Disclaimer | Author | Contact


Friday, May 6, 2016

Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016

Mieza S | 5/06/2016 10:11:00 PM | 1Comments |

Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016



Lokasi : Glasshouse, Seputeh
Tarikh : 7 April 2016
Masa : 3pm - 6pm


Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016

Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016


Bagaimana mahu ke Glasshouse, Seputeh  

Aku selitkan arah agar sesiapa pun yang mahu ke sana berasa senang dan mudah mahu ke lokasi. Kau tak perlu bersusah sangat. Hanya menaiki KTM dan turun di perhentian Seputeh. Ouh ya. Perhentian di Seputeh jarang - jarang manusia nya. Jadi, jika kau mahu ke luar (baca: maksud aku mahu ke mana - mana di Seputeh selepas turun dari KTM) kau perlu menelefon teksi. Untuk menunggu teksi melalui kawasan situ, kau memerlukan tahap kesabaran yang maksimum. Jangan takut. Di cermin info di KTM Seputeh, ada nombor telefon agensi teksi. Kau hanya perlu mendail nombor telefon tersebut dan pegawai yang bertugas akan memaklumkan kepada teksi yang paling dekat dengan kawasan engkau. Dan selalunya selepas pegawai memaklumkan kepada engkau, teksi akan tiba dalam sekian - sekian minit, kebetulan teksi akan lalu di depan kau (baca: teksi yang memang melalui kawasan tersebut). Dua (2) kali aku kena. Sabar jelah. Nasib baik tak kena marah. 


*****

Perasaan untuk pertama kali menjejak kan kaki di Glasshouse, Seputeh? Teruja sangat sebab ini pertama kali aku dapat pergi Fashion Show. Kedua, sebab Fashion Show ini adalah koleksi dari Jovian Mandagie. Ouh tak lupa. Tahun ini koleksi Raya Jovian Mandagie dibawakan oleh Lux! Haaa…. Lux memberikan haruman berkekalan sehingga 8 jam! Aku sangat teruja sebab baju Raya Jovian kali ini menampilkan sesuatu yang berbeza, selain koleksinya yang elegan dan stailo, ianya turut disertakan dengan haruman Lux Magical Spell.

Lux sebenarnya sentiasa memberi aspirasi supaya kaum wanita menjadi lebih menyerlah dan menawan dengan wangian daripada sabun mandiannya. Lux Magical Spell ini mempunyai haruman yang berkekalan sehingga 8 jam dan menambahkan sisi ‘BOLD’ kepada setiap wanita. Jadi, tidak hairanlah apabila Lux memilih untuk berkolaborasi dengan Jovian Mandagie untuk koleksi Raya tahun ini. Koleksi Raya Jovian tahun ini adalah penuh klasik dan elegan – sesuai dengan Lux. Tambah lagi Jovian mengambil Grace Kelly sebagai inspirasi dan Lux pun pernah menggunakan wanita-wanita ikonik seperti Elizabeth Taylor sebagai dutanya. Sangat matching kolaborasi Lux dan Jovian ini.

Oh ya, waktu di event itu semua orang berpeluang untuk melihat tutorial cara-cara pemakaian neck scarf. Ada 4 cara yang trendy semuanya. Jovian Mandagie telah mereka scarf leher ni ekslusif untuk Lux. Dan siap ada wangian Lux Magical Spell lagi. Semua orang yang hadir membawa pulang satu daripada dua scarf rekaan Jovian ni.

Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016


Kurung Moden ala Grace Kelly

Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016

Engkau kenal siapa Grace Kelly? Cantikkan dia. Persis Cindrella versi wujud. Engkau jangan gelak, sebab aku serius menyatakan ia. Dan kau akan mula mengakui nya nanti. 

Biodata : 

Nama                      : Grace Patricia Kelly
Tempat Lahir          : Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat
Tarikh Lahir           : 12 November 1929 
Adik Beradik         : Anak ketiga daripada empat beradik
Nama Bapa            : John Brendan Kelly, Sr. (Jack Kelly)
Nama Ibu               : Margaret Katherine Majer Kelly

Grace Kelly membesar dalam sebuah keluarga yang sangat kaya. Syarikat yang dimiliki oleh bapanya berkembang sebagai syarikat bata terbesar di Pantai Timur Amerika Syarikat. Selepas menjadi jutawan, keluarga Grace Kelly berpindah ke daerah kelas pekerja Philadelphia.

Kelly termasuk dalam barisan wanita yang paling cantik di dunia sehingga ke hari ini. Beliau merupakan anak perempuan hasil daripada perkahwinan seorang bekas model dan ahli perniagaan kaya Amerika Syarikat (baca: Asal-usul golongan atasan). Sebelum menjadi seorang artis, beliau merupakan pelajar sekolah di American Academy Seni Dramatik, New York.

Kenapa Bersandarkan Grace Kelly dalam penghasilan kurung moden?

Jovian Mandagie memberitahu bahawa Grace Kelly merupakan ikon kepada dunia fesyen ketika dizamannya serta mempunya stail klasik yang unik sebagai seorang kerabat diraja.

Siapa Jovian Mandagie?

Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016

Nama penuh      : Jovian Mandagie atau Mohd. Ridhwan (nama Islam)
Asal                   : Indonesia (dibesarkan di Kuala Lumpur)
Umur                 : 30 tahun
Tarikh Lahir      : 6 Jun 1986
Hobi                  : Membaca
Kelulusan          : Ijazah Sarjana Muda Fesyen dan Peruncitan, Universiti Lim Kok Wing
Kerjaya             : Pemilik Butik Jovian Flagship Store
Pencapaian        : Pereka Fesyen Terbaik 2013, Mercedes Benz Stylo Grand Prix

Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016

Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016
Tengoklah bunga yang menetap di pinggangnya. Menawan!

Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016

Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016

Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016
Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016

Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016

Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016

Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016

Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016

Lux Mempersembahkan Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORA 2016

Bagaimana perasaan engkorang? Aku teruja! Selain dari gayanya yang klasik, ia juga nampak elegan bila aku yang memakainya. Aku tak pasti lah kalau engkau yang memakainya. Mungkin kelihatan seperti wanita bangsawan persis Grace Kelly barangkali? 

Semua koleksi seperti dalam gambar (baca: berjumlah sebanyak empat puluh (40) terdiri daripada pelbagai jenis fabrik bertekstur, kain krep mewah, chiffon ringan, jacquard dan unsur-unsur sutera imperial yang halus diaksen dengan manik kristal, batu permata, bugles, doh garam dan manik kaca.

Ini merupakan kali pertama Koleksi Raya ZALORA 2016 diserlahkan dengan Lux Magical Spell yang menambah lagi keanggunan koleksi terbaru ini. Setiap rekaan telah diserlahkan dengan wangian yang mampu menampakkan koleksi yang elegan dan gaya setiap wanita yang memakainya, menyerlahkan keyakinan mereka dengan haruman berkekalan yang segar. Sebab tu aku cakap, walaupun aku belum lagi pakai pakaian kurung moden yang digayakan model ketika itu, aku dah pun menikmati kesegarannya. Walaupun bermandi peluh ketika menunggu ketibaan teksi aku masih mampu untuk tampil yakin ketika dimajlis tersebut. 

Seperti yang dinyatakan oleh Vincent Chong, Pengarah Pemasaran Unilever: 
"Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada Koleksi Raya Jovian Mandagie untuk ZALORALux mahukan semua wanita untuk tampil yakin dan berasa cantik dan menawan walau di mana sahaja mereka berada. Koleksi Raya yang bergaya dan elegan ini ditambah dengan haruman Lux Magical Spell menyerlahkan nada glamor dan keyakinan - satu perasaan yang dirasakan semua wanita dengan setiap mandian. Gabungan ini menjadikan koleksi Raya sebagai inspirasi dan menjiwai lambang wanita Lux – menyerlah, elegan dan yakin. Kini, setiap wanita boleh memiliki koleksi Raya ekslusif Jovian Mandagie dengan haruman berkekalan dan menyerlahkan keyakinan kaum wanita, menjadikan mereka berasa cantik dan menawan walau di mana sahaja mereka berada.”

Aku pasti kau akan terkejut dengan harganya. Tapi, kau harus tahu bagaimana kesungguhan Jovian Mandagie dalam menghasilkan rekaan kurung moden ini yang bercirikan tarikan diraja persis Grace Kelly beserta jenis fabrik yang digunakan. Harga untuk koleksi ini adalah diantara RM320 sehingga RM590. Bagaimana mahu memilikinya? Boleh didapati di ZALORA.com.my, aplikasi mudah alih ZALORA, dan di kedai-kedai Jovian (baca: dikenali sebagai JStore) pada bulan Jun.

Lokasi JStore :
1. Jstore Shah Alam.
JM Tower, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.

2. JStore Bangsar.
112, Jalan Maarof,
59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

3. JStore Bangi
No.50A, Jalan Medan Pusat 2C,
Pusat Bandar Seksyen 9,
43560 Bandar Baru Bangi.

4. JStore Kota Kinabalu
No. 456, Mile 2.5, Jalan Tuaran Likas, 
88400 Kota Kinabalu, Sabah.








1 comment:

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.