Tuesday, May 28, 2013

Gumpalan Kertas Buruk

Mieza S | 5/28/2013 10:06:00 PM | 1Comments |




Gumpalan kertas buruk itu masih lagi disitu. Mengharap seseorang untuk membaca lantas selami hati si penulis dengan kudrat hayatnya. Dia tak pernah berharap. Tapi selalu menanti. Kesudahan cerita dapat diagak persis novel novel karya terulung. 


Angin petang pernah menolak membawa jiwa harapan yang gelodak dalam isi kandungan kertas buruk agar damai kuasa Tuhan dapat dinikmati. Melayang-layang mencari arah tanpa arah. Mereka memijak. 


Air mata sengsara tak pernah dapat dilihat. Hanya mungkin dapat diselam dalam sanubari yang menebal, mungkin cuma sekadar khayalan. Mereka tak pernah menghargai. Apatah lagi mengingati. Derita semakin kelam berdaki dalam rentetan perjalanan.


Kadang-kadang cuba berlari. Mencapai tangga setinggi angkasa. Hanya untuk merasa indahnya kebahagiaan yang mereka rasa. Namun belum sempat menanggung payah, derita kembali menoda. Sekeliling cuma lah bayangan pekat dosa-dosa mereka. 


Pernah sekali, gumpalan kertas mengisi cerita hati. Mengharap si penerima memahami dan sudi menyambak kan bunga cinta dalam taman wanita nya. Tapi tak pernah berhasil. Malah mungkin gumpalan kertas buruk tak bermakna. 


Kadang terasa si penulis gumpalan kertas ingin berhenti. Berhenti memberi layangan kertas buruk pada penerima surat. Tapi takut takut pada hari yang lain kelak, tuhan cabut nyawanya. Dia tak dapat lagi berbakti membahas kata indah dalam gumpalan kertas buruk. 


Selama ini, meskipun dalam kepayahan si penulis membajak kan derita, gumpalan kertas buruk tak pernah berhenti menyeka kesedihan. Dia yang selalu temani tidur si penulis. Moga suatu hari nanti, sang pujangga penerima surat akan sedar betapa kepentingan sang penulis selama ini tak pernah dipeduli. Moga-moga terbuka hati untuk menerima sekelumit rasa sayang yang masih tinggal berdaki dalam diri beliau. 


// Tak mengharap kau datang. Tapi aku menanti penuh penhgarapan. ~ 





Monday, May 27, 2013

Kembali Lagi

Mieza S | 5/27/2013 03:01:00 PM | 3Comments |

Rata-rata pada hari ini semuanya dok kecoh pasal UIA yang berkahwin lagi. Ye dok? Apa salahnya. Perkahwinan adalah sesuatu yang mulia. Saya mewakili pihak "KanvasDakwat" ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat UIA. Semoga cinta yang terjalin akan terus berkekalan hingga ke syurga. 

Tanggal 23 haribulan adalah hari terakhir kecik bekerja mencari rezeki sementelah SPM yang telah berlangsung dan mendapat keputusan yang  tidak lah berapa baik lagaknya. Kecik di tawarkan untuk menyambung pengajian di UITM - Segamat.


Tak sangka. Akhirnya kecik akan menjadi pelajar semula. Diharapkan semua pembaca yang setia akan mendoakan kebaikkan untuk kecik dalam menempuh perjalanan sebagai seorang pelajar. Yakni pelajar yang menggagahkan dirinya mencari selautan ilmu dalam perjalanan kehidupan nya. Amin~ . 


Rasanya cukup lama kecik tak menjengah blog sahabat sekalian. Apa khabar? Kalau korang baca entri penuh dramatik dari sekecik kecik ni, silalah tinggalkan link entry terbaru korang. Kecik nak baca. Sekian. :) 





Wednesday, May 15, 2013

Hadiah saguhati sudah siap

Mieza S | 5/15/2013 02:44:00 PM | 3Comments |


Alhamdulillah akhirnya siap gak hadiah yang ditempah untuk para peserta segment photo contenst. Huhuhu. Kecik pun lama dah tak menaip. Yelah kerja je. Nak pandang lappy pun macam nak tak nak je. Nak plak sat g die sentap. Dah kene beli lolipop kan. Hhahha. Petang ni kecik nak post hadiah yaang tak seberapa tu untuk korang. Okay lah Kecik out dulu ye. Nanti pape hal kalau dah betul2 free kecik macam dulu balik. aktif berblogging. *rindu. 
© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.