Thursday, January 28, 2016

Sinopsis Ola Bola

Mieza S | 1/28/2016 12:55:00 PM | 0Comments |

Sinopsis Ola Bola

sinopsis ola bola

Kisah OlaBola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia ini. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.

Mengimbau kembali ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran di mana pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.

OlaBola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.

Wednesday, January 27, 2016

Selamat Malam

Mieza S | 1/27/2016 10:17:00 PM | 0Comments |

Selamat Malam


Selamat Malam

Selamat malam. Tidur dengan enak!
Usah diulit mimpi kelmarin.

Kene Cakar!

Mieza S | 1/27/2016 04:14:00 PM | 0Comments |
Kene Cakar!

Kene Cakar!

Haritu kena cakar dengan panda (baca: kena cakar dengan adik aku sebab bergaduh). Luka masih ada. Siap keluar darah lagi. Punya lah ganas adik aku ni. Mungkin dia ni spesis manusia yang tak tahan kena gurau kot. Ah lantak dia lah. Harini kena cakar dengan kucing pulak. Al kisahnya macam ni. Tengahari tadi aku hantar nasi untuk atuk aku. Pintu tu dah terbukak luas. Masa aku nak melangkah kaki masuk dalam rumah, tiba - tiba ada satu makhluk hitam tiba - tiba datang macam bagi renjatan dekat kaki aku. Aku pun tak pasti itu apa. Tapi kucing lah gamaknya. Sebab terkejut aku bukan kepalang lagi. Hahahha. Kalau nak ingat balik, aku rasa macam nak gelak. Sebab sepanjang aku nak pergi ofis balik, aku asyik tersenyum je. Ingat balik apa benda yang jadi tadi. Lawak je. Aku tak dapat bayangkan kalau makanan tu jatuh. Mesti aku kena marah dengan mak aku. Dah la aku terkejut kucing tu main sergah je, lepastu dia mencicit lari macam nak buat drift. Part tu yang aku rasa macam kelakar gila. Aku pulak break mengejut. Tadah kaki bagi kena cakar. Tu aku fobia dengan kucing. Asyik kena cakar je. Seram betul. Nak pegang pun jadi takut gila. 

Bakat Bukan Suatu Kepentingan

Mieza S | 1/27/2016 03:42:00 PM | 0Comments |

Bakat Bukan Suatu Kepentingan



Bakat Bukan Suatu Kepentingan


Bagi aku bakat adalah sesuatu yang dipanggil semulajadi. Sama ada keadaannya disedari atau tidak, digilap atau dibiarkan. Berbalik kepada tajuk entri aku pada hari ini, Nak kata aku ada bakat tidak lah tentang sesuatu tu. Aku sendiri tak berani nak jamin. Sebab aku sendiri tak pasti itu bakat atau hobi. Tapi aku memang minat sungguh untuk buat sesuatu itu. Bagi aku bermakna sangat. Tak lengkap kalau sehari aku tak buat. Sama macam, tak lengkap sehari dalam hidup kalau kau tak bercakap untuk satu hari. Akan rasa letih. Letih sebab kau tak buat apa yang kau selalu buat. Sama macam aku. Aku memang minat gila nak buat sesuatu tu. Tapi tak ramai nak bagi support yang padu. Setakat acah - acah.

Paling tak best, orang paling terdekat dengan aku kadang - kadang nak kalahkan aku (baca: suruh aku berhenti buat sesuatu tu) sebab dikatakan benda tu tak bawak duit. Aku tak sangka, manusia yang duduk keliling aku bercadang nak menjadi seorang yang materialistik. Ya, aku faham kalau dunia sekarang diganggu masalah kewangan yang sangat serius. Tapi, perlu kau berubah untuk jadi materialistik? Perlu? Satu kewajipan menjadi seorang materialistik bila duduk di tanah yang hidupnya serba kurang? 

Selagi aku buat sesuatu tu tak mendatangkan hasil (baca:duit) selagi tu benda yang aku suka akan dipandang enteng. Paling kurang tidak pernah dipedulikan langsung. Hanya di anggap kosong dan lohong. Macam tak bermakna apa. (baca: macam lirik lagu Fynn Jamal pulak). 

Disebabkan semua benda tu, seolah - olah bakat bukan lah suatu kepentingan abadi. Kerana desakan untuk menjadi materialistik telah menutup segalanya. Hidup tak perlu bakat, yang perlu cuma duit. Ha begitulah. Walaupun bakat ada juga menyumbang kewangan (baca: cuma dikit). tapi, masih lagi bakat tidak diperlukan. Cuma hidup dan berjalan seperti biasa menjalani kehidupan manusia bekerja dan terima duit setiap bulan untuk menjalani kehidupan seterusnya. Begitulah tiap hari. Ah bosan!

Bakat sudah tidak dihargai dan disalah erti! 

Layan Miiko Kejap

Mieza S | 1/27/2016 03:15:00 PM | 0Comments |

Layan Miiko Kejap


Alhamdulillah Page View Bertambah Baik

Mieza S | 1/27/2016 02:55:00 PM | 0Comments |

Alhamdulillah Page View Bertambah Baik


Alhamdulillah Page View Bertambah Baik
Alhamdulillah. Macam tak sangka PV semalam. Walaupun tak banyak. Tapi makin hari makin bertambah baik. Semoga usahanya akan terus ada dan kekal juga begitu sampai bila - bila. 

Hakim Bukan Tuhan

Mieza S | 1/27/2016 12:54:00 PM | 0Comments |

Hakim Bukan Tuhan 


Hakim Bukan Tuhan

Hakim bukan tuhan untuk menjatuhkan hukuman,
Tapi manusia lah yang menggerobok olok,
Segala tingkah laku dan bicara bisu,
Lalu mati dan pergi,
Tiada kebenaran yang didagangkan,
Hanya palsu yang pilu,
Menemani langit mati.

Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar

Mieza S | 1/27/2016 11:39:00 AM | 1Comments |

Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar


Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar

Filem The Danish Girl adalah filem yang dikeluarkan oleh Focus Features Comcast Company. Telah diadaptasi dari sebuah novel yang ditulis oleh David Ebershoff dengan tajuk cerita yang sama tanpa diubah. Eddie Redmayne adalah pelakon utama yang memegang dua watak sebagai Einar Wegener (ketika menjadi lelaki) dan Lili Elbe (ketika menjadi perempuan). Eddie ni dah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Gerda yang dilakonkan oleh Alicia Vikander. Gerda adalah seorang pelukis. Eddie mula rasa dalam diri dia ada diri yang lain adalah ketika Gerda minta bantuan Eddie untuk acah - acah jadi model lukisan yang tidak sempat siap. Gerda suruh Eddie tu pegang gaun yang sama macam dalam gambar. Masa tu lah Eddie rasa sesuatu.

Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar


Kebetulan masa tu, ada seorang perempuan datang. Nampak Eddie tengah duduk cantik di atas kerusi. Lalu dihadiahkan satu ciuman. Perempuan tu bagi nama dekat Eddie sebagai Lili. 

Waktu tu lah Eddie ada perasaan macam suka dengan nama tu. Gerda bawa Lili ke satu majlis menari. Lili di dandan persis seorang perempuan cantik. Waktu tu semua orang pandang Lili (baca: sebab Lili cantik). Dekat majlis tu, Lili kenal dengan seorang lelaki kacak, Henrik (dilakonkan oleh Ben Whishaw). Lili dah mula jatuh cinta dekat Henrik.

Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar


Lepas daripada peristiwa Eddie di dandan, Lili selalu jadi model untuk lukisan Gerda. Bila Eddie jadi lelaki, manusia - manusia di sekelilingnya akan mula menghina cara Eddie. Sampai satu masa, Eddie bagitahu dekat Gerda, dia nak ubah fizikalnya terus sebagai seorang perempuan. Gerda mencadangkan untuk Eddie bertemu seorang doktor. Eddie pun berangkat menemui doktor yang telah dicadangkan oleh Gerda untuk melakukan pembedahan menggantikan alat sulit pertama dalam sejarah kedoktoran ketika itu, 

Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar


Pembedahan pertama berjaya dilakukan. Nak tau apa kesudahan cerita ni? Tengok sendiri. Kalau aku cerita banyak - banyak macam tak feeling pulak korang nak rasa. Ouh lupa nak cakap. Eddie ni memang kerja dia menangis je. Dengan keadaan diri dia yang mengalami kecelaruan identiti. Untuk orang yang kat luar sana, bila kita berhadapan dengan manusia yang kecelaruan identiti, jangan lah terus menghukum. Sebab dia tak mintak pun untuk dijadikan macam tu. Jangan bagi dia down. Kena terus bagi semangat terus hidup. Tak ramai orang sanggup nak bagi kata - kata semangat. Sebab kita selalu jadi golongan yang menghina orang lain dan menunjuk kesalahan. 



Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar
Lili Elbe (kiri), Eddie Redmayne(kanan) sebagai watak utama dalam Filem The Danish Girl
Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar
Einar Wegenar, seorang pelukis, dan Lili Elbe sebagai perempuan

Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar
Potret Lili Elbe yang dilukis Einar Wegenar pada tahun 1928 dengan menggunakan watercolor

Kisah di Sebalik takbir pembikinan filem The Danish Girl boleh rujuk ke pautan ini. http://www.telegraph.co.uk/film/the-danish-girl/true-story-lili-elbe-transgender/

Dabik Dada

Mieza S | 1/27/2016 10:19:00 AM | 0Comments |

Dabik Dada

Dabik Dada

Kau boleh hidup dengan mendabik dada,
Dan bawa kekayaan mencanang dunia,
Tapi kau tak mampu,
Hidup aman dengan manusia - manusia,
Yang dalam hatinya,
Rela menerima,
Diri kau apa adanya.

Tuesday, January 26, 2016

Review Movie The Boy

Mieza S | 1/26/2016 04:26:00 PM | 0Comments |
Review The Boy
Review Movie The Boy


Sinopsis

Greta seorang perempuan muda yang datang dari Amerika (Lauren Cohan) telah menjadi seorang pengasuh untuk seorang kanak - kanak berusia 8 tahun di semua kampung yang jauh dari masyarakat dan bandar. Di luar jangkaannya, Greta telah mendapat tahu bahawa anak majikan yang bakal dia bekerja kelak adalah seorang anak patung. Keluarga majikannya sangat mengambil berat terhadap patung tersebut seolah - olah patung tersebut bernyawa. Satu peristiwa aneh berlaku apabila setiap kali Greta melanggar peraturan yang ditulis oleh majikannya. Dan satu hal yang paling teruk dalam hidup Greta adalah untuk mempercayai bahawa anak patung itu sebenarnya masih hidup.


Barisan Pelakon

Review Movie The Boy
Lauren Cohan
Greta
Review Movie The Boy
Rupert Evans
Malcolm
Diana Hardcastle
Mrs. Heelshire
Review Movie The Boy
Jim Norton
Mr. Heelshire

Review Movie The Boy
Ben Robson


Sabtu minggu lepas aku berpeluang menonton cerita The Boy di panggung wayang. Aku tak mampu nak bagi lima bintang. Sebab serius hambar gila. Sampai sekarang aku masih ada persoalan yang tidak terungkai lagi berikutan selepas menonton cerita ini. Aku cadangkan, jangan membazir duit tengok cerita ni. Serius. Tapi tak tahu lah bagi kau, kalau cerita ni seronok.

Permulaan cerita ni adalah apabila Greta di hantar ke sebuah rumah besar yang didiami oleh pasangan suami dan isteri serta anak kecilnya di sebuah perkampungan yang sangat terpencil. Tiada masyarakat tiada bandar. Cerita ni mula nak suspend masa Greta sampai di rumah dan membuka kasutnya. Ketika itu, majikannya tiada di rumah. Tapi, Malcolm (lelaki yang menghantar barangan runcit setiap minggu) masuk ke rumah.

Tiba - tiba kasut Greta hilang apabila Mrs heelshire suruh Greta pakai kasut. Waktu ini lah Mrs Heelshire cakap anak dia nakal dan kasut Greta akan dipulangkan nanti. Tapi masa ni, anak dia masih tak munculkan diri. Sampai lah satu masa, bila Mrs Heelshire terangkan satu persatu kerja yang Greta kena buat. Waktu ni Greta pun tak rasa pelik sangat.

Sampai di satu bilik, Mr Heelshire sedang bercakap dengan anak patungnya. Mrs Heelshire kenalkan anak dia pada Greta. Masa ni baru Greta nak rasa pelik. Antara senarai kerja yang Greta kena buat ialah kejutkan anak patung tu untuk pergi ke sekolah, bacakan puisi, pasang lagu, cium sebelum tidur dan macam - macam.



Tak silap aku, lepastu pasangan majikan nya outstation (yang sebenarnya pergi membunuh diri). mereka ada menhantar surat untuk Greta. Tapi Greta tak baca apa isi kandungan surat tu. Waktu ni, Greta tinggal sorang - sorang dan semua senarai kerja yang berkaitan patung ni (mandikan tukar baju semua tu) Greta tak buat. Sampai satu hari, kedudukan patung ni beralih tempat dan patung tu buatkan dia sarapan (roti dengan jem). Greta mengadu pada Malcolm. 

Review Movie The Boy

Mula - mula Malcolm tak percaya. Tapi sebab Greta berharap sangat pada patung ni. Patung tu pun bergerak untuk membuktikan sangkaan Greta adalah betul. Tiba - tiba pulak ex Greta ni datang. Masa ni lah semua nya bermula. 

Aku tak nak cerita panjang - panjang. Sebab dengar pun dah merepek kan? Aku cuma tak faham. 'Orang' yang bunuh ex Greta tu sebenarnya hantu ke manusia. Sebab 'orang' tu duduk dalam satu bilik yang tersorok dan memerhati setiap pergerakan Greta dan percakapan Greta di luar. Lepas kepala dia pecah, dia hidup balik. Aku pening. Dan kekuatan dia macam dia tu bukan manusia. (kalaulah dia tu adalah manusia yang cuma duduk di belakang dinding). kekuatan dia luar biasa gila. Hahahaha. Okay dah bai.


Tinggi

Mieza S | 1/26/2016 03:15:00 PM | 0Comments |

Tinggi



tinggi

Gigih bikin bahagia paling tertinggi, 

Tidak sempat menjulang, 

Sudah datang dihentam jiwa dari daerah bumi, 

Ah! bangsa CE - LA - KA.


Kasut Salah

Mieza S | 1/26/2016 02:42:00 PM | 0Comments |

Kasut Salah


Tiada kene mengena dengan diri penulis

Aku tak tahu apa masalah aku harini. Semangat nak pergi kerja lepas rehat tadi. Sampai pakai selipar. Padahal pergi kerja pakai kasut. Nasib baik lah masa tu singgah petronas. Patut lah rasa kaki besar je ruang. Rupanya tengah pakai selipar . Aduhai. Patah balik semula. 

TPPA versi Harimau

Mieza S | 1/26/2016 01:09:00 PM | 0Comments |

TPPA versi Babi

Mieza S | 1/26/2016 12:30:00 PM | 0Comments |

Cuba Tak Nak Bising

Mieza S | 1/26/2016 11:25:00 AM | 2Comments |

Cuba Tak Nak Bising 


Cuba Tak Nak Bising

Aku cuba tak nak bising waktu buat air. Tapi, cawan tu asyik berlaga - laga je. Lagi aku cuba jauhkan cawan dengan cawan lain, lagi dia nak terjatuh la kena lah apa lah. Saja je buat bising cawan ni. Geram betul. Nak basuh cawan pun sama. Niat tak nak ada bunyi. Tapi cawan asyik tercium singki je. Haish.

Wayang Pacak Dari Jemapoh Ke Manchestee

Mieza S | 1/26/2016 11:00:00 AM | 1Comments |

Wayang Pacak Dari Jemapoh Ke Manchestee


Wayang Pacak Dari Jemapoh Ke Manchestee

Wayang pacak #BualFilem 3; Apresiasi filem Dari Jemapoh Ke Manchestee arahan Hishamudin Rais. Sabtu 30 Jan 8.30mlm di@rumahtiti 
Anjuran bersama Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT)

Pada siang harinya mulai jam 2ptg, akan berlangsung sesi 'An Introduction To Visual Storytelling by Hassan Mutalib'

Monday, January 25, 2016

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

Mieza S | 1/25/2016 04:36:00 PM | 3Comments |



Assalamualaikum
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).  


Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)

Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-syarat:

1. Sila follow blog di bawah
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan banner dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB)

3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.

Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe 

Hadiah yang bakal di menangi

Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA

Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org

Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januai 2016. 

**Senarai peserta akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

With Love
Papaglamz

-seikian-





Top Menu di Legoland Malaysia

Mieza S | 1/25/2016 04:35:00 PM | 0Comments |

Top Menu di Legoland Malaysia


Top Menu di Legoland Malaysia

Siapa dekat sini suka makan? Yes, kita geng. Kalau kau tak suka makan, kau kena juga baca entri ini. Sebab makanan adalah sebahagian yang hidup menjadi darah dalam daging kau. Kalau kau tak makan, macam mana kau mampu hidup serba sihat setakat ini. Betul tak? Disebab kan rakyat Malaysia ni kebanyakan nya adalah penggemar makanan so, entri kali ini aku nak bawa korang jelajah top menu yang ada di Restoran Legoland.

Mula - mula nak bagitau, aku memang dah jatuh cinta dengan reka bentuk Restoran di Legoland ni. Walaupun tak hipster tapi comel sangat. Berkenan di hati sampai harini. Aku kemurungan sampai demam sehari sebab tak dapat bergambar dengan Lego Chef yang ada dekat pintu masuk tu. Menyesal tak sudah. Memang masa tu aku dah keluarkan kamera nak tangkap gambar, tiba - tiba ramai pulak yang datang. Mencicit malu. Aku ambil jela gambar restoran buat kenangan. Mungkin rezeki aku bukan dengan Chef Logo :( Nanti kita jumpa lagi ya awak.


Top Menu di Legoland Malaysia


Ini adalah gambar Restoran Legoland bahagian depan. Waktu ni aku tak lalu depan, aku masuk lalu belakang. Sebab nak menghabiskan sesi soal jawab bersama media untuk Majlis Lego Monkey yang aku tulis di entri sebelumnya, Kalau ada yang belum baca, baca disini http://kanvasdakwat.blogspot.com/2016/01/lego-monkey-dalam-malaysia-book-of.html. Mesti tak sabar nak tengok top menu di Legoland Malaysia kan? Okay jom mula.


Top Menu di Legoland Malaysia

Top Menu di Legoland Malaysia


Top Menu di Legoland Malaysia
Dekat Legoland Malaysia pun ada Nasi Briyani tau. Nasi Minyak pun ada. Jangan terkejut!


Top Menu di Legoland Malaysia
ABC

Top Menu di Legoland Malaysia


Top Menu di Legoland Malaysia
Western Station

Top Menu di Legoland Malaysia

Top Menu di Legoland Malaysia


Top Menu di Legoland Malaysia

Top Menu di Legoland Malaysia
Sesi Soal Jawab bersama media
Top Menu di Legoland Malaysia
Ini adalah makanan yang dijamu sebelum menikmati makanan yang lain bersempena menyambut Tahun Baru Cina :) 

Top Menu di Legoland Malaysia
Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari dan media dari Malaysia Book Of Records

Serius best gila dapat makan dekat Restoran Legoland Malaysia. Puas hati sangat - sangat dengan menu yang mereka sediakan untuk para pengunjung. Selain dari western food, masakan seperti nasi minyak juga turut disediakan. Pengunjung yang datang juga adalah dari berbagai negara. Secara tak langsung makanan yang terdapat di Malaysia dapat dinikmati dan dirasai oleh pengunjung dari luar dan dalam negara. Sekian saja ~

Rebut Peluang Memenangi RM300 Setiap Minggu

Mieza S | 1/25/2016 10:08:00 AM | 0Comments |
Rebut Peluang Memenangi RM300 Setiap Minggu


Rebut Peluang Memenangi RM300 Setiap Minggu

Untuk orang yang macam aku, memang tak akan melepaskan peluang macam ni. Siapa nak bagi buku dengan harga RM300 kan? Ini lah peluang terbaik korang kena dapatkan! Rezeki ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. :) Tak perlu jadi peserta explorace lari sana sini. Korang cuma perlu buat benda mudah je untuk menjadi sebahagian dari pemenang bertuah RM300. Jom jadi sebahagian yang mencuba nasib. 

HADIAH MINGGUAN UNTUK DIMENANGI

Tempat Pertama: Buku PTS Bernilai RM150

Tempat Kedua: Buku PTS Bernilai RM100

Tempat Ketiga: Buku PTS Bernilai RM50



Sebenarnya pertandingan ni dah berlangsung sejak 18 Januari lagi dan akan ditamatkan pada 14 Februari 2016. Masih banyak lagi masa kalau korang nak cuba. Aku dah cuba. Korang bila lagi?? 


Cara Menyertai:

1. Login melalui email atau Facebook.
2. Kumpul mata penyertaan (point entry) dengan melakukan semua tugasan seperti diminta, satu per satu.
3. Semakin banyak tugasan yang anda buat, semakin banyak mata penyertaan akan dikumpul.
4. Semakin banyak mata penyertaan yang dikumpul, semakin cerah peluang untuk menang.
5. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan di facebook dan twitter untuk mendapat 10 tambahan mata
6. Pemenang akan diumumkan setiap minggu pada hari Jumaat. Kami akan hubungi pemenang melalui email yang diberikan.

Terma & Syarat:

1. Terbuka kepada semua.
2. Buku yang dimenangi ditentukan oleh pihak Bookcafe.
3. Buku yang dimenangi hanya akan dihantar ke lokasi dalam negara Malaysia sahaja.
4. Kos penghantaran hadiah adalah percuma.
5. Peserta minggu pertama masih berpeluang untuk menang pada cabutan minggu keempat. Tidak perlu menyertai setiap minggu.


Boleh sertai di sini https://bookcafe.com.my/en/bukupercuma.html. Jom sahut cabaran mudah!


Juara AJL

Mieza S | 1/25/2016 01:29:00 AM | 1Comments |

Juara AJL




Tahniah pasukan Akim & The Majistret <3 

Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !

Mieza S | 1/25/2016 01:18:00 AM | 0Comments |

Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record ! 

Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !

Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !


Tak sangka bila terpilih untuk menjadi sebahagian dalam majlis yang dianjurkan oleh Legoland Malaysia. Seronok tak terkata. Bersempena menyambut Tahun Baru pada tahun monyet ni, Legoland Malaysia telah mengambil peluang untuk membina Lego Monkey terbanyak untuk dicatatkan dalam The Malaysia Book Of Records! Teruja sebab jadi sebahagian manusia untuk menyaksikan sendiri majlis penuh gilang - gemilang. Aku ada kat situ woi. Jangan jeles kalian. Rezeki kali ni berpihak pada aku. Insyaallah mungkin selepas ini rezeki kalian untuk menyaksikan mana - mana majlis pula.


Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !

Semangat gila diorang ni pasang lego. Aku tak join diorang pun sebab aku tolong check lego mana yang diorang salah pasang (baca: tolong tangkap gambar secara tak professional sebenarnya). Walaupun matahari terik memancar atas kepala sampai baju telah menunjukkan tanda - tanda tak sihat (baca: baju basah sebab peluh) masing - masing tetap seronok berkejar - kejaran nak cepat siap (baca: konon nak menang dan tunjuk power. Hahahaha). Waktu ni semua bebas jadi kanak - kanak riang. Sebab lego dah jadi milik diorang. Status diketepikan. Yeah! Demi menyahut cabaran Lego Monkey. Lego Monkey harus diselesaikan segera. MESTI!  (baca: macam penyiasatan pulak).

Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !
Comel je. Tempat nak berucap tu pun bentuk lego :)

Kalau korang nak tahu, majlis yang gilang - gemilang ini telah dirasmikan oleh Dato' Mirza Mohamad Taiyab dari Kementerian Pelancongan Malaysia yang mewakili Ybhg. Tan Sri Dr. Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Juga telah dihadiri oleh wakil dari media dan rakan - rakan blogger yang lain. Mark Germyn sebagai Ketua Pengarah Legoland juga tidak terlepas untuk membuat ucapan sebelum perasmian dilancarkan.



Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !

Singa comel ni buat tarian singa. Bersemangat betul. Semua mata terpaku macam kena gam. Amboi. Lepas je habis buat tarian, singa ni duduk. Lepastu sebiji buah limau diletakkan dekat mulut singa seorang sebiji. Diorang tarik penonton dengan mengacah - acah buah dekat penonton tu. Aku tak tahu nak terangkan. Harap korang faham. Dalam singa tu kan ada buah oren. Lepastu ada lah beberapa orang penonton yang kena ambil buah dari mulut diorang. Ha, dari situ lah singa ni mula 'berjinak - jinak' dengan penonton. Bila penonton nak ambil buah dari mulut diorang mesti diorang tutup mulut. 'Manja' sangat. :p Kahkah. 

Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !

Kan tadi aku cakap aku tak pasang pun lego ni. Ni orang punya, aku pinjam kejap. Hahhaha. Comel kan? 

Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !
Monkey Lego yang sudah siap dipasang.

Untuk pengetahuan semua pada 22 Januari sehingga 14 Februari, pembinaan Lego Monkey akan berlangsung di Legoland, Malaysia. Lego Monkey yang sudah siap dipasang akan dipamerkan di atas Festive Stage, Lego City untuk para pengunjung yang mengunjungi Legoland, Malaysia. Ha lagi satu, kalau korang nak tengok tarian singa macam aku tengok tadi, korang kena lah datang Legoland pada 8 Februari dan 9 Februari sahaja (baca: limited edition!). Ha pergi tengok kalender cepat. Set the date guys!

Commemorative Lunar New Year Duplo - Brick akan di berikan kepada pengunjung yang menyertai pemasangan Lego Monkey




Lego Monkey dalam Malaysia Book Of Record !

"Lunar New Year is quite a special time for our visitors, and we wanted to make sure that they would be in the mood for this special occasion even at LEGOLAND Malaysia Resort! It's the perfect opportunity with the long weekend to come and celebrate at the park and hopefully our visitors will help us get into the Malaysia Book of Records with all their Monekys, too." - Mark Germyn, General Manager Legoland Malaysia Resort


Jangan risau. Korang datang Legoland, Malaysia dan menjadi sebahagian yang menyumbang kepada pembinaan Lego Monkey ni tidak akan datang sia - sia. Korang boleh dapatkan PROMOSI (baca: sementara stok masih ada). Mesti teruja kan bila dengar PROMOSI? Ingat senang ke orang nak bagi PROMOSI dekat kita. Masa ni jelah korang kena rebut peluang keemasan. Lepas ni susah dah nak nampak PROMOSI macam ni. Cepat! Jangan menyesal tak sudah. Nanti kemurungan pulak. Padan muka.


  1. Bawa kawan dengan separuh harga! (Sah dari 12 Jan - 5 Feb 2016) 
  2. Beli '3 percuma 1' pas tahunan! (Sah dari 12 Jan - 29 Feb 2016)
  3. Retail Promotion - Sebarang pembelian lego akan mendapat paket angpow lego dan hadiah monyet ekslusif (Sah dari 5 Feb - 14 Feb 2016) 
  4. Pemegang Kad Maybank boleh menikmati penjimatan sebanyak RM60 apabila membeli sebanyak 4 keping tiket dan layak mendapat limited Lunar New Year brick.

Berbaloi - baloi. Jom kejar promosi ni sebelum tamat!! Kan aku cakap. Tak sia - sia kalau korang jadi sebahagian dari penyumbang yang menyumbang kepada pembinaan Lego Monkey sebab korang datang dengan promosi yang berbaloi - baloi.


Nak tahu lebih lanjut boleh layari :


Untuk maklumat lanjut, korang boleh usha
Website: www.LEGOLAND.my
Instagram: www.instagram.com/legolandmalaysia/
Facebook: www.facebook.com/LEGOLAND.my
Hotline (Daily 9am - 7pm): +607 597 8888
Email: info@LEGOLAND.my


Ada banyak benda aku nak cerita sebenarnya. So, tunggu next entri okay? Aku tahu, entri lepas ni mesti korang teruja. Hehehhe. Cuba teka!





© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.