Penafian | Polisi | Tentang Penulis | Hubungi


Wednesday, December 30, 2015

Nota Purba Klasik

Mieza S | 12/30/2015 05:27:00 PM | 1Comments |

Nota Purba Klasik


Nota Purba Klasik


Petang ni, walaupun kerja aku masih juga takat itu tak berganjak. Tapi aku cuba bagi ruang untuk diri sendiri rasa seronok untuk menulis/menaip. Kalau sebut nota purba, mesti terbayang sesuatu yang dah olskul. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi harini memang aku tertarik sangat nak bercerita mengenai Nota Purba. 

Boleh dikira dengan jari berapa kali saja aku jejak blog dia. Sebab aku tak punya ruang yang besar. Kadang mana yang sempat jadilah silent reader menyumpang view. 

Aku pernah jumpa beliau untuk pertama kali. Ketika itu Mommy Irra ada buat gathering kecil - kecil di Shah Alam. Berkesempatan lah berbual tak berapa nak mesra, sebab itu lah kali pertama. Mungkin insyaallah kalau Tuhan berkesempatan panjangkan umur dan rezeki dapat lah aku bertentang lagi mata dengan beliau. 

Untuk kali pertama, first impression aku pada beliau. Seorang yang agak pemalu. Eh, tersama. Tak berapa nak banyak cakap. Kalau orang mula dulu baru lah dia pun sambung. Mungkin akan ada perbualan yang krik krik. Dimana, hanya ada bunyi angin yang menampar nampar wajah. Tapi, itu bukan masalah untuk terus berbual mesra. 

Ouh ya. Nampak macam aku terlupa nak perkenalkan nama pemilik Nota Purba. Nama beliau yang cuma aku tahu ialah Fendi.

Aku tak nak berbual pasal rupa paras blog, sebab aku pun bukan pakar. Aku cuma nak cerita isi kandungan blog beliau yang sangat menarik tapi sempoi. Kenapa? Sebab aku yakin dan pasti beliau sangat suka membaca. Beliau ada review buku - buku yang bagi aku seronok untuk dibaca. Contohnya Bagaimana Anyssa Naik Ke Langit. Bercerita tentang buku ini, memang dah lama aku tercari - cari. Dah pun jumpa sebenarnya di event - event buku. Tapi kebetulan waktu itu, duit tak berapa nak cukup. Jadi aku terpaksa bertolak ansur dengan kehendak. Jadi, aku kuburkan dulu niat untuk memiliki buku tu. Penulis buku tersebut ialah Faisal Tehrani yang mana ada beberapa karya beliau penah dikontroversikan kerana berunsur syiah. 

Pemilik Nota Purba ni, bukan sahaja minat membaca, malahan juga rajin membuat review tentang filem - filem hollywood. Jom lah blogwalking dekat Nota Purba. Mana tahu, terjumpa nota - nota lama :) 



Nota Purba Klasik

Jom Nyanyi ! Bersama Smule

Mieza S | 12/30/2015 03:51:00 PM | 0Comments |


Jom Nyanyi ! Bersama Smule



Jom Nyanyi ! Bersama Smule


Hai. Jom Nyanyi! Bersama Smule :) Sekarang aku dah ada hobi baru untuk melepaskan tension. Tak sangka berguna juga. Memang tangan aku selalu sangat gatal nak mend download benda entah apa - apa. Dan untuk pengetahuan, application Smule ni aku dah download dan uninstall banyak kali. Sebab tak reti guna. Lama - lama dah pandai. Sehari boleh nyanyi sampai 5 lagu. Nampak tak gedik?

Korang yang suka sangat karoke tu, download je application ni dekat appstore/playstore. Aku pun baru je download balik beberapa hari lepas. 



Jom Nyanyi ! Bersama Smule

Jom Nyanyi ! Bersama Smule


Antara paparan yang terdapat di dalam application tersebut. Jangan lupa follow aku, walaupun suara aku macam sumbang amat. Jom Nyanyi! Bersama Smule ^_^




Wednesday, December 23, 2015

Interlink Impact Holding Menyediakan Perkhidmatan Pengurus Acara

Mieza S | 12/23/2015 04:57:00 PM | 2Comments |


Interlink Impact Holding Menyediakan Perkhidmatan Pengurus Acara


Interlink Impact Holding Menyediakan Perkhidmatan Pengurus Acara


INTERLINK IMPACT HOLDING SDN. BHD. yang dikenali sebagai IIHSB adalah syarikat milik penuh bumiputera yang beralamat di No. 89, Tingkat 2, Jalan Pelabur B23/B, Seksyen 23, 40200 Shah Alam, Selangor Daril Ehsan.
IIHSB telahpun ditubuhkan 07hb Mei 2007 dan asas perniagaan yang dijalankan adalah berbentuk pembangunan modal insan, pembangunan produk, pembangunan ICT, pembinaan bangunan dan juga perkhidmatan pengurus acara serta perkhidmatan perundingan di dalam aspek pemasaran, kewangan dan pentadbiran syarikat mahupun agensi kerajaan dan swasta.
IIHSB juga mempunyai kepakaran di dalam pembangunan kerjaya dan sosial masyarakt di mana pihak IIHSB melibatkan diri secara lansung di dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat di dalam sektor ekonomi, sosial dan politik.
IIHSB juga mempunyai kepakaran dalaman dan jaringan usahasama di antara pertubuhan bukan kerajaan di dalam perlaksanaan program melalui teknik, modul dan syilibus yang terbukti berkesan terhadap program yang dikehendaki oleh para pelanggan.
Diantara pelanggan pihak syarikat IIHSB adalah termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Wanita Dan Masyarakat, Kementerian Belia Dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Lembaga Zakat Selangor dan agensi-agensi kementerian dan jabatan serta syarikat-syarikat swasta yang memerlukan perkhidmatan syarikat IIHSB

Antara Perkhidmatan Yang Disediakan : 


1. Gimik Pelancaran : Meyediakan pelbagai acara gimik untuk perasmian, pelancaran, pembukaan majlis dan pelbagai lagi acara-acara klimaks untuk sesuatu acara. Antara program pelancaran yang telah mengunakan perkhidmatan kami adalah:


  • PERHEBAT: Persatuan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
  • MINDEF: Kementerian Pertahanan Malaysia
  • MOA: Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
  • KPT: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  • ASNAF
  • ZAKAT
  • MAIWP


2. PA Sistem : Membekal perkhidmatan sistem audio dengan peralatan dan kelengkapan yang cukup untuk majlis, program serta konsert. Syarikat kami juga menyediakan perkhidmatan persembahan artis-artis tempatan yang telah berkerjasama bersama iishb samaada solo ataupun berkumpulan.


3. Persembahan : Syarikat kami menawarkan perkhidmatan persembahan yang merangkumi persembahan keseluruhan program, fungsi utama persembahan adalah sebagai daya penarik untuk program yang memerlukan jemputan ramai dan juga sebagai persembahan untuk para tetamu yang hadir ke sesuatu majlis tersebut, ianya termasuk:


  • Persembahan artis
  • Persembahan tarian
  • Persembahan nyanyian
  • Persembahan montage
  • Persembahan makanan ‘food presentation’
  • Persembahan kebudayaan


4. Pengatur Acara : Syarikat kami merupakan salah satu pengatur acara bagi program-program kementerian dari peringkat pengatur acara kecil seperti kursus hingga ke peringkat negara seperti pelancaran program kerajaan. Pihak kami juga dapat membantu dalam membuat kertas perbentangan program serta menyusun atur gerak kerja program yang akan dilancarkan.

Antara program-program yang mengunakan perkhidmatan pengaturacara kami adalah:

  • a) PELANCARAN PROGRAM SOSIOEKONOMI VETERAN ANGKATAN TENTERA TIDAK BERPENCEN
  • Anjuran : kementerian pertahanan malaysia dengan kerjasama jhev, perhebat & ltat
  • Kapasiti pengunjung : 3,500 peserta

  • b) PROGRAM PELANCARAN NBOS-7
  • Anjuran : kementerian pertahanan malaysia dengan kerjasama jhev, perhebat & ltat
  • Kapasiti pengunjung : 25,000 peserta

  • c) MAJLIS APRESIASI & ASPIRASI 2012
  • Anjuran : jabatan pengajian kolej komuniti

  • d)HIMPUNAN GENERASI BAHARU FELDA
  • Anjuran : felda
  • Kapasiti pengunjung : 15,000 peserta

  • e) SIMPOSIUM USAHAWAN TANI (SIPUT) PERINGKAT KEBANGSAAN
  • Anjuran : jabatan pengajian politeknik

  • f) KARNIVAL KERJAYA 2011 & 2012
  • Anjuran : kementerian pertanian dan industri asas tani
  • Kapasiti pengunjung : 25,000 peserta

5. Latihan : 


  • Latihan Kursus Kewangan
  • Latihan Modal Insan
  • Latihan Peningkatan Pengurusan dan Pentadbiran
  • Latihan Pengurusan dan Peningkatan Kualiti


6. Perkhidmatan Merekabentuk dan Mencetak : Pihak kami juga menyedikan perkhidmatan merekabentuk (design) pembungkusan dari segi corak, warna serta struktur bahan pembungkusan tersebut mengikut konsep yang diperlukan ataupun konsep yang kami sediakan.

Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan mencetak pelbagai jenis material yang diperlukan.

  • Offset Printing
  • Digital Printing
  • Flexography
  • Screen Printing
  • Gravure Printing



Interlink Impact Holding Menyediakan Perkhidmatan Pengurus Acara

Interlink Impact Holding Menyediakan Perkhidmatan Pengurus Acara

Interlink Impact Holding Menyediakan Perkhidmatan Pengurus Acara

Interlink Impact Holding Menyediakan Perkhidmatan Pengurus Acara

Interlink Impact Holding Menyediakan Perkhidmatan Pengurus Acara

Interlink Impact Holding Menyediakan Perkhidmatan Pengurus Acara

Interlink Impact Holding Menyediakan Perkhidmatan Pengurus Acara

Interlink Impact Holding Menyediakan Perkhidmatan Pengurus Acara

Interlink Impact Holding Menyediakan Perkhidmatan Pengurus Acara

Interlink Impact Holding Menyediakan Perkhidmatan Pengurus Acara



No. 89-2 Tingkat 2, Jalan Pelabur B 23/B,
Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor.
 
Tel: +603 5541 8787 / +603 5541 8786
Fax: +603 5541 8788
E-mail: admin@interlink-impact.com
Website: www.interlink-impact.com


FanPage Interlink Impact Holding

Tuesday, December 22, 2015

Lirik Lagu Lela Sampai Bila

Mieza S | 12/22/2015 08:41:00 PM | 0Comments |



Lirik Lagu Lela Sampai Bila




Di antara kita akukah yang bersalah
Hinggakan kau pergi tanpa kata-kata
Mungkinkah caraku melukakan hatimu
Maafkanlah daku oh sayangku

Di manakah janjimu itu
Yang kau ingin bersama
Ke manakah kasih sayangmu itu
Yang sedang dilemma rindu

( korus )
Sampai bilakah aku harus menanti
Sampai bilakah aku harus menagis
Sampai bilakah aku harus menanti dirimu
Sampai bilakah cinta kita begini

Ku mengharapkan kepulanganmu
Ke manakah arah cintamu itu
Yang telah kita bina bersama
Untuk kita berdua

Kembalilah wahai oh sayangku
Ku kirimkan doa dan restu
Kembalilah sayang pada janjimu
Dirimu tetap ku tunggu

Lirik Lagu Lela Baizura

Mieza S | 12/22/2015 07:36:00 PM | 0Comments |


Lirik Lagu Lela Baizura 




Indahnya namamu
Indahnya rupamu
Cinta yang berbunga
Kasih telah bermula
Oh! Baizura dimana dirimu
Yang selama ini ku rindu

Ketika dirimu jauh dariku
Semakin cintaku mendekati hatimu

Oh baizura
Kau bidadariku
Kaulah satu dalam seribu
Baizura... kaulah ratu hatiku
Tak pernah kau mungkiri janjimu

Oh baizura
Andainya terpisah dariku sepi rasa dunia ini
Hadir mu membawa erti menerangi kegelapan ini... disaat aku
Merlukan kau hadir memberi senyummu

( korus )
Baizura... terjelas padaku yang dirimu akan setia padaku
Baizura kaulah permataku akan ku buktikan... setiakan janjiku
Sekelip kau tiada terasa gelap segala di pintu kamar hati ku

Lirik Lagu Siti Nordiana Tak Upaya Menangis Lagi

Mieza S | 12/22/2015 06:44:00 PM | 0Comments |



Kau kata aku mawar berkembangan
Kau ucap sayang kepadaku
Itu yang sering kau luah pada ku
Tika kita masih bersama

Kau pasti aku suri penyerimu
Kau bisik kasih kepadaku
Itu yangg sering kau idam dariku
Tika rindu masih bersatu

Kasih lupakah sayang mengapa
Kau biarkan ku sendirian

( korus )
Kau anggap diriku tiada lagi
Kau campak rindumu ke lautan api
Kau biarkan aku seorang diri
Hingga tak upaya ku menangis lagi
Mengapakah sayang kejamnya
Sampainya hati kekasih

Cuba kau rasakannya
Apa yang ku terasa
Kasih yang kita bina
Tiada seri di jambangan

Aku rindu masa yang berlalu
Aku rindu kasih kita dulu
Tapi kini aku pun dah tahu
Kuntum rindu terkulai layu

Aku rindu masa yang berlalu
Aku rindu kasih kita dulu
Tapi kini aku pun dah tahu
Kuntum rindu terkulai layu

( ulang korus )

Oh kasih pergilah
Biar aku bersendirian

Lirik Lagu Siti Nordiana Selamanya Cinta

Mieza S | 12/22/2015 05:36:00 PM | 0Comments |

Lirik Lagu Siti Nordiana Selamanya Cinta 


Pernah kau ucapkan
Erti kasih ini
Segalanya yang telah terjalin

Hulurkan tanganmu
Dakaplah mimpi indahku
Yang kita bina berdua

*
Pernah kau katakan
Diriku untuk mu
Dukaku yang telah kau usaikan
Laraku yang berguguran
Kini hilang semua kesedihan

Korus:
Sayangilah diri ini
Usah kau pergi dan tinggalku sendiri
Mengharapkan belai rindu kasih bersama
Apa dayaku untuk
Sendirian tanpa mu disisiku
Sejalur sinarmu
Bersemadi selamanya

Bintang bertaburan
Menyerikan langit biru
Yang merindu

Ulang * dan korus

Percayalah kasih hanya kau saja
Yang satu pada diriku
Tiada duanya ohhh..
Dalam hadir mu ke pangkuanku
Cinta membara
Dugaan menimpa
Terhentilah seketika
Oh...oh...

ulang korus

Bintang bertaburan
Menyerikan langit biru
Yang merindu....

Lirik Lagu Siti Nordiana Seribu Setia

Mieza S | 12/22/2015 03:33:00 PM | 0Comments |

Lirik Lagu Siti Nordiana Seribu Setia




Kita yakin suratannya jodoh kita
Kita sedar asmara siapa yang membara
Biarpun beribu tahun
Aku akan pertahankan

Siapa pun akan bosan
Jika sering dilupakan
Siapa pun akan mahu
Kekasihnya kekal setia

Aku masih mampu
Untuk bersamamu
Menempuh dugaan
Aku masih redha
Apa yang aku ada
Selagi kau dengan aku

( 1 )
Cinta tanpa jiwa
Tak mungkin kekal selamanya
Harta atau rupa hanya hiasan manusia
Yang pastinya pelihara secebis hati ini

( korus )
Kudoa kita bersama
Untuk esok dan selamanya
Hanya aku kekasihmu... masyurkanlah
Semikan kasih yang luka
Agar gemerlap semula
Hanya aku kekasihmu ke akhir hayat

( ulang dari 1 )

Lirik Lagu Siti Nordiana Terpaut Sayang Padamu

Mieza S | 12/22/2015 01:27:00 PM | 0Comments |

Lirik Lagu Siti Nordiana Terpaut Sayang Padamu




Terima kasih duhai sayangku
Kerana dikau menghulurkan
Seranjang mawar
Tanda cintamu yang suci
Harumi di hati ini
Terima kasih duhai sayangku
Kerana dikau sudi menyelami
Selautan kasihku
Dengan harum wangian
Cintamu selama ini
( korus )
Engkau binaku mahligai syahdu
Dari permata yang aku impikan
Buat diriku berteduh kasih
Di bawah redup kasih sayangmu
Engkau bentangku padang cintamu
Untuk mengalas peraduan lenaku
Engkau selimutku dengan sutera
Kasih sayangmu oh asyiknya
Hanya kasih dan belaianmu
Yang penuh syahdu sudah memadaiku
Hingga dikau membuat diriku
Terpaut sayang padamu

Lirik Lagu Siti Nordiana Pulang Kasih Pulanglah Sayang

Mieza S | 12/22/2015 12:24:00 PM | 0Comments |

Lirik Lagu Siti Nordiana Pulang Kasih Pulanglah Sayang





( SN: )
Hati menangis kasih
Kerana kau kekasih
Jiwa merintih
Oh sayang ku merindu
Resahnya aku
Pabila kau tiada

( S: )
Maafkan aku kasih
Aduhai kekasih
Aku bersalah
Menyeksakan batinmu
Bukan niatku
Membuat kau begitu

( korus )

( SN: )
Oh... oh... sampainya hatimu
Membuat fikiran terganggu
Manakah sumpahmu
Sehidup semati denganku
Pulanglah sayang
Hilangkanlah resah diwajahku
Kita bina hidup baru

( SN: )
Pulang sayang pulang padaku
Oh pulanglah kau pulanglah
Aku merindu

( SN & S: )
Kita sama-sama jatuh cinta
Kita sama-sama terluka
Di dalam dirimu ada aku
Di dalam diriku kau yang satu
Oh... oh... kekasihku

( ulang korus )

( SN & S: )
Sejarah yang lalu
Berlalu biarlah berlalu
Usah dikenang berdarah luka lama
Jadi sempadan antara kau dan aku

Daun Gugur

Mieza S | 12/22/2015 10:20:00 AM | 0Comments |

Daun Gugur


Daun Gugur


Daun yang gugur bukan perca sampah,
Seperti kau anggap,
Daun gugur itu ku anggap paling bermakna,
Mungkin dia sudah lelah,
Menari di atas berkisar hidup,
Ditiup angin,
Masih bertaut pada dahan,
Tapi kali ini,
Dia sudah mengalah,
Kenangan harus mati,
Harus dibiar pergi,
Dia harus bertahan,
Dibawah,
Mungkin --
Jika ada yang mengutipnya,
Menganggap paling bermakna.


Monday, December 21, 2015

Bagaimana Jika Di tengah - tengah?

Mieza S | 12/21/2015 05:56:00 PM | 0Comments |

Bagaimana Jika Di tengah - tengah? 


Bagaimana Jika Di tengah - tengah?


Aku sudah rasa, bagaimana tiba - tiba bila aku mula rapat dengan seseorang yang telah dianggap rapat. Kemudian sekeliling nya mula pertikai itu dan ini. Dan seringkali tuhan datangkan aku dengan sekalian manusia yang hatinya ada sedikit tuhan lemparkan nilai persahabatan. Kemudian, mula membaja dengan aku. Lalu tercipta ia menjadi sahabat.

Tapi, tapi. Kemudian lagi, tuhan turunkan pula sekalian manusia yang dihatinya ada iri.

Tidak tahu harus bagaimana lagi. Disini begini. Mengadu kasih. Disana mencambah benci.

Lalu aku ini, yang terlalu nipis hatinya. Sedikit sedikit mula menular rasa percaya dan tumbuh benci. Takut. Takut aku membenci tak sengaja. Keduanya aku sayang. Keduanya adalah manusia yang aku percaya. Keduanya aku kasih.

Cuma aku harapkan, ada sedikit cinta yang tuhan lumur dalam hati kalian - kalian kawan, rasa kasih antara satu sama lainnya. Agar tidak membenci.

Agar aku dapat begini sentiasa di tengah - tengah. Kedua kasih sayang dapat aku genggam. Agar terus perhubungan persahabatan ini. Walau sementara cuma. Aku sayang kamu wahai kawan, 

Review Velvet - Ikmal Ahmad (versi wattpad)

Mieza S | 12/21/2015 04:47:00 PM | 0Comments |


Review Velvet - Ikmal Ahmad (versi wattpad)





Genre : Misteri / Thriller
Penulis : Ikmal Ahmad
Tahniah aku ucapkan kepada penulis Ikmal Ahmad sebab berjaya menulis sebuah cerita yang serba mewah dan indah dengan idea hebat. Jujurnya, VELVET adalah diantara novel yang mendapat tempat di hati aku. Walaupun aku baru baca sekali. Boleh dikatakan sebenarnya aku dah pun jatuh cinta dengan novel ni. Memang misteri, dan penuh debar. Kalau cerita ni diangkat menjadi sebuah filem aku rasa memang gah nak dibandingkan dengan filem filem tempatan yang lain.
Uniknya VELVET ni sebab dia masukkan unsur dan molekul - molekul kimia. Aku yang tak faham sains mungkin hanya akan mengiyakan. Dan aku tak tahu sejauh mana fakta yang dia guna tentang sains. Aku rasa, korang memang patut cuba untuk membaca karya IKHMAL AHMAD ni. Ohh ye. Untuk pengetahuan, versi Wattpad akan dipadam pada 21/12 dan digantikan menjadi sebuah novel yang hebat.
Sekali lagi. Tahniah. Menghidupkan sel - sel otak aku dengan teka - teki yang pening. Yang pasti, bila baca, kena pastikan otak kau sedang berkembang. Kalau tidak akan timbul banyak persoalan di benak. "Eh tadi,, eh bukan ke." 
 Seperti aku. Terkandas di antara teka - teki yang cuba diwujudkan penulis. 
Akim dan Mira akan diraikan di sebuah majlis perkahwinan yang diidamkan di tepi pantai, yang akan diakhiri dengan pemotongan Kek Red Velvet setinggi lima tingkat. Jalan hidup mereka seolah-olah sebuah karya dongeng sehingga Akim menerima sepucuk kad RSVP yang didatangkan bersama sebuah kotak hadiah setinggi enam kaki daripada kawan baiknya, Kamarul, yang bakal mencemar majlis perkahwinannya nanti dan melahirkan satu soalan yang memakan jiwa Akim. Adakah Mira berkesempatan untuk memotong Kek Red Velvet pada hari persandingan mereka nanti?

VELVET versi Wattpad

San Andreas (2015) - Full Movie

Mieza S | 12/21/2015 03:43:00 PM | 0Comments |


San Andreas (2015) - Full Movie

San Andreas (2015) - Full Movie


Mungkin, atau pasti aku telah dikategorikan sebagai orang paling lambat menonton. Memang dah lama sangat aku cari movie ni. Akhirnya atas kebaikan kawan, aku dapat menonton dengan penuh rendah diri. Maksud aku disini ialah, aku mula merasa kita tidak lah terlalu tinggi untuk pasti esok masih sempurna seperti hari - hari biasa. Siapa tahu mungkin esok adalah kiamat yang pasti. Yang sudah dijanjikan tuhan di dalam kalam agungnya.

Bagi yang belum menonton, memang ini adalah diantara filem yang patut dan harus di tonton, untuk memekarkan rasa keinsafan dalam diri yang kian hanyut dengan keindahan syurga dunia.

Jujurnya, timbul rasa gerun bila mengenangkan bagaimanan nanti andai esok adalah kiamat yang pasti. Belum terlunas rasanya janji kita sebagai manusia di tanah tuhan untuk mengumpul jutaan kebaikan semata syurga disana nanti, tempat abadi.

Disaat aku mencari gambar - gambar sekitar google, aku masih lagi terasa gerun membayangkan kiamat kelak. Allahu. Mungkin apa yang tergambar dalam filem ini hanya lah sebahagian kecil. Mungkin pada hari kiamat nanti, adalah maha dasyat yang tidak tertanggung dek benak manusia dan akal fikiran yang cetek. Astaghfirullah.

Aku juga sebahagian manusia yang masih membuat dosa tiap hari nya meski hanya seketul zarah. Masih juga si pencatat dosa membilang kesalahan aku dalam buku notanya. Masih. Semoga kita dijauhkan dari segala yang tidak pasti.



San Andreas (2015) - Full Movie

San Andreas (2015) - Full Movie

San Andreas (2015) - Full Movie

San Andreas (2015) - Full Movie

San Andreas (2015) - Full Movie

San Andreas (2015) - Full Movie


Begitulah keadaannya nanti sekitar hari akhir manusia.

Sinopsis.

San Andreas adalah sebuah kisah yang berkisarkan tentang seorang bapa yang sangat rapat dengan anaknya, Blake (Alexandra Daddario). Ketika kecelakaan yakni sebuah gempa bumi melanda sebuah bandar California, Ray (Dwayne Johnson) yang bekerja sebagai juruterbang helikopter di jabatan menyelamat segera teringatkan anak perempuan yang telah berpisah dan menetap bersama bekas isterinya, Emma (Carla Gugino). 

Kerana dihantui kebimbangan, Ray cuba mengesan setiap negeri untuk mencari anak perempuannya yang tidak bersamanya. Ketika itu, bekas isteri, Emma turut juga membantu mencari Blake. Pada masa itu, bandar ini bertukar menjadi sebuah bandar California yang seolah-olah tidak mempunyai tempat yang selamat untuk didiami, terutama selepas bencana yang dahsyat itu  


Jangka masa:
114 minit



Lirik Lagu Kamikaze Pergi Selamanya

Mieza S | 12/21/2015 02:39:00 PM | 0Comments |

Lirik Lagu Kamikaze Pergi Selamanya

malam kian melangkah pergi
masih aku sendiri termangu dalam sepi
dalam kelam hadir bayangmu
bagai mengundang mimpi
sebab kau dan aku
sayangnya kau tiada disisiku
masih terbayang segalanya
bagaikan semuanya mimpi belaka
hilang tak mungkin kan kembali
mengubah yang tersurat dalam hidupmu
kau pergi tak kembali selamanya
c/o
walau berkali ku tangisi
tak mungkin kau kan kembali
ku tak berdaya mengharungi sendiri
tanpamu hidupku tak bererti
hari berlalu kau kian jauh
di alam abadi di pusaramu
hanya doa yang ku iringkan
dalam hiba aku tangiskan
hilang tiada pengganti
permata yang berharga dalam hidupku
segalanya datang dan pergi
ku tahu sukar bagiku
menelan kenyataan
takdir telah tertulis untuk diriku
ulang c/o
hari kian silih berganti
masih aku sendiri termangu dalam sepi
dalam kepekatan malam ku
ku lihat lambaian mu dari syurgawi
memanggilku



© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.