Disclaimer | Author | Contact


Tuesday, August 9, 2016

Dah Lama Sangat Tak Jumpa

Mieza S | 8/09/2016 11:29:00 PM | 0Comments |

Dah Lama Sangat Tak Jumpa


Dah Lama Sangat Tak Jumpa

Benda ni dah jadi sebenarnya dua tiga hari lepas. Dimana, masa tu aku teman kawan aku pergi audition pemilihan watak dekat. Dekat mana ya. Mungkin Damansara atau Petaling Jaya barangkali. Ah. Aku pun malas nak ingat sangat. Bukan penting. Lagipun benda dah berlalu. Tak akan terjadi untuk kali kedua dan ketiganya. Masa tu memang bergelumang jelah dengan maps atas motor. Dengan fokus jalannyam fokus telefonnya, fokus penumpang belakabng nya, fokus kestabilan nya, fokus lalu lintas nya. Memang banyak aku fokus. Ternyata, aku bukan perempuan biasa - biasa. Kah kah.

Audition mula dalam pukul 4 petang macam tu. Jadi, aku balik dalam pukul 6 petang. Dalam pada menunggu kawan, kawan aku sorang lagi ni mesej. Nak ajak minum. Alang - alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan orang kata. Habis nya auditon, berdesup pergi Sunway pulak. Lepak dekat Nasi Kandar Subaidah Sunway. Kawan aku ni memang bersiap mengalahkan perempuan. Sempat juga lah kami mengtedarah sekeping roti canai untuk aku, dan sekeping roti canai beserta roti nan untuk kawan aku. Memang kuat makan dia.

Habis je semua makanan tu, baru lah kawan aku ni datang. Ha kau. Macam - macam gosip kita sembang kan. Dari A masuk B. Dari B tiba - tiba Z. Lepastu masuk pulak E. Memang berterabur. Mungkin sebab kami lupa nak susun plot cerita. Tu main sembang je. Tapi memang semua cerita dikongsi sama rata tanpa leboh dan terkurang satu pun. Cuma susunan nya tidak kemas dan berterabur alah. Sabar jelah.

Bersyukur dapat dua orang kawan ni. Walaupun keduanya bukan persis model majalah mangga serta puteri cinderella. Cuma mereka je yang mampu nak dengar semua cerita aku. Bosan tak bosan dorang layan je. Time - time aku perlu pun masih ada. Yela, cuma kadang - kadang tak ada masa. Mungkin bukan lupa. Tapi ada kerja yang beban bahu. Aku je yang tak faham. 

Belum nak mengerti situasi bagaimana dewasa yang punya cita - cita. Sampai kita terpaksa buang orang dekat - dekat untuk simpan masa pada kerja. Kan? Mungkin kena cari orang (suami) yang boleh duduk sebelah 24jam jadi kawan karib. Kot lah. Hahahah. Aku melawak je. Karang kalau jadi betul - betul, mungkin aku yang sepi. 'Ramai' perkahwinan yang gagal sekarang. Tak sanggup lah nak berjudi dalam hidup. Belum kental. 

Dah Lama Sangat Tak Jumpa

Dah Lama Sangat Tak Jumpa

Nanti ada  masa, kita lepak lagi ya.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.