Disclaimer | Author | Contact


Friday, November 17, 2017

Menelusur Kenangan B24 Liberator KL654

Mieza S | 11/17/2017 05:43:00 PM | 0Comments |

Menelusur Kenangan B24 Liberator KL654

Menelusur Kenangan B24 Liberator KL654

Enti ini wujud selepas aku menulis entri berkenaan Gunung Berembun. Aku acah - acah buat reseach. Research dalam google padahal. Ada beberapa artikal yang aku jumpa berkenaan pesawat terhempas di era perang dunia kedua. Tak banyak yang mencatatkan peristiwa penting macam tu. Aku suka sejarah. Aku suka membaca sejarah dan mahu ambil tahu. Tapi aku tak suka jawab peperiksaan kertas sejarah. Sebab daya ingatan aku tak kuat sangat. 

B24 Liberator KL654 berkecai di Langkap

** tajuk tu aku ambil dari artikal yang aku jumpa. 

Kalau korang nak tahu sebenarnya ada banyak lagi pesawat yang pernah terhempas dekat Malaya dari era zaman perang dunia kedua. Kesemua pesawat yang terhempas itu dimiliki oleh beberapa buah negara seperti Britain, Amerika Syarikat, New Zealand, Australia dan Jepun. Dikatakan jumlah kesemua pesawat tersebut melebihi angka 500 buah. Wow.

Aku tak dapat bayangkan macammana takutnya menghadapi era perang waktu itu. Uiii. Tak tahu lah nak cakap. Seram weyh seram. Minyak naik pun aku takut, padahal aku bukan naik kereta. Tapi mengenangkan gaji kecik aku turut sama lah susah hati. Kalau aku yang duduk di zaman perang dunia kedua? Hmm ~

3 Ogos 1945 : Sebuah pesawat pengebom B-24 yang membawa lapan (8) kru berlepas dari Cocos Island, Australia dalam satu misi ‘resupply’ pasukan Force 136. Namun pesawat itu dilaporkan tidak tiba di lokasi yang telah ditetapkan dan seminggu kemudian, pesawat itu dilaporkan terhempas.

Menelusur Kenangan B24 Liberator KL654
Persiapan sebelum misi Liberator

1996 : Sebahagian bangkai pesawat malang itu ditemui pada 1996 di Negeri sembilan.

22 Disember 2006 : ‘pencarian rasmi’ dilakukan untuk menjejak B24 Liberator KL654.

29 Ogos 2009 : Tiga tahun kemudian, ekskavasi** (kegiatan penggalian yg dilakukan utk mendapatkan maklumat tentang benda zaman purbakala) yang dilakukan menemui 80 cebisan tulang kru pesawat tersebut. Kesemua cebisan tulang itu telah diserahkan kepada Penasihat Pertahanan Tentera British, Kapten Kenneth Taylor.

18 Oktober 2012 : Cebisan tulang disemadikan di Commonwealth Military Cemetery, Kuala Lumpur sambil disaksikan oleh waris dan ahli keluarga kru terlibat.

Sebahagian daripada sisa bangkai kapal terbang ini telah dibawa keluar dan ditempatkan di Muzium Tentera di Port Dickson. 

Disemadikan Selepas 67 Tahun 

*ketika artikal di portal berkenaan ditulis
  • Tujuh anggota Skuadron Ratu yang mengusung keranda yang dilitupi bendera Union Jack mengandungi 80 cebisan tulang mangsa nahas tentera udara 67 tahun lalu memasuki kawasan Tanah Perkuburan Tentera Komanwel Cheras, Kuala Lumpur. 
  • Paderi Tentera Udara Diraja Britain (RAF), Jonathan Beach memulakan bacaan doa yang sesekali diiringi tiupan bengol dengan lagu The Last Post oleh tentera Gurkha, Prakash Rai dari Brunei.
  • Tepat pukul 7.50 pagi, keranda diturunkan perlahan-lahan ke satu liang kubur yang mempunyai lapan batu nisan.
  • Tetamu kehormat terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi British, Simon Featherstone, Penasihat Pertahanan Britain, Kapten Kenneth Taylor, waris-waris dan wakil daripada kerajaan Malaysia dijemput untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa nahas.


Menelusur Kenangan B24 Liberator KL654

Imbas kembali :

Ketika Geoffrey bersama adiknya, John, 74, berjalan beriringan bersama jambangan bunga segar di tangan, mudah untuk menebak kesayuan yang beraja di hati mereka.
"Sangat lega apabila jasad abang saya dapat disemadikan dengan sempurna hari ini", ujar Geoffrey.
Walaupun hampir 70 tahun terpisah, dia masih mengingati perwatakan abangnya yang disifatkan sebagai pandai menikmati kehidupan dan meminati tumbuh-tumbuhan.

"Dia pernah bercita-cita menjadi veterinar", ujar Geoffrey yang berusia 16 tahun ketika pesawat yang dinaiki abangnya hilang dalam nahas udara 23 Ogos 1945. "Saya pernah mendengar pesawat tersebut ditemui sekitar tahun 60-an tetapi tiada langkah lanjut diambil sehinggalah ada internet pada tahun 2000. Dengan bantuan anak saya, Andrew, saya sering berutus e-mel dengan Kumpulan Sejarah Malaya (MHG) bagi mengikuti perkembangan penemuan pesawat tersebut. Usaha kami berbaloi. Selepas 67 tahun menanti, hari ini, William dapat disemadikan dengan tenang", ujarnya yang terbang bersama John dari East Anglia, Britain ke Kuala Lumpur untuk menghadiri upacara pengebumian abang mereka.

Menelusur Kenangan B24 Liberator KL654

Imbas kembali :

Bagi Nick Bromfield pula, dia hadir untuk memberi penghormatan terakhir buat bapa saudaranya, pengebom udara John Trevor Bromfield.
"Saya lahir 13 tahun selepas nahas yang menimpa pak cik. Saya hanya pernah mendengar sekali cerita mengenainya daripada mendiang bapa", ujar lelaki berusia 54 tahun ini. 
Walaupun tidak pernah bertemu dengan bapa saudaranya itu, Bromfield akui, dalam upacara itu, dia dapat merasai kesedihan datuk, nenek serta ahli keluarganya yang lain.
"Bapa mempunyai empat orang adik-beradik lelaki. Tiga orang daripadanya merupakan anggota RAF manakala seorang lagi pegawai perubatan tentera. Bapa saudara yang terkorban itu ialah anak bongsu dalam keluarga. Dia berusia 20 tahun pada waktu itu dan baru sahaja menamatkan latihan ketenteraan", terangnya yang berasal dari Surrey, England. "Kini, kesemua adik-beradik John Trevor telah meninggal dunia. Bapa Bromfield juga meninggal dunia akibat sakit tua lapan tahun lalu.  "Keluarga kami sudah lama menganggap nahas yang berlaku puluhan tahun lalu sebagai sejarah sehinggalah pada tahun 2008, bangkai pesawat Liberator yang membawa pak cik saya ditemui semula. Sebagai waris, saya bersyukur mendiang mendapat majlis persemadian yang sempurna namun sedikit terkilan kerana bapa pergi tanpa sempat menyaksikan upacara pengebumian ini", ujarnya.
Pesawat tersebut berlepas bersama tiga pesawat lain menyeberangi Pulau Sumatera untuk ke Tanah Melayu tetapi tidak kembali ke pangkalan.
"Selepas gagal dikesan, RAF mengandaikan KL654 R terhempas dan bangkainya dijumpai pada tahun 1996", ujar ketua penyelidik MHG, Shaharom Ahmad, 38.
Dia bersama beberapa rakan kemudian mengatur beberapa eskpedisi penyelidikan ke Hutan Langkap.
"Bangkai pesawat ditemui berhampiran dengan laluan balak. Sepanjang ekspedisi tersebut, kami temui ekor pesawat, dua enjin dan sayap. Selain itu, ada juga cebisan baju, serpihan tulang, dua bentuk cincin, rantai dan gelang tangan."
"Hanya pada ekspedisi kedua, barulah kami berjaya menjumpai nombor siri pesawat iaitu KL654."
"Pada tahun 2007, kami menjalankan ekspedisi bersama Ketua Penyelidik Ekspedisi Garis Waktu Muzium Tentera Darat, Kapten Zuraiman Abd. Ghani."
"Ketika itu, kami menjumpai plat nombor enjin bertulis KL654. Ini mengesahkan lagi bahawa ia datang dari bangkai pesawat yang sama. Kami juga menemui simbol Snake yang merujuk kepada nama kod pesawat", jelasnya. 
Untuk menyempurnakan misi ekskavasi tersebut, kumpulan ini berulang-alik selama 10 kali ke lokasi bangkai ditemui. Ada masanya mereka berkampung di dalam hutan tebal itu selama berbelas hari demi memastikan proses ekskavasi yang dijalankan berjalan lancar.
"Semasa melakukan kerja-kerja ekskavasi, kami temui seutas gelang tangan yang tertulis nama Marjorie Hall. Setelah diselidik, ia adalah nama isteri salah seorang mangsa nahas. Dengan bantuan seorang rakan sukarelawan di United Kingdom, kami dapat mengesan wanita tersebut. Dia yang kini berumur 90-an masih mengingati suaminya yang terkorban dalam nahas pesawat di Malaya", ujar Shaharom.
Rujukan :
http://www.utusan.com.my/rencana/b24-liberator-kl654-berkecai-di-langkap-1.152504
http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1021&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.