Belajar Joomla

Belajar Joomla

Belajar Joomla

Masa dekat sekolah dulu (SM Vokasional), buat 'website' untuk permulaan cuma guna notepad yang disimpan sebagai file .html . Lepastu upgrade sikit pakai dreamweaver masa dekat Kolej Komuniti Hulu Langat. Sekarang, Alhamdulillah rezeki kerja dekat syarikat yang mengendalikan perkhidmatan membuat website. Padahal tak nak pun, sebab takut kena buat sistem. Grrrr. Tapi dah dapat, ambil jelah peluang yang ada.

Macammana boleh minat dekat website ni? Aku dulu bermula dengan myspace. Dekat myspace kan boleh ubah layout. Macam - macam layout ada. Aku tak sangka. Rupanya sejak sekolah tingkatan satu (SMK Seri Tanjong) aku dah pun main dengan html. Cuma tak tahu dekat html tu ada css dengan java dan sebagainya. Link untuk mendapatkan layout myspace yang aku selalu guna masa dulu - dulu --> myspacelayouts dan myspace-layouts . Rindu weyh! Masa tingkatan 1 aku duduk asrama. Jadi setiap kali weekend, memang aku berhempas pulas mencantikkan profile myspace aku. Sebab aku sangat jeles kalau aku punya buruk. Hahahhaa

Belajar Joomla
Belajar Joomla

Dekat bawah ni adalah contoh myspace terbaru. Memang nampak lebih glamor. Tapi semacam dah tak ada unsur coding lagi. Semuanya lebih kepada music! Lepastu aku beralih pulak dekat blogspot. kira dekat sini aku dah upgrade knowledge aku mengenai html. Wow! hahahhaa. Nampak macam alah kau. poyo. Bukan kau sorang main html. Ramai lagi yang pandai. K, aku tahu lah. Tapi kan aku cuma nak bagitahu ni usaha aku sejak dulu.

Wordpress? Aku tak pernah sentuh lagi. Akaun ada, tapi nak buat tu tak la. Sebab aku lebih sebati menggunakan yang lebih old skul seperti blogspot. Hehehe. Walaupun payah nak duduk dekat page pertama daam ranking google. Yela, lagipun niat aku main blog bukan lah untuk duduk dekat page pertama google pun. 

Sampai sekarang aku terus mencintai website. Mana tahu boleh jadi Website Developer. hehehee

Belajar Joomla

Dan sekarang.
Aku sedang dalam proses mengenali Joomla. Baru basic je. Aku kena mengenali lebih dalam lagi dengan Joomla. Semoga terus jatuh cinta! Lagipun Joomla open source. Kalau kau nak buat website sendiri, kau pun boleh buat. Tutorial berlambak dekat google dan youtube. Doakan aku cepat belajar. Amin. Okay nak sambung study. Nanti aku sambung entri k. 

Post a Comment

0 Comments