Disclaimer | Author | Contact


Wednesday, April 26, 2017

Sedapnya Nescafe Latte

Mieza S | 4/26/2017 11:18:00 AM | 1Comments |

Sedapnya Nescafe Latte

Sedapnya Nescafe Latte

Sedapnya Nescafe Latte. Saat aku menulis ini aku pun baru sahaja meneguk sedas dua nescafe latte kegemaran aku. Aku yakin, rasanya sudah bertahun - tahun aku tidak meneguk nescafe. Tak. yang sebenarnya hanya berbulan - bulan. Tapi aku rasakan semacam bertahun lamanya. 

Maaf kepada diri sendiri. Kerana telah mengkhianati kesihatan kau. Hahahhaa.

Cukup lama aku pandang. Baru harini aku berani beli. Sebelum - sebelum ni aku hanya membuat review. Dapatlah rasa sikit. Di entri ini dan ini

Imbas kembali :

Waktu aku kerja di speedmart dulu, nescafe latte selalu saja kehabisan stok. Selalunya sebelum aku pergi kerja, aku akan singgah dekat petronas. Untuk setiap hari demi latte. Aku suka kan harumannya, dan aku telah dimomokkan dengan kehebatan nescafe yang mampu menahan ngantuk seseorang individu. Waktu kerja aku ialah bangun pada pukul 8 dan pulang pada pukul 10.30 hingga ke 11 malam. Kerana itu aku minum nescafe. Padahal tetap mengantuk. 

Hinggalah pada suatu hari.

Aku mengalami sakit kepala yang teruk. Mungkin berpunca daripada nescafe. terus aku berhenti minum. Lepas tu okay. Jadi aku buat kesimpulan bernas, nescafe punca aku sakit kepala jika diambil dalam kuantiti yang banyak. 

Sedapnya Nescafe Latte

Dan harini, aku meneguk nescafe lagi setelah aku berpuasa dari nescafe. Sedapnya nescafe latte. Kepala dah seakan berpusing. %$#@. Aku kena lagi. 

1 comment:

  1. Kak PC kalah dengan Nes....berbintang nanti...tapi kalau dah teringin..minum seteguk dua juga.

    ReplyDelete

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.