Disclaimer | Author | Contact


Wednesday, July 12, 2017

Watson's Pika Pika Sparkling Bright Workshop

Mieza S | 7/12/2017 10:37:00 AM | 1Comments |

Watson's Pika Pika Sparkling Bright Workshop

Watson's Pika Pika Sparkling Bright Workshop

Macam dah lama sangat aku tak update entri event/review. Hahahaha. Kau tahu tak? Aku masih dalam mood raya yang sedang bermalas - malasan. Oh ya. Berita baik yang pertama untuk diri sendiri ialah, aku macam dah ada satu notebook personal yang akan digunakan sebagai tempat untuk update blog. Yeahhh! Tapi, aku masih dalam usaha hantor kedai nak betulkan keyboard. Nampak tak aku ni gigih? 

Watson's Pika Pika Sparkling Bright Workshop


Berita baik yang kedua ialah siapa selalu ada masalah bila nak cuci muka? Dah cuci muka guna pencuci tapi bila lap dengan tisu/kapas masih ada mekap yang melekat? Ha siapa siapa? Baik mengaku. Kalau korang nak tahu, Watson's telah memperkenalkan produk terbaru dari Jepun yang sangat berkesan untuk mencuci dan menangkal mekap. Bukan tu je. Muka pun nampak lebih licin. Ya serius. Aku dah cuba masa Pika Pika Workshop haritu.

Watson's Pika - Pika Workshop di ForĂȘt Blanc 

Watson's Pika Pika Sparkling Bright Workshop
Sumber
Apa yang kelakarnya, masa workshop tempoh hari semua teruja tau. Mana tak nya. Ada no mirror makeup challenge. Tapi ramai yang main tipu. Hehehe. Weyh muka aku banyak bintik - bintik hitam tau. Oh no! semua blogger memang sporting habis. Walaupun diorang main tipu termasuk aku (jadikan phone sebagai cermin), still jugak diorang gigih mekap sampai lukis kening. Eh, siapa lah tu. Hahhaa. Lepas tu, kitorang cuci muka guna Sparkling Bright Fruity Deep Cleansing. Lepas je cuci muka tu, aku memang rasa muka aku sangat - sangat licin. Nama pun deep cleansing kan ? Hehehe. 

Watson's Pika Pika Sparkling Bright Workshop
Watson's Pika Pika Sparkling Bright Workshop

Sumber


Apa yang paling tak boleh lupa sepanjang workshop? Mestilah makanan. Blogger dan makanan berpisah tiada. Walaupun bukan food review, semua dok pakat tangkap gambar makanan yang comel. Nak makan pun sayang. Tapi kalau tak makan lagi sayang kan? MEMBAZIR. Ada kek, ada coklat, ada makaron. Ada. Macam - macam lah. Kalau korang suka makanan comel, meh datang Foret Blanc date dengan boyfren. <3

Watson's Pika Pika Sparkling Bright Workshop
Watson's Pika Pika Sparkling Bright Workshop
Ais Krim unicorn

Watson's Pika Pika Sparkling Bright Workshop
macaron unicorn

Pika - Pika Sparkling Bright 

Watson's Pika Pika Sparkling Bright Workshop

Produk Pika Pika ni memang nama dia start dengan perkataan sparkling bright. Cuka teka kenapa? Oh ye. Aku ni tak pandai sangat english. Lepas aku google translate sparkling bright bermaksud berkilauan bercahaya. ya memang betul. Lepas pakai produk pika pika kita akan rasa muka glowing gila. 

Pika Pika Sparkling Bright Fruity Cleansing Liquid ni boleh pakai macam biasa je. Macam pakai pencuci muka tu lah. Alaaa, macam selalu tu. Alaaa, takkan tak pernah cuci muka kot. Tipu. Hhahahaa. Pakai cleansing deep Pika Pika ni, memang habis semua mekap waterproof aku tertanggal. Yag penting, masa cuci tu urut - urut sikit muka. Dan dan. Deep cleansing ni memang wangi. Bau buah macam epal gitu. Korang jangan makan pulak. Kang naya je pahit. 

Watson's Pika Pika Sparkling Bright Workshop
Baru lepas pakai Pika Pika Sparkling Bright Hot & Cool Cleansing Gel
Produk yang kedua dari Pika Pika ialah Pika Pika Sparkling Bright Hot & Cool Cleansing Gel. Pakai yang ni tak boleh pakai banyak. Sebab nanti rasa muka terbakar. Eh ~ Tak lah. Macam warm sikit je. Aku pakai sikit tak rasa sangat. Ada orang lain pakai tebal, memang terasa bahang dekat muka. Fungsi dia? Untuk senang tanggalkan kotoran daki di hidung seperti black head and white head. Lepas pakai produk ni, memang jenuh lah tangan kau gatal nak keluarkan black head and white head yang dah lama bersemayam dekat hidung tu. 

Paling best. Siapa suka pakai mask? Korang boleh cuba Pika Pika Sparkling Bright Peel Off Mask. dalam produk ni mengandungi white clay yang membantu menyerap lebihan minyak di muka. Kalau ada masalah muka berminyak, produk ni memang bagus untuk dicuba. Kalau okay, boleh teruskan. Jadilah pengguna bijak! 

Korang dah boleh mula beli dan cuba produk Pika Pika di Watson's . 

Harga Pika Pika Sparkling Bright 
Pika Pika Sparkling Bright Fruity Cleansing Liquid :  RM79.00
Pika Pika Sparkling Bright Hot & Cool Cleansing Gel : RM39.00
Pika Pika Sparkling Bright Peel Off Mask : RM49.00

Jangan cepat melatah tengok harga mahal sangat. Kalau murah tak berkualiti pulak. Beli produk Pika Pika secara online di Watson's untuk harga yang lebih murah dan jimat. Berita baiknya ialah korang boleh dapatkan diskaun sebanyak 10% dengan menggunakan promo code : PIKA10A . Sah sehingga 31 Julai 2017. Cepat cepat!!!! Nanti habis.  

Terima kasih kepada 

Watson's Malaysia
Website : http://www.watsons.com.my/ 
Facebook : https://www.facebook.com/watsonsmalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/watsonsmy/
The Butterfly Project
Facebook : https://www.facebook.com/ButterflyProjectMalaysia/
*** sumber sesetengah gambar : Tammy Lim

1 comment:

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.