Disclaimer | Author | Contact


Saturday, May 28, 2016

Konvoi Amal Palestin

Mieza S | 5/28/2016 05:00:00 PM | 3Comments |

Konvoi Amal Palestin

Konvoi Amal Palestin

Konvoi Amal Palestin "Ride To Al Aqsa" yang berlangsung selama dua hari (28 - 29 Mei 2016) dengan kerjasama gabungan Kelab Y15 ZR Selangor telah pun berlepas pagi tadi. Lebih kurang jam 9 pagi tadi. Doakan mereka sampai dengan selamat ya. Mereka semua dijangka akan ke beberapa lokasi untuk mengumpul dana bagi meringankan beban untuk rakyat Palestin. Antara lokasi yang disasarkan ialah Pantai Cherating, Pantai Teluk Cempedak, Dataran Kuantan, RnR sepanjang perjalanan menuju ke Kuantan dan berakhir di Rnr Gombak. Lokasi berkenaan menjadi pilihan kerana menjadi tumpuan masyarakat. Pada sesiapa yang singgah atau menghabiskan masa di tempat yang aku sebutkan tadi, ringan - ringankan tangan untuk membuat sumbangan.

Konvoi Amal Palestin

Dianggarkan sebanyak 200 biji motor dari Shah Alam, Johor dan Pahang menyertai konvoi Amal Palestin pada kali ini. Mereka akan berhenti di setiap RnR yang ditemui sepanjang perjalanan ke sana. Mereka akan mengedarkan risalah dan memberi sedikit penerangan berkenaan isu palestin. 

Dana sumbangan yang terkumpul akan disalurkan untuk Pembinaan semula Masjid As-Syafie di Gaza. Selain itu dana sumbangan juga akan digunakan sebagai persiapan pada bulan Ramadhan kepada pelarian di sana. Pihak Aman Palestin mensasarkan kutipan dana yang terkumpul sebelum tiba Ramadhan adalah sebanyak RM2juta - Syria dan keseluruhan Syria dan Palestin adalah sebanyak RM15juta. 

Konvoi Amal Palestin
Penerangan ringkas sedang diberikan
Pada bulan 19 sehingga 29 Mac yang lepas, pihak Aman Palestin telah mengutip sebanyak setengah juta untuk bantuan Palestin. Seramai 5 orang wakil dari pihak Aman palestin, termasuk 1 doktor dan 4 orang wartawan ke sana untuk menyerahkan bantuan berupa makanan dan minuman kepada pelarian. Diharapkan misi bantuan kali ini dapat mencapai sasaran!

Konvoi Amal Palestin
 
Konvoi Amal Palestin
Sebelum berlepas.
Ustaz Muhd Farhan Bin Muhd Fadhil memberikan
taklimat ringkas berkenaan 'Ride To Al-Aqsa'

Aman Palestin Berhad

No tel : 03-55105867
No fax : 03-55107868
Emel : shahalam@amanpalestin.net


Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah salurkan kepada :

Akaun Aman Palestin Berhad

Bimb : 1202 9010 0478 80
Maybank : 5622 6301 0787
Cimb : 8600 4603 53
Muamalat : 1207 0005 1337 17
Rhb Bank : 2124 5760 0049 07
Bank Rakyat : 2208 0619 5922

3 comments:

  1. Awesome Kecik.. Awat x join naik motor sekali

    ReplyDelete
  2. Kecik, konvoibdr shah alam ke? xada eskot polis ke,? apaphn semoga semua misi dilakukan

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. moga dapat mbantu..

    www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.