Aplikasi Whatsapp Sudah Boleh Bervideo Call

Aplikasi Whatsapp Kini Sudah Boleh Bervideo Call


Aplikasi Whatsapp Sudah Boleh Bervideo Call

Berita baik untuk semua pengguna aplikasi whatsapp. Aplikasi Whatsapp kini sudah boleh bervideo call! Yahooo. Lepasni dah tak payah guna Yahoo Mesengger, Skype, Wechat untuk bervideo call dengan insan tersayang. Hanya dengan whatsapp pun korang dah boleh bervideo call. Uninstall wechat dekat phone sekarang! Sekarang teknologi makin canggih kan? Manusia pun makin malas. Hahaha. Contohnya aku dalam bilik, adik aku dekat luar. Dia tak masuk bilik, dia call je. Suruh keluar. Sekarang dah ada video call, mungkin lepas ni dia akan video call aku pulak lepastu buat mimik muka yang dia suka. Fuhhh. Manusia sekarang. 

Korang dah boleh semak telefon masing - masing. Ada tak video call? 


Cara Guna Video Call di Whatsapp

Cara nak guna video call di whatsapp senang je. Sama macam nak buat voice call. Bezanya cuma akan ada dua pilihan. Sama ada kita nak buat voice call atau video call. nanti pilihlah video call dan menggunakannya dengan pemanggil yang ditelefon.


Aplikasi Whatsapp Sudah Boleh Bervideo Call

Aplikasi Whatsapp Sudah Boleh Bervideo Call

Kalau tak ada dua pilihan macam gambar diatas maknanya korang kena update dulu whatsapp di playstore/applestore. 

Post a Comment

0 Comments