Disclaimer | Author | Contact


Wednesday, December 17, 2014

DR CAMPSITE HULU LANGAT - KURSUS FASILITATOR

Mieza S | 12/17/2014 01:18:00 PM | 1Comments |
 
 
 
Kursus Fasilitator Siri 3 Disember 2014 telah diadakan di DR Campsite Hulu Langat pada  12-14 Disember 2014. Sebahagian gambar sahaja yang dapat dimuat turun disini. Lebih lagi disimpan di dalam computer, atau kalau aku rajin mungkin akan menyusul pada entri seterusnya. 
 
 

KAMI KAWAN TETAP KAWAN
 


 
 
 
 
 
 
MUKA TAK SANGKA BOLEH LULUS.
 
 
 
AKTIVITI SELEPAS JUNGLE TRACKING
 


KUMPULAN BELANG MAKAN SELEPAS MEMBUAT KERJA AMAL
 


KUMPULAN BELANG BERGAMBAR DENGAN TUAN KEDAI
 


KUMPULAN BELANG KETIKA MELAKUKAN KERJA AMAL
 
 
 
 
 
 
 
 
 
DORM
 
 

TEMPAT BERKUMPUL



DEWAN MAKAN

DEWAN MAKAN (DALAM)


 
JATI DIRI KAMI AKAN TETAP BERSEMADI DALAM HATI SAMPAI AKHIR HAYAT NANTI UNTUK NAFAS TERAKHIR DIRI INI.


Wednesday, December 3, 2014

Fahmi Reza

Mieza S | 12/03/2014 01:02:00 PM | 1Comments |




Mula - mula aku takut nak publish. Sebab takut kena banned. Tapi aku tak de tulis merepek pun. Cuma sekadar gambar. Jangan menuduh aku sembarangan atau mengikut telunjuk ideologi yang itu  lah ini lah apa lah. Waktu ni aku teruja dengan Fahmi REZA. Walaupun aku sampai tersesat. GPS punya kerja. 


















































Kau tak kenal FAHMI REZA? Serius? Ini kelakar. Kau google jelah. Aku ada juga jumpa. Tapi tiada satu pun yang baik. Kesian Fahmi Reza :( Semoga kau kuat melawan mereka yang menindas. 

Bersama Mereka - Housemate

Mieza S | 12/03/2014 12:12:00 PM | 0Comments |






Minggu lepas aku tak balik. Aku hangout dengan kawan kawan. Selama 3 hari 3 malam. Memang kaki bagai nak tercabut. Tapi disebabkan keluar dengan housemate penat tu menyeronokkan. Serius :) Alhamdulillah hubungan pun dah rapat. Tak de lah macam dulu. Masih segan segan. Malam malam tengok cerita hantu terpekik terlolong berjemaah. Hahahaha. 



Ni dekat Laman Seni Seksyen 7









Bersama maskod Line




Apa pun aku seronok kenal dengan kau orang dan menghabiskan masa bersama. Tasya paling gila. Ajak aku masuk kedai tu kedai ni. Aku ni orang kampung tak reti sangat kedai pelik pelik ni. Hahhahah :) Okay lah tu je perkongsian bersama,. 





Wednesday, November 19, 2014

PELAYARAN

Mieza S | 11/19/2014 09:24:00 AM | 0Comments |
Di atas samudera lautan,
Luas, bebas,
Kau kibarkan bendera usang,
Sauhnya kau layang,
Ombak menderu menghempap,
Tiada kawalan,
kau bawa jiwa besar menjadi kemudi,
Tapi kau lupa mengasah kekuatan,
Untuk menghadam derita,
Di atas lantai air,
Tak berpenghujung.

Monday, November 17, 2014

MIIT FEST 1.0 UNIKL

Mieza S | 11/17/2014 08:16:00 PM | 1Comments |






TARIKH : 20-22 NOVEMBER 2014
TEMPAT : UNIKL MIIT , JALAN SULTAN ISMAIL, KL




Assalamualaikum. Wah, malam ni alhamdulillah. FREE dari assigment, So harini aku nak promote satu festival. " MIIT FEST 1.0 UNIKL" . Banyak aktiviti aktiviti menarik yang akan diadakan disana, Siapa yang rasa diri tu bosan bosan tak buat apa, datang lah meriahkan majlis. Tak rugi pun. Boleh usha awek and pakwe pakwe hensem kat sana, acehhhhhh :)



Selain tu, ada juga artis seperti Bienda, Arja Lee, Didie Alias dan ramaiii lagiii.




Kau tengok banner tu, berapa banyak aktiviti? Memang masa korang terisi dengan perkara berfaedah. Selain korang dapat support brader brader and sister sister yang handle benda ni, korang dapat jumpa artis kesayangan. Kalau tak kesayangan pun, ada lah sikit kalau bergambar tu boleh showoff kat instaa *alaahhh macam tak biasa pulak.





Group yang minat puisi boleh turun event jumaat, sabtu ahad ni. Dapat melihat mereka mereka mendeklamasi puisi :) Support weyh support. Kata geng ! Bukan setakat tu je, ada juga jualan dari tempatan fest, Mesti ada indie and underground. Turun weyh turun. RAMAI RAMAI gegar UNIKL tu.








Koramg ada TALENT yang terpendam? Apa tunggu lagi weyh. Datang datang. Mana tahu rezeki korang dapat hadiah yang tak disangka. Kann????? Apa tunggu lagi, set time semua Jumaat sabtu ni turun bagi support. Join sekali. Rezeki ayam nampak dikaki, rezeki manusia tiada siapa yang tahu.


Geng geng aku ulang banyak pun tak guna, korang turun lah sendiri tengok meriah ke tak meriah. Best ke tak best. Gempak ke tak gempak.


Geng geng yang pacaran area KL tu bawa awek turun jalan jalan. Mesti korang bosan asyik ronda KL je, sesekali buat lah something lain dari yang lain. Dapat hiburkan hati. Tapi yang paling penting tu SUPPORT la. Aku just tekankan SUPPORT je, Sebab tu aku ajak turun. Mungkin aku pun akan turun, UNIKL dengan aku bukan sesiapa pun. Diorang pun tak kenal aku. Hahahah, tapi sebab event ni macam best, aku sanggup datang. JUmpaa sana eh geng ! Yang mana mana join competion aku ucapkan GOODLUCK !





#lokalah
#indie
#tempatanfest
#UNIKL
#MIINTFEST







Saturday, November 15, 2014

Laman Seni Seksyen 7

Mieza S | 11/15/2014 06:56:00 PM | 2Comments |


Sengaja aku mengulangi kenangan. Bersama dua orang cinta hati :) Aku ingin berkongsi kenangan dengan kamu semua yang membaca tulisan aku.



















Kau tahu apa yang aku selali rindu? Aku rindu gambar yang tak pernah berubah meski antara kita ada yang berubah mengikut arus angin.
© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.