pernah buat segmen cerpen. Aku cakap dekat diorang, cerpen yang terpilih aku nak hantar dekat satu publisher yang mengeluarkan zine. Memang publisher yang menjadi pilihan tu dah ada. Tapi, aku fikir balik. Zine tu publisher akan jual. Tapi tak akan ada satu sen pun royalti walaupun satu sen kau akan dapat. Cuma sekadar kau dapat meluahkan bakat terpendam dalam penulisan. Kecuali kalau ada kontrak. Macam leceh je. 

So sekarang, aku bukak peluang. Siapa yang berminat untuk mengembangkan bakat bolehlah hantar karya ke kekapas@gmail.com . Ejaan kalau boleh jangan guna shortform tau. Dan setiap cerpen/puisi yang terpilih aku bayar RM5 untuk aku siarkan dalam blog. Kiranya sebagai duit poket. Kenapa Rm5 je? Macam tak berbaloi. Yela, kalau dekat penulisan2u. Aku rasa benda tu free je. Kan. Tak dapat apa langsung. At least, kalau kau buat banyak karya, dapatlah banyak jugak kau dapat. Tapi bergantung kepada yang terpilih sahaja. Lagipun buat masa sekarang aku mulakan dengan nilai yang sedikit dahulu. Insyaallah, kalau murah rezeki aku akan naikkan nilai nya. Kalau boleh jangan lah asyik tema cinta (couple2). Hahaha. Bosan. 

Ouh lagi satu, jangan curi hasil karya orang lain. Aku mungkin tak nampak. Tapi tuhan nampak. Ruangan karya terbuka ni aku buka kepada semua lapisan masyarakat. Baik tua, muda, blogger ke bukan blogger ke. Lepas baca jangan lupa share dengan kawan yang lain. 

Karya terbuka ni bebas. Lukisan kartun (komik) ke, puisi ke, penulisan skrip ke, cerpen ke, fakta ilmiah ke apa - je. Asalkan bakat terpendam. 

Contoh kalau korang nak hantar karya.

Emel : kekapas@gmail.com
Subject : Ruangan Karya Terbuka

Status facebook Zaman 'Jahiliyah'

Mieza S | 3/17/2017 02:27:00 PM | 3Comments |

Status facebook Zaman 'Jahiliyah'



Bila tak ada kerja dekat ofis, biasa nyya aku akan buat benda lagho. Antaranya online facebook dan tonton movie. Huhuhu. dah lama aku nak delete semua status lama dekat facebook ketika zaman - zaman kegemilangan aku dulu. Cet. Aku baca status aku sendiri pun rasa nak tergelak ada, nak marah ada. Dah lah mengeja serupa tarzan. Status pulak acah gengster je. Padahal baru main facebook tu. Oh ye, lagi satu. Aku pelik. Semua status facebook zaman 'jahiliyah' aku, walaupun hambar dapatlah like dalam 20 ke 30 macam tu. Time tu friendlist pun tak ramai mana. La ni, friendlist ramai pun, susah nak dapat like. Kenapa ya? Adakah netizen lebih gemar status yang buruk - buruk berbanding yang elok - elok? Sempat aku printskrin satu status. Ni baru satu. Tu pun aku dah rasa nak tampar diri sendiri. 


Bila aku ingat balik, apa jadah nya aku mengeja kau sebagai kaw. Lepastu status acah - acah comel. Bila baca balik, aku pun tak faham dengan ayat aku. Aku nak tulis apa sebenarnya? Setiap kali aku ulang baca status zaman jahiliyah aku dulu, bulu roma aku meremang. Meremang tengok bodohnya status aku zaman tu. Lepastu, semua benda aku nak bagitahu. Contohnya macam, aku gaduh dengan A. Aku update status ala - ala bengang. Lepastu aku tak tag pun orang tu. Dan dia tak tahu pun aku bengang dengan dia. Sudahnya 'kalau' aku sendiri baca status macam tu, aku dapat agak budak ni syok sendiri. Lepastu nak orang fikir, yang aku ni bahagia. 

Aku sebenarnya tatau nak komen pasal benda ni. Tak kisah pun kalau orang nak kongsi semua benda dekat facebook. tak jadi masalah. Tapi yang jadi masalah, asyik dia je. Hhahaa. lama - lama orang menyampah. Lainlah dia buat sebab benda tu kerja. Ni saja - saja. Memang mengada- ngada. Haahhaha. Macam aku dulu la. Suka syok sendiri. Status lain yang aku ingat.

"kesian abang kita sakit. semoga cepat sembuh"

Ah banyak lagi la. Malas nak ingat. Tapi serius macam badut. Aku ingat Maselan je badut. Rupanya aku pun macam badut dulu. Dulu je. Sekarang dah tak. Macammana aku tahu aku bukan lagi badut ? Sebab setiap kali aku menyampah dengan orang atau bengang, aku dah tak luah dalam facebook. Aku diam je buat macam tak de pape jadi. Atau, kalau ada netizen bergaduh pasal artis, aku nak komen untuk turut serta dalam pergaduhan tersebut. Tapi lepas aku komen, aku tak tekan enter pun untuk paparkan komen tu. Sebab aku delete balik apa yang aku tulis. Kalau aku nak tulis jugak, aku update status. Tapi lepastu status tu aku akan padam selepas beberapa hari. Sebab tiga empat tahun lagi, status tu akan bikin aku malu bila aku sendiri yang baca. Hahaha

Situasi aku ni sama macam kita selalu nampak papan larangan JANGAN MENCONTENG. Lepastu mesti akan ada orang lain yang tulis 'Jangan Menconteng' . Bukan ke orang yang menulis tu sedang menconteng sebenarnya? Kenapa dia mesti tulis benda tu? Bukannya tak reti baca pun. 

Yelah. Zaman teknologi ni semua benda nak bagitahu. Sampai kan nak berak pun kena bagitahu. 

"beb, gua nak tercirit."

Aku okay je kalau ada orang update status macam ni. Nampak orang tu macam slumber dan mudah bergurau. Tapi tu lah. Status macam ni, kadang2 orang kecam. Jadi seeloknya delete selepas beberapa hari kalau tak ada kepentingan apa -apa. Okay. tu je nak membebel. Bye.


© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.