Saturday, July 23, 2016

Aku Pernah Benci Dia, Dulu

Mieza S | 7/23/2016 07:07:00 PM | 3Comments |

Aku Pernah Benci Dia, Dulu


Aku Pernah Benci Dia, Dulu

Aku pernah benci dia, dulu. Tanpa sebab yang kukuh hanya dengar cakap - cakap orang. Terus aku benam dalam - dalam. Sampai aku percaya dan yakin. Dia memang harus dibenci, dan satu keperluan untuk benci dia. Aku tak faham dan tak tahu kenapa aku buat semua tu. Jahat sangat ke dia? Dia tak jahat tapi aku percaya cakap orang. Pernah sekali tu waktu tu aku memang tak suka dengan dia. Langsung tak suka --

Dengar pulak lagi orang tokok tambah untuk bercambah benci. Kata orang dia suka block orang yang cuba - cuba bagi nasihat dekat instagram. Katanya dia tak boleh terima pakai apa orang cakap dan dia sentiasa betul. Aku pun semenjak tu rajin singgah akaun dia, sebab semata nak baca komen - komen nokrom dari masyarakat yang suka sangat jaga tepi kain orang. Ramai yang mengiyekan tentang dia : jahat. Sampai satu tahap tu, memang serius aku menyampah gila dengar lagu Arjuna Beta. Meluat tiba - tiba -- Aku tak tahu mana datang benci ni. 

Dan pernah sekali tu, kawan aku ajak pergi event puisi di Rumah Pena. Dia ada, sekeluarga (termasuk Tri dan Juna) dengan serba hitam. Dia bawak Juna yang memang tak mahu dengan orang sekeliling. Masa Tri naik atas stage, Juna naik atas. Dia ni berlari - lari seronok nak ambil Juna. Ada setan yang datang hembus kebencian. Katanya dia gedik!

Fuck gila rasa masa tu. Aku bukan kenal dia pun. Aku kenal dia lepas lagu Arjuna Beta meletup - letup. Jadi, kenapa lah aku benci dia sangat? Seolah - olah macam dia ni dekat dengan aku dan pernah kawan dengan aku. Aku buntu gila. Dari situ aku rajin godek youtube, tengok video - video puisi dari mereka yang pernah baca puisi di Rumah Pena. Dan aku semakin dekat dengan puisi -- 

Permulaan dari kebencian yang wujud meluap - luap tu, buat aku selongkar semua. Aku cari siapa Fynn Jamal. Habis youtube, google, blog semua aku baca pasal Fynn Jamal. Aku nak tahu siapa Fynn Jamal. Dari dia masa mula - mula, sampai sekarang tutup semua. Aku puas. Walau bukan seluruhnya aku kenal Fynn, tapi aku tahu Fynn bagaimana. 

Dan aku beransur - ansur makin sayang. Sayang tulisannya, sayang suaranya, sayang orangnya. Perlahan aku hakis benci. Biarlah Fynn tak kenal aku. Macammana dia boleh berubah macam tu sebab Mizz Nina. Macam tu jugak aku letak dia untuk aku. Dan moga - moga suatu nanti aku macam dia. Tutup semua dengan redha dan ikhlas. Bukan sebab dia, tapi sebab Tuhan.

Aku Pernah Benci Dia, Dulu

Kau nampak majalah hijabista di atas ni? Itu edisi bulan Mei kalau tak silap aku. Aku dapat dari freegift. Ada kisah Fynn. Aku rasa ni pertama kali aku baca kisah Fynn dalam majalah. Mungkin sebab aku bukan jenis yang suka baca majalah. Untuk setiap inci tulisan yang ada pada kisah Fynn, aku makin boleh terima apa adanya Fynn. 

Mungkin Tuhan wujudkan dia untuk jadi sesuatu kepada sesuatu. Mungkin sebab tu ramai orang tak suka dia. Aku tak pernah kenal Fynn. Tapi aku dapat rasa, Fynn masih sama macam dulu sebelum orang kenal. Cuma dia makin menutup aurat, dan makin cantik. Aku makin menyintai semua tulisan puisinya. Aku rasa tak sah kalau aku tak cari dia dalam youtube. Itu je buat aku rasa dekat. Untuk aku tebus semula apa salah - salah aku yang pernah cambah benci pada dia dulu. Selainnya menyokong segala yang dia buat.

Ya. Aku pernah benci dia, dulu --

Sekarang aku makin perlu.
Makin aku mahu dia ada.
Untuk buat aku tertidur.
Dengan kata puisinya.
Agar malam nanti.
Aku bermimpi.
Segala yang aku mahu.



3 comments:

  1. Setiap kita punya susi berbeza itu uniknya kita semua..

    ReplyDelete
  2. fyn jamal is my inspiration tau heheehe

    ReplyDelete
  3. saya pun suka fynn jamal. penulisan dia semua best!

    ReplyDelete

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.