Disclaimer | Author | Contact


Wednesday, June 21, 2017

Tak Payah Rasa Macam Bagus

Mieza S | 6/21/2017 12:41:00 PM | 4Comments |

Tak Payah Jadi Macam Bagus

Tak Payah Rasa Macam Bagus

Isu ni dah lama sangat aku nak cakap. Aku tak adalah bagus sangat nak cakap pasal benda ni. Tapi aku ada mulut, dan aku berhak bersuara. Kalau aku diam, sampai bila pulak aku nak diam kan? Sakit jugak hati bila baca. Mula - mula aku ingat sekadar nak tulis dekat facebook. Tapi aku rasa macam tak best pulak membebel dekat facebook. Tak puas. Aku nak tulis panjang - panjang walaupun tak macam karangan SPM. 

Pernah tak baca confession pasal orang terlanjur lah, pelacur lah, maknyah lah, gay lah. and banyak lagi lah. Apa perasaan kau? Perasaan aku bersimpang siur. Tak tahu nak meletakkan dia sebagai apa. Kan itu masa silam dia. Sebab tu ada syurga neraka. Orang masuk neraka pun akan masuk syurga, cuma tempohnya agak panjang dan membebankan. Sebab tu adanya peluang Tuhan bagi untuk bertaubat. Tapi, tu lah. Manusia bajet nak jadi Tuhan. Tak pun nak jadi malaikat mencatit kesalahan dan dosa orang lain. Kan aku dah cakap. Tak payah jadi macam bagus. 

Ini bukan isu menjaga tepi kain orang. Tak tak. Tapi isunya bila kau tak reti nak jaga hati orang lain. 
Baca pautan ini --> https://aliffchannel.com/ . Aku nak highlightkan soalan yang selalu ditanya oleh orang laki - laki bila kenal dengan mana - mana perempuan 'Pernah tidur dengan mana - mana lelaki'. Dan jawapan cliche perempuan ialah 'Awak tidak perlu tahu. Kalau awak ikhlas mahu menjadikan saya sebagai isteri awak, tak perlu awak tanya saya soalan ini.'
Tak Payah Rasa Macam Bagus
Bila benda macam ni ditulis dekat mana confession, rata - rata masyarakat melayu lelaki amnya akan mula kata perempuan ini itu. Dan semuanya yang buruk - buruk. Lagi - lagi dari laki - laki yang rasa diri dia bagus tak pernah buat dosa langsung. Seolah - olah perempuan yang pernah ada masa silam adalah perempuan paling jijik, kotor, hina, buruk, celaka, sampah dan patut dibunuh kerana tak layak hidup. Kalau hidup pun nak buat apa kan? Menyusahkan orang dan tak kan dipilih mana - mana lelaki sebab dah jadi sampah. Hello, sampah kan? Buang jela. Simpan pun menyemak.

Yelah laki - laki. Aku faham kalau bangsat mana pun kehidupan kau dan masa remaja kau dulu, kau tetap masih mahukan kehidupan sempurna dengan perempuan - perempuan yang masih suci, masih elok kerana kau sering dijaja dengan kata - kata 'cari yang elok budi pekertinya nescaya eloklah anak - anaknya.' Memang betul pun ayat ni. Kau memang kena cari yang elok - elok, supaya keturunan kau pun elok. Betul betul.

Tapi yang dok komen macam bagus tu kenapa. Aku geram betul dengan orang macam ni. Ni contoh komen - komen yang aku rasa macam grr!! Tak salah tanya pasal masa silam orang lain dan tak salah jugak kalau nak memilih. Tapi tak payah menghina lah. Ni yang komen menghina ni semua malaikat ni. Jenis yang dijadikan dari cahaya, putih. Tak pernah ada dosa. Gila suci weyh dorang ni.

Ada yang mempertikaikan pasal hantaran jugak. Tapi aku tak nak komen pasal tu. Aku nak komen pasal yang menghina je.

Tak Payah Rasa Macam Bagus
Tak Payah Rasa Macam Bagus
Tak Payah Rasa Macam Bagus
Tak Payah Rasa Macam Bagus
Tak Payah Rasa Macam Bagus
Tak Payah Rasa Macam Bagus

taknak jawab takpe , tapi boleh scan kat bawah berapa orang dah celup - Rafiq Alvasta
Hebat kan dia? hahhaa. Aku rasa dia ni banyak buat 'kajian' tu tahu benda - benda macam ni. Kalau betul dia noob, benda simple macam ni dia takkan tahu. Aku baca komen dia dengan kawan dia. Dia reply mesej kawan dia macam ni : betul tu izmi. ha ha. kan jujur tu lebih elok. ha ha. Aku tak pasti, kalau dia boleh terima kebenaran dan abaikan apa yang perempuan tu punya kejujuran. Sebab dari lagak dia komen boleh scan tu, ya ampun. Angkuh nak mampos!

Gi mampos la kau dgn aib. maruah sendiri x reti nak jaga, lepas tu nak terima kau dgn seadanya. hantaran nak 20k. BABI APA. - Sophie Jikan
Ni pun ego sangat ni. Cara dia cakap macam. 'Kau dah buat dosa besar kau ingat aku nak maafkan kau ke? Aku tuhan. Aku je boleh jatuhkan hukuman dekat orang. Dosa kau takkan terampun. Sebab aku tahu tuhan memang takkan terima taubat kau. Kau jijik. Tuhan takkan mengaku kau umat dia lagi.'

Tips pilih bakal isteri. Tanya kisah silam dia. Kalau dia bagi jawapan 'lelaki yang baik takkan tny kisah silam perempuan' yang tu kau reject dulu wakaka - Alif Jo Har 
Ni komen orang berlagak suci. Aku rasa selama hayat dia hidup, dia langsung tak pernah mengguriskan hati Tuhan. Tak pernah langsung memijak tempat - tempat kotor, tangan sentiasa suci tak pernah pegang benda - benda haram, tak pernah langsung melakukan aktiviti - aktiviti yang berdosa sebab selama nya dia sentiasa suci tak pernah berdosa walau sekecik - kecik zarah. Pergh. Gila lah. Ahli syurga ni weyh. SELAMAT DATANG KE SYURGA! 

'aib saya ' kepala butoh kau , cipap kau dk ternganga dibantai butoh laki tu bukan aib pulak ke ? mcm babi je ayat pompuan klau mcm tu - Hafidz Apih Muhammad
Ni komen paling kurang ajar tiada adab paling biadab setakat aku scroll. Aku malas nak tengok komen - komen yang aku tak bukak. Kalau dia ni beradab, dia sepatutkan komen ayat tu biar betul sikit. Diri sendiri pun menulis lucah, lepastu nak cerita buruk orang. Tak faham aku. Sori lah fikir negatif, aku syak dia ni kaki porno. Bye~ (aku harap tak de lah orang kecam aku. Sebab aku selalu terlupa. Laki - laki di Malaysia memang semuanya baik - baik - ahli syurga)


Wlupn aku llaki tp aku pelik jgk kdg2 lki yg jnis kki buas dk tdoq pmpuan sna sni mai nak kwin ka btul2 nk bcinta ka msti nk plih pmpuan yg baek yg da dara..haha mcm pelaq..mai dkt ang blas pmpuan sna pmpuan sni x pkiaq lak lps tu nk bni elok2..smua sma ja..xda beza pun..stiap mnsia x lari wt kslpn..janji klu btl2 dy brubah xwt bnda2 hat lma kita bleh ja trima dy gn ikhls..kita ni laki nsb bek truna kita xleh nmpak..klu nmpak silap2 aku brp ramai dah dok jdi bujang smpai ke tua..hahaha - Shah Ellyn
Baca komen semua taknak kalah. Hahahaha. Tapi lelaki ni memang la, sibuk nak tanya orang tu ada dara ke takde. Tapi kalau perempuan, hm jarang lah dengar perempuan start dlu tanya lelaki tu ada teruna lagi ke tak. Ish ish. Yelaaa, lelaki kt dalam ni semua baik baik. Patut dapat perempuan yg baik baik. Tp itu la, perempuan yg takde dara ni tah la spesis apa yg buat dia takde dara eh. Sbb rasanya lelaki kt malaysia ni smua baik baik 😂. - Amirah Baharum
Ppuan tu berzina dengan lembu. Bukan dengan lelaki. Dats y laki so judgemental tntg ni. Laki sorg pon xde yg berzina. Semua baik2 - Jannah Ibrahim  

Betullah kata Amirah tu. Belum pernah lagi aku dengar - dengar pasal perempuan tanya lelaki punya teruna. Eh bulan - bulan puasa sembang benda cam ni pulak kan? Yela, aku dah lama simpan. Cuma tak de modal nak sembang. Baru kali ni aku ada modal. Kalau tak berkulat lah apa yang aku simpan kan. Hmmm. Semua nak mintak yang sempurna. Tapi diri sendiri pun kadang tak betul.

Kadang kita tak tahu pun laki tu pernah tidur dengan perempuan lain, main perempuan dekat belakang lorong, kaki botol, kaki pukul, biadab dengan mak ayah, main dadah. Benda macam ni nampak macam tak ada apa - apa kan? Sebab masa silam perempuan lagi hina katanya. Dan aku pernah je mesej dengan laki - laki yang dah tunang (aku taktahu pun dia dah tunang). Dia punya status pergh. Semua lucah. Aku syak dia ada phone seks dengan orang dalam chat jugak. Dia pernah call n whatsapp dgn aku. Lepastu lama dia hilang - dalam beberapa minggu. Aku try save nombor dia, dan akhirnya gambar profile dia dengan wife pakai baju pengantin. Nampak tak betapa celakanya dia? Dia boleh mesej perempuan lain time dia dah tunang. Lepastu update status meroyan lucah gila dalam media sosial.. Kau rasa?????????????? Cuma perempuan tu tak pernah tanya je weyh. Kalau perempuan tu tanya, silap - silap perempuan tu geli dengan cerita dia. 

Sekarang kau baca pulak yang bawah ni.

Sebelum saya kongsi kisah ini, ramai para isteri sudah acapkali mintak nasihat dari pejabat ugama. Ada nasihat bernas, ada yang tidak. Saya kongsi ini sebab dia bukan keseorangan. I am not at liberty to give any opinion.

"slm, Dear Syed Azmi, One day, just write something about the LGBT victims. Sy pernah alami situasi terbabit. Married to guy, a leader with a great follower, practicing muslim, all perfect. Proposed me through his Naqib usrah. He just like wow & perfect. After married, then sy sedar.. inilah neraka dunia. Diri xpernah disentuh, dimaki hamun, dan ditinggalkn dlm satu bilik tidur. Hari2 menanti beliau pulang, but dia xpernah pulang. alasan busy, on duty, qiam, usrah dan sbgnya. hari2 diugut dgn perceraian. duit dipinjam, dgn call merayu duit xcukup makan masa oustation.. until the truth reveal.. everynight, b4 he sleep, dia akn msuk 1 bilik. menurut dia aada kerja dia nak hantar pd bos. sy selalu dgr ada satu music berbunyi. one day, sy buka his laptop. and found all gay vudeo he watched. music, yes. itulah music yg sy dgr. hari2 jumpa gel durex and condom dlm bag. xberani bersuara, takut dipukul. his text msge, kalah lelaki dan prempuan bercinta. mereka lapar seks. hisap kemaluan sesama sendiri itu bebda biasa. dan diorang ada connection luas. 1 aps yg smua dlm tu gay. they exchange pic n do sex. ikut kt mna sampai, kota bharu, sabah, saraAwak, smua ada org sambut. they grow, n become steonger.. my husband got STD.. thru his activities. thank god dia xde nafsu, so x transfer to me.. i read their msge.. sex ganas, sex in group. name it! they are real!! communiti ini, n they are muslim! lepas sy kna halau rumah, he stay together with his boyfriend. living together. me, psychologically affected. trauma n etc. cant imagine that. i hate guys n marriage. until one year, i recover.. surprisingly, there's a lot of the victims out there. who suffered the same as me come n see me. they are real! in fact ada yg ada anak. n husband live in that community.. perhaps someday, u may write.. the disaster of this.. as they grow n grow.. perhaps one day become majority.... nauzubillah.." - Syed Azmi

See. Aku bukan nak judge LGBT ke apa. Tak. Aku cuma nak point kan. Laki - laki yang komen macam bagus semua tu pasal dara, bukan lah bagus mana pun sebenarnya. Ni baru sikit. Aku pernah je dengar cerita dari orang LGBT sendiri pasal kehidupan LGBT yang memilih untuk jadi normal dan berkahwin. Berkahwin atas dasar mahu kelihatan 'normal'. Tapi di belakang masih dengan boyfriend. 

Sebab kita tak pernah tanya pun kisah diorang. Nak tanya pun takut. Sebab takut makan hati dan pernah dibenci. Ni kisah aku. Aku bukan nak jaja aib dia. Tak. Aku cuma nak kongsi situasi je. Sebab aku tak boleh terima betul bila laki - laki ni komen, macam dia takkan dan sangat boleh hidup tanpa perempuan. Paling tak boleh blah, bila dia beranggapan hidup dia akan sentiasa normal tanpa jadi benda buruk macam ni dekat diri sendiri, kakak, adik perempuan mak dan sebagainya. nanti dah kena dekat yang berdarah daging, baru reti kot nak ada akal. 


Masa umur aku 11 tahun macam tu, aku ada abang angkat. Aku gelar dia N. Aku selalu sembang dengan dia isu LGBT. Dia sangat tekun mendengar cerita aku. dan dia sangat seronok dan akan asak aku dengan pelbagai soalan pasal LGBT. Aku anggap dia seorang yang mahu tahu. Lepastu aku kenal pulak dengan lelaki yang agak berusia dalam lingkungan nak masuk 30an - masih single. Aku gelar dia A. Setiap kali aku msg dengan A, aku akan bagitahu A yang aku lepak dengan N. Aku tak pernah jumpa A. Sebab A duduk jauh. Entah macammana, satu hari tu, A berminat nak tahu pasal N. Aku cerita lah serba serbi pasal N dekat A. Tempat tinggal A, umur A dan beberapa lagi info yang biasa - biasa. Lepastu A kata dia macam kenal. Macam kenal~ Lepastu A sendiri yang describe N ni macammana seperti muka N, tinggi N, motor yang N pakai, N tinggal dengan sapa. BINGGO ! Tapi masa tu aku tak pernah fikir negatif. Aku cuma yakin diorang kawan. Ya kawan. 

Lepastu baru aku teringat. N pernah bagitahu aku. Ada satu hari tu, kakak N balik kampung ke ape tah. Kira takde dekat rumah lah masa tu. Lepastu ada kawan dari jauh datang teman. K teman. Aku pun okay jela. Biasa lah lelaki kan? Duduk sorang pun pisang jugak. Sifat rasa ingin tahu aku yang menebal tu yang membuatkan aku tanya soalan dekat A, siapa N pada A. Nampak kelakar. Tapi ini serius. Aku cuma nak tahu. Nak tahu je tak lebih. A pun cerita dari A sampai Z. N kenal A dari chatting, sama macam aku kenal A. Kebetulan masa tu A turun selangor. N memang sejenis periang banyak kawan chatting dan selalu meet diorang kalau ada masa lapang. Nak dijadikan cerita, N ajak lah A lepak sama. Diorang jumpa, N ajak balik rumah. Mungkin sebenarnya dia bukan LGBT tapi sebab dah berdua kot. Tu jadi benda tu.

Aku tak tahu sejauh mana kebenaran cerita ni. tapi A dah buktikan N yang dia kenal adalah N yang aku kenal jugak. Entah. Lepas aku kumpul cerita pasal N, aku tanya N. Serius aku tak judge dia apa - apa pun. Aku cuma nak tahu. Terus dia meleting tiba - tiba dan sebolah - bolehnya tak nak mengaku dia 'pernah buat' benda tu. Hmm. Aku mintak maaf dekat dia sebab aku tertanya hal peribadi. Dia block whatsapp aku, dia block facebook aku, dan nombor aku. Aku tak tahu apa motif dia buat macam ni. Kalau fikir logik, mungkin dia nak lari dari kebenaran. Dia tak nak kawan dengan orang yang pernah tahu masa silam dia. sebab dia takut aku akan bukak bila - bila masa untuk menjatuhkan dia. Takpun dia takut aku jaja kebenaran ni dekat bakal 'masa depan' dia kot.  Ye kot~ Sampai hari ni aku menyesal betul tanya. Kalau tak, mesti aku dengan dia masih kawan.


Kesimpulan dari cerita aku, nak tahu masa silam orang lain tak salah. Tapi pastikan dalam situasi yang betul sebab takut soalan yang ditanya tu rasa macam menghina. Boleh jadi, sepatutnya cerita tu tak payah bukak lagi sebab takut trauma ke apa ke kan? Kita sendiri tak tahu nasib kita nanti macam mana. Lagi elok kalau tak payah tanya langsung. sebab kita ni manusia. Manusia ni memang serba serbi nak yang elok walaupun hakikatnya diri sendiri berlopak - lopak. Macam ayat ni --> Biar papa asal bergaya. Selalu nak nampak sempurna tiap masa pada pandangan orang lain. Kita sendiri tak elok, tapi bila dengar keburukan orang lain dah rasa macam taknak dekat, rasa geli, kotor, jijik. 

Jadi tak payah lah rasa macam bagus. Kita dok sindir masa silam orang lain, kita sendiri tak tahu lagi  masa depan elok ke tak. 

Kalau lah aku boleh tag anak anak perempuan aku, saudara mara perempuan aku.. teringin aku bagi mereka tengok, betapa jalangnya seorang lelaki.. calon bini, dia nak yang sesempurna manusia, cantik, berpendidikan, tak kena tebuk, pandai masak, ayu sopan santun, tetapi, awek awek dia? Stok buat geli geli, tangan rayap sana sini, depan shopping mall galak sakan peluk peluk, end up, dia tinggalkan macam tu sahaja utk calon bini yang solehah, dengan alasan "itu pilihan keluarga saya".. org org yg sebegini, doa aku satu je, korg akan ade generasi perempuan.. pikirkanlah - MayMay Tamashī

4 comments:

  1. WOW! Panjang betul entry kecik kali ini...apa2 pun akak semakin berhati2 nak luah perasaan di fb...takut orang pandang serong plak...itulah sebaiknya respect satu sama lain.

    ReplyDelete
  2. serious dah mcm karangan spm...hehe

    ReplyDelete
  3. isi yang sensitif. masing-masing tak mahu kalah dan ada pendapat masing²:)

    ReplyDelete
  4. doakan yang baik2 saja.. takut juga nak bincang isu2 macam ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.