Disclaimer | Author | Contact


Author

Mieza S | 5/30/2017 10:38:00 AM | 1Comments |

Tentang Penulis


2017

Nama  Mieza Suhaini
Tarikh Lahir  19 Februari 1995
Tempat Lahir  Hospital Tengku Ampuan Afzan
Hobi  Makan, Tidur, Baca, Tulis
Pendidikan  SK Seksyen 20, Shah Alam  (2002 - 2007)
 SMK Seri Tanjong, Kuala Selangor (2008 - 2010)
 SM Vokasional Shah Alam (2011 - 2012)
 Kolej Komuniti Hulu Langat (2014 - 2016)
Cita - cita   Menjadi penulis 
Media   Berita Harian + FameHitz
Quote   Perempuan seperti aku yang sukar dimengerti, Seperti bancuhan pekat serbuk kopi, Halus. Pahit. Namun enak aroma nya seringkali menyapa rongga hidung, Hanya yang benar - benar memahami, Akan mengerti indahnya saat dinikmati, Kala sunyi sepi sendiri. -Teman akrab
Emel   Kekapas@gmail.com
Facebook   https://www.facebook.com/sevenkecik



Tentang Penulis

Aku masih ada ayah. Masih ada emak. Kedunya dalam lingkungan 40an. Masih muda -- mungkin. Aku anak pertama dari enam orang. Sekarang menjadi blogger. sepenuh masa.  Maknanya aku banyak habis masa dengan menulis menulis dan menulis di depan komputer riba. Sehinggalah aku sendiri bosan lalu mengambil keputusan merangka puisi yang entah apa - apa. Aku bercita - cita untuk mempunya sebuah perpustakaan mini di rumah sendiri. Aku mahu penuhkan bilik aku dengan longgokan buku yang tersusun. Penambahan buku sedang giat dijalankan. Dan tak pernah terbit rasa menyesal dengan membakar duit untuk sebuah buku. Aku rasa itu suatu pengorbanan diri sendiri untuk nusa dan bangsa. Cewah. Ada orang tanya aku tak sambung belajar ke? Keinginan aku sudah dikuburkan semenjak berlaku masalah kewangan. Selepas daripada kejadian itu, aku akan menjadi sangat tuli dan pekak setiap kali ditanya tentang masa depan. Masa depan bukan hanya untuk mereka yang belajar. Masa depan seseorang bergantung pada kesungguhan bagaimana dia mencorakkan. Itulah yang sedang aku lakukan. Jika diantara kalian ada yang mencemuh kerana tidak mempunyai pendidikan, percayalah. Dia sedang merendahkan martabat kalian yang masih mampu hidup tanpa sesen duit yang datang dari beliau. Jadi, abaikan manusia - manusia yang mahu menjatuhkan. 


Tentang Penulis
Bersama Ben Ashaari
Dulu ketika pertama kali mencoretkan kata di dalam blog, aku banyak merepek yang entah apa - apa. Tulisan pun kecik besar kecik besar. Semakin lama semakin aku nampak perubahan positif. Dan mengambil keputusan untuk menulis secara serius. Semenjak blogger semakin dikenali. Ouh ya. Gambar diatas adalah gambar aku bersama Encik Ben Ashaari, Founder Kelab Blogger Ben Ashaari. Dah ramai blogger yang berjaya semenjak dididik oleh beliau. Dulu menulis tanpa teguran. Hari ini menulis dengan pelbagai teguran positif untuk memperbaiki. Ramai yang membantu terutamanya keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari itu sendiri. Oleh sebab itu, semangat aku semakin bertambah untuk terus menulis. 


Tentang Penulis

Tentang Penulis


Ini adalah sebahagian gambar kenangan sepanjang aku bersama Kelab Blogger Ben Ashaari. Tak ternilai rasanya persahabatan yang pernah terbina antara mereka. Aku rasa itu sahaja lah berkenaan diri aku. Kalau mahu membuat sebarang peertanyaan, boleh emel/facebook sahaja. Sekian,

1 comment:

  1. semoga terus berjaya dan tercapai apa yang diimpikan

    ReplyDelete

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.