Penafian | Polisi | Tentang Penulis | Hubungi


Tuesday, November 1, 2016

Ostania Mangosteen Amrita Banyak Kelebihan

Mieza S | 11/01/2016 12:56:00 AM | 1Comments |

Ostania Mangosteen Amrita Banyak Kelebihan

Ostania Mangosteen Amrita Banyak Kelebihan

Selalu baca artikal tentang kebaikan dan khasiat yang terdapat dalam buah manggis tapi aku tak pernah pun rasa betapa buah manggis tu banyak khasiat. Nak tahu kenapa? Sebab aku memang tak boleh blah dengan buah manggis ni. Buah paling febret dalam hati, siap duduk dalam carta pertama selepas buah mata kucing dan langsat. Jadi aku memang makan buah manggis sungguh - sungguh tanpa peduli pun kebaikan yang ada dalam buah tersebut. 

Korang boleh google tengok apa 1001 kebaikan dan khasiat buah manggis. Memang banyak sangat. Walaupun buah manggis ni hitam manis tapi isinya putih. Memang hitam - hitam manis sangat. Sebab isinya memang ternyata manis! Hahahaha.Siapa lagi suka buah manggis? Kita geng weyh. Sebenarnya zaman serba maju dan berteknologi ni macam - macam boleh buat. Contohnya sekarang ni kalau nak makan buah manggis kena tunggu musim buah. Kalau tak musim, susah gak nak dapat buah manggis kan? So, solusinya adalah minuman Ostania! Minuman yang setaraf dengan buah manggis. Kelebihannya sama seperti buah manggis. Mesti tak pernah dengar kan pasal Ostania? Jom kenal dengan Ostania.

Pengenalan OSTANIA?

Ostania Mangosteen Amrita ialah minuman yang enak dengan formulasi keseluruhan buah manggis termasuk puri dan kulitnya sekali membuatkan Ostania kaya dengan Xanthones. Minuman ini diperkaya dengan pelbagai khasiat baik untuk kesihatan. Sesuai dengan gelarannya yang menyandang gelaran ratu buah, minuman ini juga penuh dengan antioksidan dan ditambah baik dengan campuran ekstrak epal, roselle, acai beri, anggur dan delima.

Kelebihan Ostania Mangosteen Amrita 

Ostania Mangosteen Amrita Banyak Kelebihan

Pernah dengar nama Ostania Mangosteen Amrita? Ia sebenarnya sejenis pati minuman manggis. Rasanya sangat sedap dan manis. Kalau  boleh hari - hari aku nak minum. Tapi. Aku cuba had kan kadar pengambilan hanya ketika selepas melakukan aktiviti yang berat - berat. Kalau tak, aku takkan rasa dia punya kesan! 

Ostania Mangosteen Amrita mengembalikan tenaga? Ya memang betul. Aku ni jarang melakukan aktiviti berat. Tapi kalau dah mengemas satu rumah memang memercik peluh jantan ko. Jadi aku akan ambil minuman Ostania Mangosteen Amrita untuk memulihkan kembali tenaga aku yang dah berkurangan ketika melakukan aktiviti mengemas rumah. Jangan ingat kemas rumah tak penat ye. Siap angkat kerusi meja. Power tak aku? Lepasni memang tak payah nak ingat sangat penat. Sebab Ostania Mangosteen Amrita kan adooooo. Satu cawan kecil Ostania juga mampu menghilang dahaga

Ostania Mangosteen Amrita Banyak Kelebihan

Ostania Mangosteen Amrita juga dicipta untuk membantu pergerakan sistem penghadaman sekaligus mampu mengurangkan berat badan. Selain tu Ostania juga membantu sistem percernaan dengan vitamin C dan juga meningkatkan sistem imun. So far, sepanjang pengambilan Ostania, aku senang membuang. Kalau pernah baca entri - entri aku sebelum ni. Aku memang dikahirkan dengan masalah susah nak membuang. Mak aku cerita, dulu masa kecik makcik aku yang korekkan aku punya tuuuut nak bagi keluar. Yela dah aku menangis sakit benda tu taknak keluar. La ni jadi sampai dah besar. Perit weyh kalau sembelit ni. Nasib tak teruk sangat. Cuma kena tahan berejam la dalam toilet tu. Ostania sedikit sebanyak membantu aku dalam perlawasan aku. Kalau korang nak beli Ostania Mangosteen Amrita, boleh klik pautan ni --> Beli Ostania Mangosteen

Mengapa Perlu Minum OSTANIA?

  • Mempunya kelebihan anti-bakteria dan anti-fungi melawan jangkitan kuman, fungi dan yes
  • Tinggi dengan antioksidan dan membantu dalam peneutrak radikal - radikal bebas dalam badan (anti-kanser)
  • Nilai ORAC abtioksidan 14186.98
  • Tiada tambahan gula (pemanis semulajadi buah)
  • Tiada pewarna tambahan
  • Fungsi terapeutik
  • Anti penuaan
  • Anti kanser
  • Anti inflamasi


Siapa Yang Patut Mengambil OSTANIA?

  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Mereka yang aktif olahraga 
  • Mereka yang selalu berasa letih 
  • Orang yang mahu mempunyai penghadaman yang lebih baik 
  • Orang yang mahu kekal sihat

Ostania Mangosteen Amrita Banyak Kelebihan

Nilai antioksidan dalam makanan diukur dalam unit ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) oleh National Institute of Aging. Semakin tinggi nilai ORAC, semakin tinggi kandungan antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas. OSTANIA mempunyai nilai ORAC yang sangat tinggi berdasarkan kajian dan telah disahkan oleh Universiti Kebangsaan Singapura.

Bagaimana Mahu Minum Ostania?

Ah senang je. Korang boleh terus minum dari botol (anggaran dalam 30ml). Atau tambahkan dengan air sejuk untuk rasa yang lebih enak. Aku suka tambah air sejuk. Sedap weyh. Tapi, kalau dah bukak tu pastikan botol diletakkan di dalam peti sejuk. Ha. Lagi satu. Wanita yang mengandung tidak digalakkan untuk minum Ostania sebab takut berlaku komplikasi yang tidak diingini. Ingat ye. :) Kalau was - was boleh dapatkan nasihat doktor. 

Harga Ostania Mangosteen Amrita

Untuk sebotol Ostania Mangosteen Amrita beharga RM49.90. Tapi jangan risau. Korang akan dapat diskaun sebanyak RM10 jika korang menggunakan pautan ni --> Beli Ostania Mangosteen Amrita


Untuk maklumat lanjut berkenaan Ostania Mangosteen Amrita ni boleh tengok pada pautan di bawah. : 

1 comment:

  1. Ioo ingtkan nama latin manggis hahaha . Mmg bnyk khasiat buah mangis ni. Kalau ada pati senang sikit boleh bawa pi mana2

    ReplyDelete

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.