Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall

Rasai Pengalaman Ohara Matsuri di Citta Mall


Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall



Mula - mula aku tak tahu Ohara Matsuri tu apekebenda. Rupanya Ohara Matsuri tu adalah nama festival yang diadakan di Japang. Jadi aku berpeluang merasai pengalaman Ohara Matsuri di Citta Mall bersama kawan - kawan blogger - Bloggers Day Out! Memang best sebab kerja kitorang makan je. Paling kuat makan? Hahahaha. Kak Syafiera. Teeeeeeet. Kitorang dah berhenti makan pun dia masih lagi sumbat makanan dalam mulut dia. Memang bagus sebab dia tak suka tengok pembaziran walaupun seketul. Tak rugi bawak Kak Syafiera ke majlis makan - makan. 

Bagaimana Mahu ke Citta Mall Menaiki Public Transport?

Tak kisah lah kau dari mana yang penting kau berhenti di LRT Kelana Jaya/Ara Damansara. Lepastu kena naik grab car/uber untuk sampai ke Citta Mall. Masa pergi aku turun di LRT Kelana Jaya. Masa balik aku di LRT Ara Damansara. Jadi aku tak tahu mana paling dekat. Dalam maps kalau kira jauh perjalanan nak ke Citta Mall dari LRT Kelana Jaya lagi dekat. Tapi masa balik aku naik di LRT Ara Damansara lagi dekat dari aku di LRT Kelana Jaya. Tapi kedua - duanya sama je. Sebab sampai jugak di Citta Mall. Tambang grab car/uber? Dalam RM6 je. Senang kan? 

Sebab kan aku takut jalan sesak, pukul 3.30 petang aku dah keluar rumah. Aku siap kira perjalanan mengambil masa dalam sejam lebih. Padahal, tak sampai sejam dah sampai. Chooiii. Lama nak tunggu masa berjalan. Nasib baik Kak SS pun awal jugak. tapi aku lagi awal. Lepak sekejap dekat kedai buah - buahan. Dia order air detox. Aku order air buah. Tu pun dia yang pilihkan. Sebab tak tahu lah nak pilih yang mana satu. Rezeki pulak tu, Kak SS belanja. Terima kasih Kak SS. Semoga murah rezeki ^_^ 

Perut dah kenyang ni dengan air. Tapi. aktiviti Bloggers Day Out bersempena Ohara Matsuri di Citta Mall dimulakan dengan sesi minum petang. Haaaaa minum lagi. Bukan minum je. Ada lah makan makanan ringan. 

Coconut Ice Cream With Corn di Jombali

Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall

Dekorasi kedai yang sangat cantik. Ala - ala hipster gitu. Hehehe. Sekarang semua hipster kan? Aku order coconut shake with corn. Sedap! Makan ais-krim sambil kunyah kelapa. Rasa kepala asli. Sebelum ni kalau makan dekat kedai order coconut shake je. Kali ni buat kelainan sikit. Makan aiskrim sambil kunyah kelapa dan jagung. Di kisar dengan penuh halus di dalam mulut. Pergh! Sekarang ni aku nak. Mana nak cari? Jauh pulak. Hhahaa. Belum jumpa lagi coconut shake with corn area Shah Alam. Kalau ada roger - roger :p Opss, kalau nak tahu apa lagi menu best - best dekat Jombali ni, klik je pautan ni Website Jombali dan Instagram Jombali. Jangan terliur sudah. 

Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall

Selain dari makan ais-krim aku juga dapat merasa sup wantan, mangga apatah nama nya, dan kentang goreng. Aku tak faham kenapa kentang goreng nya sedap. Tak sempat nak ambil gambar dah licin pinggan. Hehehhe. Lepas makan kitorang semua merasa pakai kimono. 


Berkimono di Snowman Village

Uuuuuu. Kimono tau. Aku tak pernah lagi pakai kimono. Berpeluh juga lah nak pakai. Sebab kena pusing - pusing. Ni nasib selapis je. Kalau berlapis - lapis tak tahu lah nak cakap apa. Mungkin aku akan duduk. Ni pun ada orang tolong pakaikan. Terima kasih untuk mereka yang susah payah pakaikan kimono untuk aku. Lepas siap separuh bukak balik, lepastu pasang balik, lepastu cabut balik. Semuanya sebab aku kurus sangat. Dia punya yang dekat tengah tu susah nak bentuk. Okay, lepasni aku akan makan banyak - banyak untuk dapatkan bentuk badan ideal. Cewah. Ni semua penangan kimono. 

Kalau tak ada Ohara Matsuri di Citta Mall, mungkin aku mampu tengok je orang pakai kimono. Kalau korang nak merasa pakai kimono jugak, datang lah Citta Mall pada 26 dan 27 November ini. Percuma dan boleh pilih sendiri kimono mana yang korang nak. Ada macam - macam warna untuk korang gayakan. Tak pandai pakai kimono? jangan risau. Ada orang akan pakaikan kimono untuk korang. Korang rileks je k? Benda boleh settle

Lepastu boleh lah bergambar banyak - banyak di Snowman Village. Upload dekat instagram dan hashtag Berkimono di Snowman Village. Mesti ramai yang tertanya - tanya korang dekat mana. Rasa meletopss kejap. Takkan dekat Jepang pulak kan? Semata - mata nak merayakan Ohara Matsuri. Rupanya Ohara Matsuri di Citta Mall je. 

Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall

Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall


Bergambar di Dinding 3D 

Lepas habis je sesi photoshoot dekat Snowman Village, kitorang jadi kanak - kanak riang bergambar di dinding 3D. Background pun ala - ala di Jepang. Aku tak bergambar. Segan nak buat aksi. Hehehe. Kalau tak de orang mungkin aku paling over. Hahahha. Waktu kawan lain buat aksi dekat dinding tu, aku ambillah gambar diorang. Sebab aku tak bergambar pun dekat dinding 3D. Kalau nak merasa ala - ala di Jepang meh bergambar di dinding 3D di Citta Mall. Memang real kalau kena dengan angle tu. Hanya fotografer je yang memahami. Tapi memang sakan sungguh depa beraksi. Aku senyum je tengok. Nampak kecomelan diorang. Nampak muda remaja. 

Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall

Makan - makan di Tokyo Kitchen

Fuh. Makan lagi. Memang kenyang betul Bloggers Day Out kali ni. Tak berhenti langsung makan. Makan malam kitorang dekat Tokyo Kitchen di Citta Mall. Menu dia? Macam sushi tu. Tapi lagi best dan menarik! Selalu aku beli sushi dekat giant yang harga belas - belas. Kadang tak puas. Ni macam - macam ada. Sampai tak tahu nak makan yang mana. Tokyo Kitchen juga pernah mendapat anugerah 'Best Japanese Restaurant of The Year 2012/2013'. Hanya penggemar makanan Jepang je tahu betapa best nya menu dekat Tokyo Kitchen ni.

Dekorasi kedai pun best. Nampak santai dan tenang. Jadi dapat menikmati dengan aman dan selesa. Tak tahu nak sebut nama menu. Sebab semuanya terbaik. Walaupun aku ni penggemar makanan sushi, tapi aku tak lah heavy sangat. Hehehe. Jadi yang ada salmon tu aku tak sentuh langsung. Takut tak boleh telan. Diorang kata sedap. Memang licin pinggan! 

Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall

A Beauty Secret Studio di Citta Mall

Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall

Masa sampai dekat sini kedai pun macam dah nak tutup. Sebab dah tak ada orang. Maklumlah banyak masa yang habis di Tokyo Kitchen. Bab makan memang kitorang nombor satu! Walaupun lambat tak baik membazir tau. Tetap nak habiskan. Di Beauty Secret Studio, kitorang diberi penerangan serba ringkas. Diorang ada buat rawatan kuku, penjagaan rambut dan beberapa rawatan lain. Aku pun tak sempat nak tanya banyak. Kalau nak tahu lebih lanjut, mungkin korang boleh klik di pautan ni untuk maklumat lebih lanjut mengenai rawatan yang ditawarkan --> Facebook A Beauty Secret Studio

Jom ke Citta Mall Dan Rasai Sendiri Ohara Matsuri 

Rasai Pengalaman 'Ohara Matsuri' di Citta Mall

Ha. Yang duduk rumah tak tahu nak buat apa,  meh datang Citta Mall. Ada macam - macam aktiviti menarik diadakan. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman di Jepang dan merayakan perayaan Ohara Matsuri di Citta Mall tau. Berbaloi sebab kau dapat merasai perayaan di negara orang. Walaupun bukan betul - betul macam dekat Jepang. Kutip lah seberapa pengalaman di 'negara orang'. Hehhee. Jangan kecam okay. Maksud aku fefeling dekat Japang lah. Best apa merasa merayakan perayaan orang. Asyik Salam Lebaran je. Cuba lah pula Ohara Matsuri kan? 

Aktiviti Ohara Matsuri di Citta Mall

26 November 2016:
11:00 am – Japanese Dance Along Session
11:30 am – Ohara Matsuri Colouring Contest
2:00 pm – Japanese Dance Along Session
2:30 pm – Kendama Culture Workshop
4:00 pm – Sushi Rolling Workshop
5:00 pm – Ramen Challenge

27 November 2016:
11:00 am – Japanese Dance Along Session
11:30 am – Kendama Competition
4:00 pm – Sushi Rolling Workshop
5:00 pm – Ramen Challenge

Kalau nak daftar untuk aktiviti Ohara Matsuri Colouring Contest boleh daftar di sini --> Borang Pendaftaran Ohara Matsuri Colouring . Semoga berjaya :) 


Info Mengenai Citta Mall

Alamat : 
Citta Mall No 1, Jalan PJU 1A/48, PJU 1A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Tel: 
+603- 7662 5000

Operations hours: 
Mon – Sun: 10am -10pm

Facebook : CITTAMall 
Instagram : @cittamall


Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.